Langkah 3: "Alahai.. kenapa tak teruskan iron baju tu Lubna? Malu ek..:)
* Doa mama dan baba: Semoga bila dah besar nanti, Lubna rajin bantu mama iron baju di rumah. :)
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
Andai Bahagia itu Pemudah Jalan Ke Syurga, Maka Kau Kekalkanlah agar ia Menjadi Milik Kami. Amiiin.
Langkah 3: "Alahai.. kenapa tak teruskan iron baju tu Lubna? Malu ek..:)
* Doa mama dan baba: Semoga bila dah besar nanti, Lubna rajin bantu mama iron baju di rumah. :)
Sebenarnya ini adalah antara langkah-langkah yang kita semua boleh lakukan untuk membantu memelihara alam sekitar. Plastik adalah bahan yang boleh mennyebabkan pencemaran. Penggunaan semula botol plastik atau beg plastik akan menjimatkan penggunaan sumber tambahan bagi pembuatan produk baru. Kajian bagi ‘Environmental Protection Agency’ Amerika Syarikat yang dijalankan bersama oleh Konsultan ICF, Konsultan Owen-illinous dan University of Florida menunjukkan bahawa kitar semula atau penggunaan semula satu tan plastik akan menjimatkan penggunaan tenaga sebanyak 51 hingga 56 juta Btu (satu juta Btu bersamaan dengan tenaga yang boleh dihasilkan oleh lapan gallons gasoline). Aha, apa lagi, jom sama-sama kita sumbangkan sesuatu pada alam sekitar! :)
Lubna gembira dan teruja melihat botol-botol yang banyak. “Anyaknye botoi..!” (Anakandaku memang anak jati Kedah betul :) )
“Ok, nanti kita ajak baba bawa ke tempat kitar semula kay..”
*Tak dapat nak letakkan gambar Lubna menolong mama kumpulkan botol-botol tu. Memory card tak dapat didetect pada komputer.
Kelmarin, kami singgah di Changkat Jering menziarahi saudara sebelah suami. Banyak perkara yang berlaku sepanjang hari kelmarin, tetapi ada satu perkara yang menarik minat saya untuk berkongsi dengan semua. Ini adalah kisah tentang pengorbanan seorang ibu. Di mana yer mahu saya mulakan?
Saya tinggalkan kisah di atas. Kembali kepada kisah bapa mertua saya. Rasanya, sudah berbelas-belas calon isteri yang diperkenalkan kepadanya. Setakat sekarang, semuanya belum berkenan di hati. Hidup 30 tahun lebih bersama arwah mak, tidak mungkin dilupakan. Patah tumbuh, hilang berganti. Tetapi yang berganti, tidak akan sama dengan yang dahulu. Begitulah dilema seorang suami. Arwah ibu mertua saya meninggal selepas 20 hari kami melangsungkan perkahwinan. 4.4.2007 tarikh yang kami semua tidak dapat lupakan. Arwah meninggalkan kami setelah sakit perut biasa. Berasal dari keluarga yang agak susah kehidupannya. Hidupnya dipenuhi liku dan duri sepanjang membesarkan anak-anak. Setiap pagi, sebelum anak-anak bangun, sarapan sudah disiapkan buat pengalas perut sebelum ke sekolah. Ikan-ikan kering sudah siap dijemur. Begitu juga dengan buah asam (asam gelugur/ asam keping). Semuanya sudah siap dihiris dan dijemur. Buah asam yang kering itu nanti, akan dijual kepada pemborong yang datang. Barangkali pukul berapa yer agaknya arwah ibu bangun dari tidur? Inilah pengorbanan seorang ibu. Arwah juga seorang yang terlalu jujur. Orang kampung dan saudara mara sayang padanya. Walaupun telah lama meninggalkan kami, orang masih memuji-muji arwah ibu. Walaupun ketika susah, sesiapa sahaja yang datang ke rumah tidak pernah dihampakan. Dijamu dengan makanan yang sedap-sedap yang dimasak sendiri. Apa yang ada, semuanya akan dikeluarkan. Saya masih ingat, ketika arwah tenat di ICU Hospital kepala batas, ada beberapa anak muda yang lagaknya seperti mat rempit, datang berziarah. Memohon maaf pada arwah ibu dengan air mata yang berlinangan. Siapa pemuda itu? Rupa-rupanya, itulah mat rempit kampung itu. Ketika orang ramai mencemuh mereka, arwah ibu tetap berbaik sangka dengan mereka. Arwah ibu pernah menjamu mereka minum teh panas dan melayan mereka dengan baik. Pertemuan generasi pertama dan ketiga. Lubna dan Tok Mi (ummi) di Terengganu :)
Saya bukan mahu berbangga-bangga kerana mempunyai ummi dan arwah ibu yang terlalu besar pengorbanannya kepada anak-anak. Tetapi saya berbangga dan bersyukur. Itulah yang boleh saya katakan. Semoga saya boleh meneladani apa yang telah mereka lakukan untuk anak-anak. Kali ini demi untuk Lubna dan adik-adiknya pula.. :)

Gambar hiasan
Bila anak sudah mula pandai mengira.. one, two, three, four sampai ten, atau satu, dua tiga, empat sampai sepuluh, ibu bapa perlu berwaspada. Memang seronok bila anak-anak sudah mula pandai mengira, tetapi perlu ingat bahawa dalam segala hal, anak kecil ini akan selalu mengira.
Template Copy by Blogger Templates | BERITA_wongANteng |MASTER SEO |FREE BLOG TEMPLATES