Sabtu, 17 Oktober 2009

Majlis Pertunangan Ahmad Mawardi-Balqis

0 ulasan

17hb Oktober 2009, berlangsungnya majlis pertunangan adik saya Ahmad Mawardi dan srikandi pilihannya Balqis. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Kedua-dua belah pihak bersetuju mempercepatkan majlis walimahnya. Namun, ibu bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang untuk menentukan tarikh dan hari yang sesuai.

Indahnya Islam apabila membincangkan topik perkahwinan. Seorang sahabat nabi s.a.w pernah menyatakan hasrat untuk bernikah tetapi tidak mempunyai wang dan harta yang banyak.



Lalu Nabi s.a.w bersabda:
اُنْظُرْ وَلَوْ خَاتَمًا مِنْ حَدِيد


Ya, nabi s.a.w tetap tidak menegah untuk para Sahabat meneruskan niat mendirikan ‘masjid’ walaupun 'miskin' hartanya. Malah Nabi s.a.w menyarankan agar diteruskan niat baik itu walaupun dengan hanya memberikan sebentuk cincin besi.


Jauh langit dengan bumi jika kita mahu dibandingkan dengan mentaliti masyrakat kita hari ini. Jika tiada cincin emas yang bertatahkan berlian, tiada duit hantaran dengan nilai tunai puluhan ribu, jangan dimimpi mahu meminang puteri impian. Memandang dengan sebelah mata pun mungkin dilarang. Apakah masyarakat kita hari ni sudah jauh dengan nilai-nilai Islam sebenar? Urusan perkahwinan menjadi beban kepada kepada pihak pengantin, tidak kira yang lelaki mahupun perempuan.

Namun, keluarga saya bersyukur dengan majlis peminangan kali ini. Ustaz Mohamad Sidiq memudahkan segala urusan peminangan puteri beliau sebagaimana yang dituntut oleh agama. Ini bukanlah bermakna hanya dengan memberikan sebentuk cincin besi, tetapi tidak dibebankan dengan nilai wang untuk dimegahkan dan majlis yang gilang gemilang untuk dipertontonkan. Alhamdulillah, semoga hajat mendirikan rumah tangga dipermudahkan sehingga ke akhirnya.

Tahniah buat Mawardi dan Balqis. Ingatlah satu pesanan, pertunangan bukan tiket untuk bebas melakukan sesuatu yang belum dihalalkan syariat. Ambillah peluang ini untuk melengkapkan diri dengan ilmu rumahtangga sebagai bekalan melangkah ke alam baru. :)




Rombongan lelaki menuju ke Seri Iskandar, Perak untuk menyunting bunga di taman :)


Barang hantaran sebagai hadiah dari pihak lelaki khas untuk bakal pengantin perempuan















Kita dah sampai di rumah Ustaz Mohamad Siddiq.


Acara kemuncak, menyarung cincin di jari, tanda ikatan pertunangan antara dua insan.


Balqis bergambar kenangan bersama ibu dan bakal ibu mertua.





Amboi, banyaknya hadiah daripada bakal pengantin perempuan. Menurut ibunya, hadiah daripada pihak perempuan turut disumbangkan oleh sahabat-sahabat surau dan usrah di taman itu. Apapun, terima kasih banyak-banyak lah ye :)


Lubna bergambar kenang-kenangan bersama baba di luar homestay yang disewa



Seronok Lubna dapat jumpa aki dan tokmi serta tok chik.



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Isnin, 12 Oktober 2009

Kembali Bertugas

2 ulasan
Esok saya akan kembali bertugas setelah sekian lama ber'cuti'. Barulah teringat anak-anak di sekolah. Masih ramai yang tak hantar Folio Bahasa Arab. "Beraya" sakanlah anak-anak tu bila ustazah tak ada yer... Kerjapun boleh tangguh dulu.

