Rabu, 11 Ogos 2010

Kenapa SOLAT BANYAK?!!!

1 ulasan


Ramadhan kali ini adalah kali ketiga buat Lubna. Alhamdulillah.. Lubna memasuki madrasah Ramadhan kali ini dengan baik. Saya dan suami mengharapkan Lubna akan belajar sesuatu melalui Ramadhan kali ini sebagai tarbiyyah melalui Ramadhan-ramadhan yang akan datang.

Malam pertama:
Memandangkan saya kini mula memasuki bulan kesembilan (menanti saat-saat kehadiran adik Lubna), Saya dan suami mengambil keputusan solat tarawih di rumah pada malam pertama Ramadhan. Suami sebagai Imam..dan saya bersama Lubna adalah ma'mumnya.

Lubna menjadi makmum seperti biasa ketika solat Isya'.
Selesai solat Isya'..kami bangun untuk memulakan solat sunat tarawih.
"Baba ngan mama nak solat lagi?" Lubna bertanya.
"Mama ngan baba nak solat lagi.. Lubna ikut yer.." Saya menjawab pertanyaan Lubna.

Selesai 2 rakaat tarawih.. Lubna datang duduk di ribaan. Lubna sangka, kami sudah selesai solat.

"Lubna bangun dulu yer.. tidur atas kerusi tu dulu..mama ngan baba nak solat lagi ni." Saya menyuruh Lubna berehat memandangkan masih banyak rakaat yang perlu diselesaikan.

Lubna menurut perintah.

Selesai rakaat yang seterusnya..Lubna kembali duduk di ribaan. Kali ini di ribaan babanya pula.

Kami tersenyum..
Mesti Lubna ingatkan kami sudah selesai solat.

Kami meneruskan solat sehingga ke rakaat terakhir.
Lubna duduk di kerusi sambil menghisap jarinya.. Itulah kerjanya kalau dalam keadaan terpinga-pinga atau ingin mencari idea. Telekung solatnya masih dipakai kemas. Lubna menunggu penuh sabar.

Selesai solat tarawih..
Lubna bersuara: "Mama ngan baba SOLAT BANYAK!!"
Dia seolah-olah ingin menyatakan isi hatinya kenapa solat malam ini panjang. Dia sendiri tak larat untuk mengikut dan mengganggu..

"Ini solat tarawih Lubna.." :)
Kami tersenyum.

Semoga Lubna akan memahaminya suatu hari nanti.

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Ahad, 8 Ogos 2010

Persiapan Ramadhan

1 ulasan

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Sabtu, 26 Jun 2010

Library Impian Keluarga

2 ulasan



Jumaat
Saya bekerja.
Husband cuti, tetapi ada kursus di Batu Ferenggi, Penang.

Sabtu
Saya cuti.
Husband bekerja. (sekolah ganti)

Ahad
Saya cuti
Husband bekerja (hari bekerja Negeri Kedah Ahad-Khamis)

Isnin-Khamis
Dua-dua bekerja

Minggu ni saya ada dua hari free untuk lebihkan berangan. (jangan marah yer). Cuti kami pada minggu ini, tidak sama. Jadi, saya mempunyai kesempatan untuk berangan dan memikirkan bagaimana mahu mewujudkan Library at Home dengan decoration yang sesuai... yang menjanjikan keselesaan dan menghidupkan mood setiap ahli keluarga untuk membaca.
Saya mencari gambar-gambar di internet.. banyak! Namun apa yang agak mendukacitakan, decoration yang dipaparkan semuanya dari Barat. Menunjukkan apa? Saya secara peribadi dapat memahami bahawa masyarakat di Barat amat menitik beratkan tentang budaya membaca..lantas diadaptasikan suasana membaca di rumah masing-masing dengan mewujudkan Home Library yang kemas dan kondusif. Inilah usaha mereka yang boleh kita contohi agar suasana dan budaya membaca sebati dengan jiwa setiap ahli keluarga. Bukankah membaca itu jambatan ilmu?
Hakikatnya, saranan membaca ini Islam terlebih dahulu meletakkan keutamaan kepada penganutnya. Iqra' bismi Rabbikallazhi kholaq.. Lupakah kita?
Sekadar berkongsi gambar yang saya perolehi di internet:

Kemas dan tersusun rapi. Ruang tamu boleh dijadikan ruang 2 dalam 1 sekiranya pandai menyusun atur perabot dan ruang.

Sesuai untuk suasana mini library untuk kanak-kanak di rumah.

Aha..yang ni pula lain dari yang lain. Membaca sambil menikmati pemandangan alam yang menghijau. Kalau mengimpikan library seperti ini, lokasi rumah perlulah berada di kawasan yang tinggi. Bila yer?;)



Aha..inilah yang selalu saya bayangkan. Tapi perlu ruang yang luas dan besar. Satu lagi, perlu ada tangga khas untuk mengambil buku-buku..


Ini pula seolah-olah penghuninya memang mempunyai aktiviti membaca sepenuhnya setiap hari..



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Khamis, 17 Jun 2010

Mausuah lil Atfaal dah sampai

3 ulasan
Lubna bersama mausuah dan buku-buku yang baru sampai

Sewaktu berpeluang berada di Mesir dulu, saya tak berkesempatan untuk memiliki mausuah lil atfaal (ensiklopedia kanak-kanak). Lagipun belum terfikir untuk kegunaan masa hadapan. Alhamdulillah, sempena ma'rad kutub di Mesir yang berlangsung pada Mac baru-baru, seorang sahabiah yang berada di Mesir sudi menghulurkan bantuan untuk saya mendapatkan mausuah-mausuah yang diperlukan. Jazakumullah Renni :) Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik Renni dan suami.

Kotak kargo dah sampai di Kedah hampir 2 minggu lalu. Memandangkan kami sekeluarga pulang bercuti di Terengganu, baru semalam kami dapat membuka kotak-kotak yang sampai. Sebaik sahaja sampai di Kedah malam tadi, kami teruja melihat mausuah-mausuah yang sudah sampai. Lubna memang betul2 excited melihat gambar-gambar yang cukup menarik. Dia mula membaca ala-ala Arab campur Siam. Hai Lubna..

Kalau Ummu Nashwa suka ambil gambar di tangga rumahnya, Mama Lubna pula suka ambil gambar di kerusi rumah tok wan Lubna :)

Antara buku-buku yang sampai

Ni Mausuah Disney yang ditranslate ke Versi Bahasa Arab


Kisah-kisah dari Al-Quran untuk kanak-kanak
Disney juga

Set Tob'un Britannica

p/s: Renni, ini bukti dah sampai :)

"Nak pilih yang mana satu ni?"

Lubna ralit melihat gambar.. Nanti mama dan baba ajarkan Lubna bahasa Al-Quran ni yer sayang :)



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Jumaat, 28 Mei 2010

"Mama..mana baju Doreamon Nukna (Lubna)?"

1 ulasan

"Mama..mana baju Doraemon Nukna (Lubna)?"
"Baju Doraemon kotorlah sayang, ada dalam mesin basuh." Saya menerangkan pada Lubna. Memang benarlah, sepanjang masa Lubna mesti mahu pakai baju Doraemon. Mestilah kena basuh. Lubna ni memang betul-betul sudah terpengaruh dengan kartun ni. Yang peliknya, rancangan Doraemon di TV, Lubna tidaklah beria sangat mahu menonton. Agaknya nilah penangan daripada Baba Lubna yang suka menonton kartun ketika saya mengandungkan Lubna dulu... :) hehe..
Aha, kembali kepada cerita Lubna yang bertanyakan bajunya itu. Selepas beberapa ketika saya menjemur baju Doraemon Lubna, sekejap lagi pasti Lubna akan keluar ke ampaian. Memandangkan ampaian agak tinggi, Lubna punya caranya sendiri untuk mengambil bajunya itu. Akhirnya Lubna pasti akan dapatkan baju itu. Segera berlari ke arah saya untuk digantikan baju yang sedang dipakainya dengan baju favouritenya itu.
Pernah terjadi satu peristiwa..
Sewaktu kami meleewati sebuah kedai baju, Lubna tiba-tiba menghentikan langkahnya.
"Baba.. Nukna nak baju Doraemon" Sambil tangannya menunjuk ke arah sehelai baju bergambar Doraemon.
"Ok..ok, baba belikan." Babanya begitu sporting.
Namun memandangkan baju agak besar, penjual itu mencadangkan agar kami membelikan untuk Lubna seluar berkartun Mickey Mouse.
Tiba-tiba Lubna bersuara.
"Ni, dah ada..." sambil tangannya menepuk seluar yang dipakainya. Lubna betul-betul mahu mempertahankan kemahuannya. Tidak mahu ditukar dengan yang lain.
Penjual itu hanya tersenyum.
"Pandai yer..." Kata penjual itu sambil mengusap kepala anak kecil kami.

Tidur pun, nak pakai baju Doraemon.

Baju Doraemon ni dihadiahkan oleh Cikgu Roslaili untuk Lubna. Terima kasih yer Laili.. susah-susah jer. :)


Koleksi sapu tangan Doraemon Lubna.

Ada sarung bantal Doraemon ni, barulah mudah sikit Lubna nak tidur. Tapi jangan sesekali minta nak pinjam bantal ni, mesti Lubna akan gantikan dengan bantal lain untuk kita :)



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Ahad, 9 Mei 2010

SELAMAT HARI IBU, UMMI :)

0 ulasan

جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم يسأله : من أحق الناس بصحابتي ؟ قال :« أمك ». قال : ثم من ؟ قال : « أمك
قال : ثم من ؟ قال : « أمك » . قال : ثم من ؟ قال : « أبوك
27 Ogos 2010 nanti, Insya Allah ummi akan mula menikmati fatrah pencennya setelah 33 tahun berkhidmat dalam dunia pendidikan. Pencen diusia 58 tahun, jarang yang mahu mengambilnya. Sekiranya diberi pilihan untuk pencen awal, saya barangkali orang yang pertama memohonnya. Sebenarnya, dunia pendidikan memang mulia, tetapi cabaran dalam usaha memenuhi tanggungjawab mendidik dan menjalankan tugas memang menggugat kesabaran dan keimanan. Namun lain pendirian ummi terhadap dunia pendidikan. Inilah jalan yang akan menjadi saham di Akhirat kelak andai benar-benar dilaksanakan kerana Allah SWT.

Ummi bukan berasal daripada keluarga yang berada. Tetapi amat bertuah kerana berada dalam lingkungan keluarga yang mementingkan akhlak dan akademik untuk jaminan masa depan. 8 daripada 9 adik beradik ummi, adalah pendidik. Semuanya berkat kegigihan seorang abang sulung ummi yang menjadi ‘guru’ kepada adik-adik setelah pulang dari sekolah. Ilmu yang dipelajari diajar kepada adik-adik yang tidak berpeluang ke sekolah akibat kesempitan hidup. Hasilnya, semua yang mengambil peperiksaan berjaya dengan cemerlang termasuklah ummi. Ummi berjaya ke menara gading Universiti Kebangsaan Malaysia meneruskan pengajian dalam bidang Usuluddin. Dan ummi mula berkhidmat pada tahun 1977.

Saya kagum dengan kegigihan ummi membesarkan kami. Memang ummi seorang yang tegas kerana ummi sentiasa mahukan anak-anak berjaya di samping mempunyai disiplin hidup yang tinggi. Jangan sekali-kali memandang remeh dan mengambil mudah dalam setiap urusan yang dilakukan, pasti ummi akan menegur dan membetulkan kesalahan kami. Lakukan sesuatu perkara dengan betul dan bersungguh-sungguh. Itu pesan ummi.

Dalam urusan menguruskan keluarga, seingat saya, saya belum pernah melihat ummi masih tidur ketika azan Subuh berkumandang. Bangkitnya sebelum kokokan ayam jantan membangunkan insan-insan yang lena dibuai mimpi. Sebagai wanita bekerjaya, urusan rumah tangga diselesaikan sebelum melangkah ke tempat kerja.

Ketika saya di sekolah rendah dan adik-adik masih kecil, saya masih ingat bagaimana ummi menguruskan kami ketika abah tiada di sisi kerana urusan pengajian dan kerjayanya di Kuala Lumpur. Kepayahan ummi tidak pernah membuatkan kami turut merasai keperitan kehidupan ketika itu kerana ummi akan memastikan segala keperluan kami dipenuhi sebelum keperluan diri ummi dipenuhi. Ummi memang terlalu banyak berkorban demi kami, anak-anak ummi.

Terlalu banyak yang mahu saya lakarkan di ruangan ini tentang ummi. Namun, saya tahu semuanya tidak terbilang dan tiada noktahnya. Walaubagaimanapun, dikesempatan ini, saya sebagai anak ummi ingin mengucapkan terima kasih buat ummi di atas setiap pengorbanan ummi selama ini. SELAMAT HARI IBU BUAT UMMIKU SAYANG! Semoga hidup ummi diberkati dan dilimpahi kebahagiaan di Dunia dan Akhirat. Aminnnn


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Ahad, 18 April 2010

Bila Lubna Mula Baca Buku Iqra'

3 ulasan
Gambar Hiasan

Sudah agak lama rasanya saya tidak mencoretkan sesuatu tentang anak kami Lubna. Lubna sudah mencecah usia 2 tahun. Memandangkan sejak kebelakangan ini kami juga sentiasa sibuk dengan urusan kerja masing-masing dan pulang ke rumah agak lewat petang, kami merancang sesuatu untuk Lubna untuk perkembangannya. CD Iqra' (nyanyian) kami jadikan 'teman' Lubna bagi mengisi masa-masa terluangnya sepanjang hari.


Nampaknya Lubna agak berminat juga dengan CD yang kami bekalkan. Alhamdulillah. Bila saja pulang ke rumah, Lubna akan mula menunjukkan bakat barunya...

"Alif ba ta ca jim ha kho.." Lubna terus menyanyi dengan gembiranya.

Kami gembira dengan perkembangan Lubna.


Satu hari,

Saya mula terfikir untuk memperkenalkan Lubna dengan Buku Iqra'.

Kebetulan singgah ke Kedai Buku Hassani di Sungai Petani, saya belikan Buku Iqra' kepada Lubna.


Malamnya..

Saya membuka buku Iqra' yang baru dibeli. Lubna menghampiri.

"Mama..apa tu?" Tanya Lubna ingin tahu.

"Aha..apa ni?" Saya saja mengembalikan soalan itu kepada Lubna.

"Buku Aaa..Baa..Taa.." Jawab Lubna bersahaja.

Nampaknya dia tahu itu buku untuk mula mengaji.


Saya mula mengjaar Lubna.

"Aa.." Saya memulakan.

"Aaa.." Lubna mula membaca.

"Baa." Saya menyambung lagi.

"Baa..." Lubna terus mengikut bacaan saya.


"Baa..baa.." Saya mengulanginya.

....

Lubna terdiam.

Kenapa yer..saya berfikir sendirian.

Hai, nampaknya Lubna belum bersedia ni.


Tiba-tiba Lubna bersuara sambil mennyanyi..

"Baa..Baa..black cippp (sheep).."


Laa..ke situ pulak.:)

Hai Lubna..

Hehee.





Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO