Seluruh kampung riuh rendah. Kambing-kambing Pak Imam dipotong janggutnya! Seluruh kampung riuh rendah. Durian di dusun atas bukit, semuanya luruh walaupun belum masak Seluruh kampung riuh rendah lagi. Ada budak cuba letupkan kereta! Hari itu nasib kurang baik kerana bukan kereta yang melewati jalan itu, tetapi dua buah motorsikal polis yang sedang bertugas menjaga kampung sedang membuat shift. Apalagi, budak-budak itu dikejar! Apapun, semua orang kampung tahu, ini memang kerja budak nakal kampung. Siapa lagi kalau bukan Jo and the geng. Bukan setakat di kampung, malah turut menjadi hero di sekolah. Pun begitu, sekolah tak pernah ponteng. Menjadi murid kesayangan guru-guru kerana rajin membantu guru-guru.
Satu hari di perhimpunan sekolah. Pada pagi itu sepatutnya diadakan majlis perlantikan pengawas-pengawas baru. Jo juga terpilih. Tetapi keadaan menjadi kelam kabut apabila belum lagi majlis dimulakan, sekumpulan lebah terbang menghampiri kelompok pelajar dan guru. Apalagi, semua murid dan guru bertempiaran lari menyelamatkan diri, takut disengat. Mesti ada orang yang menjolok sarangnya...! Terdetik hati Guru Disiplin Sekolah. Setelah disiasat, Jo didapati bersalah. Pencalonan sebagai pengawas disiplin sekolah ditarik balik.
Walaupun Jo adalah hero, tapi Jo dikatakan sebagai Jaguh Kampung sahaja. Apabila berada di kelompok kawan-kawan di asrama di pekan ketika di tingkatan empat, nama Jo mula dilupai. Dia sudah tidak menonjol seperti dulu. Syakhsiyyahnya juga bertambah baik. Nama Jo sudah dipadamkan daripada ingatan sesiapa. Yang dikenali hanyalah Hilmi. Belajar di pekan barulah membuka mindanya menjadi seorang pelajar yang rajin dan berhemah. 2 tahun di SMKA, 3 tahun di Maahad Tahfiz. Semuanya menjadikannya lebih matang. Cita-cita dan impian ke bumi al-Hikmah Yemen menjadi kenyataan. 5 tahun di sana dihabiskan dengan menuntut ilmu dan pengalaman. Jamiah Al-Eman, Jamiah El-Yemeniyyah dan Jamiah Sanaa’ menjadi pilihan. Setelah 5 tahun di perantauan, pulang ke Malaysia menyambung pengajian dalam bidang al-hadith di Jambi, Indonesia. Mendapat segulung Ijazah menjadikan Hilmi sebagai ustaz yang disegani. Bukan itu sebagai ukuran, tetapi itulah pandangan masyarakat.
Bekerja sebagai guru masih membuka ruang untuknya menuntut ilmu. USM menjadi destinasi pengajian pilihannya. Syu’bah al-hadith, ingin terus diterokai. 2 tahun setengah bergelumang dengan buku-buku. Bekerja sambil belajar dari Maktab Mahmud Kota Kuala Muda ke USM, Penang, bagi mereka yang lain, bukanlah satu jarak yang jauh. Tapi baginya, berulang alik dengan bas sesudah jam 1.30 tengahari (pulang dari sekolah), agak jauh. Jam 3 kelas bermula. Dari Kota Kuala Muda menaiki bas ke Jeti feri. Dari Jeti, menaiki feri menuju ke pulau. Menunggu bas ke kampus USM yang bukan dekat. Setelah tiba di pintu masuk USM, untuk ke fakulti kemanusiaan, kaki menjadi saksi setiap langkahnya. Sesekali ada ihsan sahabat yang lalu memberi tumpang. Begitulah halnya ketika pulang. Sesekali, ketika mata dibuai kantuk, terlajak dari stesen yang mahu dituju. Walau sukar perjalanan itu, alah bisa tegal biasa. Peluang itu tidak disia-siakan. Setiap detik perjalanan itu dihabiskan dengan menelaah di dalam bas dan feri. Banyak manfaat yang diperolehinya.
Akibat tanggungan keluarga yang masih ramai, kereta hanya dapat dibeli setelah hampir 2 tahun bekerja. Alhamdulillah, sepanjang menulis tesis, sudah ada trnsport untuk berulang-alik ke perpustakaan universiti atau perpustakaan negeri mencari bahan.
Jika difikirkan keadaan di atas, seolah-olah berada di zaman 80-an. Masih adakah insan yang sesukar itu? Apalagi untuk menuntut ilmu.

Dan kini, alhamdulillah, kejayaan sudah dikecapi setelah bersusah payah hampir 3 tahun.. Namun, cita-cita ke peringkat yang lebih tinggi tetap menjadi impian. Moga ada sinar untuknya. Bukan untuk mendabik dada, tetapi menyahut seruan agar terus mencari ilmu sehingga ke liang lahad. Engkaulah idolaku..engkaulah teladanku..
dan engkaulah... SUAMIKU.
Free Template Blogger
collection template
Hot Deals
BERITA_wongANteng
SEO