Masuk kali ni, kene pulunlah sikit. Kena klip soalan exam PKSR II (alhamdulillah soalan dah siap), meeting pasal buku teks pun kene buat dalam masa terdekat, nak kemas kini data murid dalam borang SPBTG lagi, nak kene settlekan hadiah bagi pertandingan folio. Kesian anak-anak duk menunggu 'habuan' mereka hasil kerja keras siapkan folio tu.
Rajin betul anak mama ni baca buku. Aha, rasanya tu kitab baba! :)



Baju-baju saya dan suami pun semua dah siap diiron untuk minggu ni. Bersemangat nak memulakan tugas mengajar dan muraaja'ah dengan anak-anak. Exam dah tak lama lagi. Walaubagaimanapun, saya tak menekan anak-anak saya di sekolah belajar berorientasikan peperiksaan. Yang penting mereka minat subjek yang diajar, dan memahami. Lebih bagus kalau dapat menghayatinya.
Teringat saya tentang sebuah hadith Rasulullah s.a.w.
Dari Abu Hurairah bahawa Nabi s.a.w telah bersabda:

" مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِس فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّه لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّة "
“Sesiapa yang keluar menuntut ilmu maka Allah akan mempermudahkan untuknya jalan menuju ke Syurga.”

Dalam konteks pendidikan di sekolah, kadang-kadang anak-anak sukar menerima ilmu yang diberikan. Ajar satu, lupa satu. Ajar dua, lupa semua! Guru-guru 'mati akal' untuk memahamkan. Tidak tahu usaha apa yang mahu dibuat. Doa berterusan dipohon. Kismis, air yasin, semuanya sudah.

Saya dapat merasakan satu faktor yang berkait rapat. Jangan terkejut jika saya mengatakan ibu bapa ada yang tidak solat. Bapa borek, anak rintik. Inilah pepatah yang paling tepat digunakan. Jika ibu bapa culas untuk solat, maka apalagi anak-anak. Anak-anak yang tidak solat, hatinya keras. Batu yang keras boleh dilekukkan dengan air. Tetapi jika hati keras, hanya ’nur’ yang berupaya melembutkannya. Bagaimana ’nur’ mahu ke hati jika solat pun tidak mahu. Imam Syafi’e ada berkata-kata di dalam syairnya:

Aku pernah mengadu kepada Waqi’ (guru kepada Imam Syafi’e)
Amat susah menjaga hafazanku
Maka guruku itu berpesan agar meninggalkan maksiat
Kerana Nur itu tidak akan memberikan hidayah kepada ’asi (orang yang melakukan maksiat)

Di sekolah, anak-anak diajar tentang solat, tetapi di rumah tidak solat. Katanya:
”Mak ayah kami pun tak solat.”
Bila di tanya kenapa lupa bacaan solat. Jawab mereka:
”Tak pernah baca pun di rumah. Nak baca waktu bila?”

Seandainya ibu bapa, merasa ragu tentang solat, puasa, zakat, haji dan apa jua perkara yang berkaitan dengan kehidupan alangkah baiknya jika merajinkan diri turun ke masjid-masjid, surau-surau mengikuti kelas pengajian agama agar bertambah imu di dada sebagai bekal menuju ke alam sana. Jika yang sudah berilmu, tambahkan ilmu di dada.

Jangan sampai kerana alasan tidak tahu, menjadi alasan mudah untuk tidak menunaikan kewajipan sebagai mukmin terutamanya kewajipan solat. Selalulah tanamkan di hati bahawa solat itu tiang agama . Kesannya akan terpalit kepada diri ibu bapa dan anak-anak juga akhirnya. Lihatlah keadaan anak-anak yang keras hati, berjiwa rapuh, dan sukar menerima hidayah. Kasihanilah mereka. Jadikanlah diri kita sebagai ibu bapa yang mithali, yang menjadi teladan kepada anak-anak. Amin.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Ahad, 11 Oktober 2009

Hadiah Syawal Buat Lubna

1 ulasan
Saya mengukirkan senyuman apabila menerima panggilan daripada pihak Dumex Dugro.
"Tahniah, anak puan Lubna Binti Mohamad Hilmi menang hadiah mingguan Peraduan Si Manjaku Ceria."


Terima kasih semua
Hai Lubna, raya ni bertambah lagilah duit raya Lubna ye. Bersyukur kepada Allah, Lubna menang hadiah mingguan. Hadiah RM400 daripada RHB Bank dah kira bertuah tu. Nanti mama dan baba simpan dalam Akaun Tabung Haji sayang. Simpan buat Lubna nak mengaji nanti.
Hai, akaun Lubna makin bertambah..akaun mama dan baba juga lah yang semakin menyusut ;)
Apapun, miliar mubarak sayang! :)


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Cuci Tangan

1 ulasan

"Cucicuci..." Lubna menyanyikan iramanya tersendiri. Sambil menyanyi, sambil tersengih. Kedua-dua belah tangannya digerakkan.

Pada mulanya, saya berasa pelik. Lagu apa yang Lubna nak ikut ni? Hai, anak ustaz ni nampaknya suka nyanyi. Baba ajar ek?

"Cicucicu.." Lubna terus membunyikan irama yang sama. Tetapi dah mula sedikit terbalik suku katanya.

Erm, apa kena dengan Lubna ni, saya berfikir lagi.

Oo.. ni mesti iklan lifebouy yang disiarkan di tv. Iklan cuci tangan untuk mengelakkan H1N1 tu.

Perasan pulak si kecik ni. Patutlah bila tengok pencuci tangan Dettol atas sinki di dapur tu, Lubna sibuk nak basuh tangan.

"Cuci..cuci.." Suara Lubna terngiang-ngiang di telinga. suara itulah yang membuatkan saya dan suami tersenyum.

Benarlah, cuci tangan ni memang dapat mengelakkan jangkitan penyakit. Nabi kita dah lama sarankan umatnya sentiasa mencuci tangan bila nak makan, bila bangun dari tidur...semuanya untuk kebaikan umatnya. Tapi kita saja yang buat-buat tak sedar.

Lagipun Nabi s.a.w pernah bersabda:

النظافة شطرالإيمان

Kebersihan itu sebahagian daripada iman.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Jumaat, 9 Oktober 2009

Tuhan Lebih Menyayanginya..

2 ulasan

Lubna bacakan Yasin untuk adik ;)

5 Oktober 2009
Malam tu suamiku baru memulakan kuliah di Surau Kampung Sungai Emas setelah sekian lama ’bercuti’ di bulan Ramadhan. Mama Lubna dan Lubna berada di rumah kerana badan sudah berasa kurang sihat.
Jam 9.00 malam, sakit tak terkata sehingga menitiskan air mata. Benar-benar sakit kali ini! Malam tu juga, saya ditahan di wad. Doktor mengesahkan kandungan 11 minggu kali ini, gugur. Kami redha. Allah swt lebih menyayanginya. Lubna belum berkesempatan untuk menimang adik lagi. Terngiang-ngiang suara Lubna menyebut :
”Beby Bah...” (Itu nama sepupunya Adibah) Itulah kata-kata yang selalu terkeluar dari mulut mungil anak kesayanganku itu apabila ternampak mana-mana baby. Dia seolah-olah dah tak sabar nak dapat baby. Lubna akan mencium baby yang ada dihadapannya. Tak henti-henti. Hati Mama Lubna tersentuh.

Keesokan harinya, setelah selesai urusan di wad, saya dibenarkan pulang. Walaupun gugur, pantangnya seperti ibu bersalin juga. Sepanjang berpantang di rumah, segala kerja rumah yang biasa kulakukan, semuanya diuruskan oleh suamiku. Bermula daripada basuh baju, jemur baju, iron baju, memasak makanan untukku, semuanya diuruskan dengan baik oleh suamiku (kecuali lipat baju je ;). Ibarat seorang puteri raja. Semuanya disediakan. ”Terima kasih abang. Hanya Allah yang dapat memberikan ganjaran terhadap pengorbanan abang ni” :)

Hikmahnya di sebalik kesedihan ini, ramai sahabat-sahabat yang sekian lama tak berjumpa, datang berziarah ke rumah. Mereka turut sama berkongsi kesedihan yang kualami. Kini baru kutahu, masih ramai yang benar-benar menyanyangi dan berkongsi suka duka bersamaku. :)


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Rabu, 7 Oktober 2009

Kenangan di Cameron Highland

1 ulasan
Pertama kali menjejakkan kaki bersama suami dan anakanda Lubna ke Cameron Highland, cukup menggembirakan. Inilah hadiah percutian untuk kami di tahun ini setelah sekian lama bergelumang dengan 'tugasan' yang kadangkala memenatkan dan meletihkan sepanjang tahun 2009.

Mama..baba..Cepatlah. Lubna dah tak sabar nak pergi jalan-jalan ni..



Destinasi pertama..

Kita dah sampai..


Aik, kenapa menangis pulak? Ni tentu sebab takut baba tinggal ni..




Inilah daun teh yang kita minum setiap hari. Kalau orang arab dengan teh tak boleh berpisah.
"Tafaddholi Syaiyan" :)



Destinasi kedua.. strawberry park. Hai sayang, tak sabar yea nak makan faraulah yang selalu tengok dalam buku tu :) Kali ni baba dan mama bawa tengok sendiri.


Inilah pokok faraulah sayang...yummy!



Ini pulak faraulah yang siap dipacking untuk dijual.




Yum...sedapnya faraulah ni.





Aik, anak mama dah jadi baby faraulah? :)



Sayur segar pun ada. Sayang kena makan sayur tau untuk menjadi membesar dengan sihat.



Destinasi seterusnya. Subhanallah.. Ma ajmala haza!



Mama..ini bunga apa?



Cantik tak?



Nak pi mana pulak lepas ni? Dah letih ye sayang?


Aha, ayam turkey pun ada.. kokok


Seharian berjalan di Cameron Highland cukup menyeronokkan. Banyak perkara baru yang Lubna pelajari. Semoga pengalaman perjalanan ini akan menjadikan Lubna lebih ceria dan berkeyakinan menghadapi hari-hari kehidupannya.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Jumaat, 2 Oktober 2009

4 Tahun Yang Lalu, Dan Kini Sumatera Kembali Bergegar

1 ulasan
Air sungai di Pengkalan Feri di Tungkal, Jambi keruh dan bertukar menjadi gelap. Cuaca pada pagi itu redup dan tidak seperti biasa. Rupa-rupanya, itu satu petanda satu bencana yang dahsyat berlaku. Tsunami melanda sehingga mengorbankan ratusan ribu penduduk.
Ketika itu saya berada di Telanaipura, Jambi, Sumatera. Sungguhpun tidak merasai gegaran tsunami, namun ianya menjadi pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Sms dari Malaysia bertubi-tubi diterima bertanyakan keadaan kami di Jambi. Alhamdulillah, kami selamat.
Selepas beberapa minggu kejadian, kami di Jambi menerima 17 pelajar Malaysia yang berada di tahun akhir di Acheh bagi menamatkan penulisan tesis tahun akhir mereka selepas tsunami kerana IAIN mereka telah roboh menyembah bumi. Cerita dahsyatnya peristiwa yang dialami pelajar Malaysia dan Indonesia di sana cukup menyanyat hati. Itu di tahun 2005.
Setelah hampir 4 tahun berlalu, kini Padang, Sumatera sekali lagi dilanda gempa yang dahsyat dan turut melibatkan pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di sana. Saya dapat merasai keperitan yang dialami.
Alhamdulillah, Malaysia masih dipelihara Allah sekalipun negara-negara di sekelilingnya mengalami bencana yang besar. Filiphina dilanda Ketsana, Vietnam juga dilanda ribut taufan, Indonesia dilanda gempa... hanya Malaysia yang dipelihara Allah. Banyakkan berdoa agar kita semua sentiasa dilindungiNya. Doakan juga semoga mereka yang ditimpa benana diberikan ketabahan dan kesabaran yang tinggi. Pasti ada hikmah disebalik segala yang berlaku.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO