Jumaat, 18 Mac 2011

Aktiviti Hari Cuti (Siri III)

2 ulasan
SIRI III

Kakak bantu mama sediakan honey cornflakes.. rajin anak mama ni.. :)



Antara bahan yang perlu disediakan..


Panaskan mentega dan madu..



Sediakan cornflakes dalam mangkuk..



Ok mama..kakak dah sedia nak bantu mama ni..




Rajin kakak ni.. :)


Sediakan cups dulang..


Ok.. masukkan cornflakes ke dalam cup..


Lepas tu..taburkan choclate rice ke dlm cup..
Ala kakak.. knp berterabur ni..


Aha.. ni gambar cup yg dh siap diisi honey cornflakes..


Lepas tu bakar sekejap 10-15 minit dalam oven.


ok.. dh siap ni.


I Inilh hasilnya..
TQ KAKAK... :)



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Ahad, 13 Mac 2011

Aktiviti Hari Cuti (Siri II) :)

0 ulasan
SIRI II
Aktiviti kakak dengan buku2nya...






Begini asalnya rak buku kakak...


Tiba-tiba.. banyak buku yang 'hilang'. Biasanya kakak hanya akan ambil SATU sahaja untuk dibaca..
Hmm ke mana buku2 ni yer..

Oh..kakak sedang menjalankan aktiviti nya.. rajiiiinnnn.... :)


Amboi.. rajin kakak ni.. susun buku2 atas lantaiii...


Susun lagi...



Begini hasilnya... he2..


Dan begini akhirnya cerita kakak....:)



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Aktiviti Hari Cuti (Siri I) :)

0 ulasan
Cuti sekolah kali ini MAC 2011, saya bersama anak-anak Lubna dan Syaima' dapat bersama sepanjang hari. Ragam anak-anak menghiburkan hati. Ikuti kisah sepanjang cuti saya pada kali ini.. :)



Kakak dan Syaima' bermain bersama. Tapi setiap kali kakak mula menulis, Syaima' pun mahu 'menulis' juga..

" Mana kakak ni.."

"Kakak.. Syaima' nak tulis juga..."


"Alahai..kakak tak bagi lah.."


"Syaima' bacalah buku lain yer.. Kakak nak buat kerja ni. Syaima' main jauh sikit yer.."


"Oklah.. syaima' baca buku lain lah.. Aha, buku ni best juga.."


"Macam mana nak baca buku ni.. em..cantiklah gambar dalam buku ni."..:)


"Aha.. bestnya buku ni.. Agaknya macam ni kut nak baca buku ni.."
HEHE..



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Jumaat, 4 Februari 2011

Allahumman suril muslimiin fi ardil kinanah misra..

1 ulasan
" Ya Allah..selamatkanlah muslimiin (seluruh umat Islam) di bumi kinanah Misr.."

Saya mendoakan kesejahteraan semua muslimin di bumi perjuangan Mesir..

Saya juga mendoakan kesejahteraan saudara-saudara terdekat saya di sana.

  1. Sepupu saya M. Zulhimi (Dentist, Mansurah)
  2. Sepupu saya juga Amalina ( Tibb Tahun 1)
  3. Sepupu saya juga M. Aiman ( Pengajian Islam Tahun ?)
  4. Adik ipar adik saya (Tibb)
  5. Anak pengasuh kepada anak saya M. ZulHelmi ( Tahun Akhir Pengajian Islam)
  6. Suami kepada sahabat saya Renni
  7. Dan semua sahabat handai, adik-adik dan seluruh penuntut Malaysia..
  8. Penuntut dunia Islam yang bakal memimpin dunia..

Amiinnn..




Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Isnin, 31 Januari 2011

Izin Cinta

0 ulasan



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Selasa, 28 Disember 2010

0 ulasan

Dah lama tak update blog MAMA LUBNA ni..

Masa berjalan begitu pantas sekali.

Dua tiga hari lagi sudah masuk tahun baru.

Sesi persekolahan pun dah bakal bermula.

Lubna pun dah hampir menjejak usia 3 tahun pada MAC 2011.

Tahun depan Lubna akan mula bersekolah.

Maksudnya rutin pagi kami aka berubah.

Lubna akan ikut mama ke sekolah.

Baba Lubna akan hantar Baby Syaima' ke rumah Tok Ngah.

Baby Syaima' pun dah hampir 4 bulan.

Dah boleh meniarap dan pandai gelak.

Baba Lubna pun dah mula sibuk dengan urusan pelajar-pelajar Asrama Maktab Mahmud Kuala Muda.

Tahun baru diharapkan dapat membuka lembaran baru untuk bekerja lebih gigih..

Bersemangat untuk kembali belajar..

Berubah menjadi insan yang lebih baik dari semalam.

Aminnn...




Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Khamis, 11 November 2010

Bila Gelombang FB Semakin Kuat Melambungkan Ombaknya

0 ulasan

Gelombang facebook yang melanda dunia, kini semakin kuat melambungkan ombaknya. Tempias gelombangnya bukan sahaja terpercik kepada golongan yang celik IT, malah turut terkena mereka yang selama ini agak buta IT. Saya juga di antara golongaan yang terkena tempiasnya itu. Facebook seolah-olah menjadi satu kemestian untuk digunakan. Namun, persoalannya, salahkan kita berfacebook? Haram? Makruh? Atau Tidak Thiqah?

Sebenarnya, sebelum ini memang ada golongan yang mengangkat isu facebook sebagai haram. Apakah benar ianya haram? Namun, setelah dihalusi oleh mereka yang berkelayakan dan berautoriti, maka ianya dianggap harus selagi mana digunakan untuk perkara-perkara yang baik dan tidak menyalahi syara’.

Sebagai umat Islam, etika berfacebook seharusnya diikuti dan dipatuhi agar tidak tersasar dari landasan kebenaran. Saya tahu, telah banyak artikel yang telah ditulis dan memperkatakan tentang etika berfacebook antaranya artikel yang terperinci ditulis oleh Ustaz Zaharuddin dan ramai lagi yang lain. Seharusnya kita cakna tentang panduan ini.

Di sini, saya hanya ingin menyentuh sedikit tentang topik facebook yang berkaitan etika di kalangan wanita muslimah. Pada awalnya saya sendiri tidak perasan. Namun, setelah beberapa sahabat-sahabat di facebook yang prihatin mengutarakan topik ini, saya mula memikirkan cara yang terbaik untuk berfacebook agar tidak menyalahi syariat.

Bertemu sahabat-sahabat yang sudah bertahun-tahun lamanya tidak berjumpa membuat kita terlalu excited. Apalagi jika sahaba-sahabat itu adalah sahabat ketika bersama-sama di sekolah rendah atau sahabat di alam IPT. Mungkin 15-20 tahun yang lalu. Ukhuwah yang terputus, kini bertaut kembali. Inilah yang dituntut sebenarnya, menyambung ukhuwah yang terputus sejak sekian lama.

Masing-masing akan memulakan dengan bertanya khabar, menceritakan tentang perkembangan terkini, permata hati yang semakin bertambah, kerjaya yang semakin maju, dan pelbagai topic kehidupan yang lain. Seterusnya, foto-foto bersama keluarga dan teman-teman baru diuploadkan untuk dijadikan tatapan di facebook agar kerinduan yang bersarang di hati itu dapat diubati. Walapun begitu, tanpa disedari, kita berkongsi semua itu dengan umum yang lain apabila ianya menjadi tatapan tanpa sempadan.Persoalannya, salahkah?

Hakikatnya ia tidaklah salah. Tambahan pula facebooklah platform menjalinkan ukhuwah yang terlerai. Namun, perkara yang dipersoalkan adalah apabila ia mengundang fitnah apabila foto-foto itu dijadikan santapan mata golongan yang tidak sepatutnya. Apalagi apabila ia melibatnya golongan ajnabi yang sepatutnya kita adakan sempadan syariat. Barangkali kita tidak sedar aksi yang kita rasakan tiada ‘apa-apa’ bagi kita, sebenarnya ‘manja’ di mata yang lain. Suasana yang kita rasakan ‘biasa’ pada pandangan kita, hakikatnya menggoncang jiwa dan nafsu bagi yang lain. Semua ini bukanlah perkara yang disengajakan, malah berlaku dalam keadaan yang tidak kita sedari.

Makanya..gimana ya..:) (pinjam ayat dari seberang). Ini pandangan saya secara peribadi sebagai panduan untuk para muslimah:

1. Pastikan foto-foto peribadi yang diupload ke facebook adalah foto yang ‘biasa-biasa’ sahaja.

2. Pastikan foto-foto itu tidak dikategorikan sebagai aksi keterlaluan yang boleh mengundang fitnah atau dijadikan santapan enak untuk mata para ajnabi.

3. Ada baiknya juga sekiranya foto-foto itu adalah foto beramai-ramai. Bersama suami, anak-anak, keluarga, sahabat handai dan sebagainya. Bukan aksi berseorangan.

4. Jauhkan aksi-aksi yang manja dan berliuk-lintuk walaupun etika pemakaian Islam telah kita patuhi.

3. Apa kata kalau kita memberikan perhatian kepada button ‘share’ pada foto yang diupload. Seandainya ianya mempunyai risiko yang mengundang fitnah, tukarkan ke status ‘friend only’. Sekiranya merasakan ianya selamat, bolehlah dikekalkan ke status ‘everyone’. Setuju?

4. Oleh yang demikian, bagi menjayakan cara ini, memerlukan kita prihatin terhadap status senarai ‘friends’ facebook kita. Pilih status ‘friends’ untuk sahabat-sahabat yang benar-benar selamat untuk kita berkongsi apa sahaja informasi tentang diri.

Semua langkah ini bukanlah untuk menyusahkan. Bahkan inilah cara alternatif agar kita menyelamatkan diri kita dan juga orang lain.

By: Mawaddah Mohd Nor.



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO