Jumaat, 28 Mei 2010

"Mama..mana baju Doreamon Nukna (Lubna)?"

1 ulasan

"Mama..mana baju Doraemon Nukna (Lubna)?"
"Baju Doraemon kotorlah sayang, ada dalam mesin basuh." Saya menerangkan pada Lubna. Memang benarlah, sepanjang masa Lubna mesti mahu pakai baju Doraemon. Mestilah kena basuh. Lubna ni memang betul-betul sudah terpengaruh dengan kartun ni. Yang peliknya, rancangan Doraemon di TV, Lubna tidaklah beria sangat mahu menonton. Agaknya nilah penangan daripada Baba Lubna yang suka menonton kartun ketika saya mengandungkan Lubna dulu... :) hehe..
Aha, kembali kepada cerita Lubna yang bertanyakan bajunya itu. Selepas beberapa ketika saya menjemur baju Doraemon Lubna, sekejap lagi pasti Lubna akan keluar ke ampaian. Memandangkan ampaian agak tinggi, Lubna punya caranya sendiri untuk mengambil bajunya itu. Akhirnya Lubna pasti akan dapatkan baju itu. Segera berlari ke arah saya untuk digantikan baju yang sedang dipakainya dengan baju favouritenya itu.
Pernah terjadi satu peristiwa..
Sewaktu kami meleewati sebuah kedai baju, Lubna tiba-tiba menghentikan langkahnya.
"Baba.. Nukna nak baju Doraemon" Sambil tangannya menunjuk ke arah sehelai baju bergambar Doraemon.
"Ok..ok, baba belikan." Babanya begitu sporting.
Namun memandangkan baju agak besar, penjual itu mencadangkan agar kami membelikan untuk Lubna seluar berkartun Mickey Mouse.
Tiba-tiba Lubna bersuara.
"Ni, dah ada..." sambil tangannya menepuk seluar yang dipakainya. Lubna betul-betul mahu mempertahankan kemahuannya. Tidak mahu ditukar dengan yang lain.
Penjual itu hanya tersenyum.
"Pandai yer..." Kata penjual itu sambil mengusap kepala anak kecil kami.

Tidur pun, nak pakai baju Doraemon.

Baju Doraemon ni dihadiahkan oleh Cikgu Roslaili untuk Lubna. Terima kasih yer Laili.. susah-susah jer. :)


Koleksi sapu tangan Doraemon Lubna.

Ada sarung bantal Doraemon ni, barulah mudah sikit Lubna nak tidur. Tapi jangan sesekali minta nak pinjam bantal ni, mesti Lubna akan gantikan dengan bantal lain untuk kita :)



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Ahad, 9 Mei 2010

SELAMAT HARI IBU, UMMI :)

0 ulasan

جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم يسأله : من أحق الناس بصحابتي ؟ قال :« أمك ». قال : ثم من ؟ قال : « أمك
قال : ثم من ؟ قال : « أمك » . قال : ثم من ؟ قال : « أبوك
27 Ogos 2010 nanti, Insya Allah ummi akan mula menikmati fatrah pencennya setelah 33 tahun berkhidmat dalam dunia pendidikan. Pencen diusia 58 tahun, jarang yang mahu mengambilnya. Sekiranya diberi pilihan untuk pencen awal, saya barangkali orang yang pertama memohonnya. Sebenarnya, dunia pendidikan memang mulia, tetapi cabaran dalam usaha memenuhi tanggungjawab mendidik dan menjalankan tugas memang menggugat kesabaran dan keimanan. Namun lain pendirian ummi terhadap dunia pendidikan. Inilah jalan yang akan menjadi saham di Akhirat kelak andai benar-benar dilaksanakan kerana Allah SWT.

Ummi bukan berasal daripada keluarga yang berada. Tetapi amat bertuah kerana berada dalam lingkungan keluarga yang mementingkan akhlak dan akademik untuk jaminan masa depan. 8 daripada 9 adik beradik ummi, adalah pendidik. Semuanya berkat kegigihan seorang abang sulung ummi yang menjadi ‘guru’ kepada adik-adik setelah pulang dari sekolah. Ilmu yang dipelajari diajar kepada adik-adik yang tidak berpeluang ke sekolah akibat kesempitan hidup. Hasilnya, semua yang mengambil peperiksaan berjaya dengan cemerlang termasuklah ummi. Ummi berjaya ke menara gading Universiti Kebangsaan Malaysia meneruskan pengajian dalam bidang Usuluddin. Dan ummi mula berkhidmat pada tahun 1977.

Saya kagum dengan kegigihan ummi membesarkan kami. Memang ummi seorang yang tegas kerana ummi sentiasa mahukan anak-anak berjaya di samping mempunyai disiplin hidup yang tinggi. Jangan sekali-kali memandang remeh dan mengambil mudah dalam setiap urusan yang dilakukan, pasti ummi akan menegur dan membetulkan kesalahan kami. Lakukan sesuatu perkara dengan betul dan bersungguh-sungguh. Itu pesan ummi.

Dalam urusan menguruskan keluarga, seingat saya, saya belum pernah melihat ummi masih tidur ketika azan Subuh berkumandang. Bangkitnya sebelum kokokan ayam jantan membangunkan insan-insan yang lena dibuai mimpi. Sebagai wanita bekerjaya, urusan rumah tangga diselesaikan sebelum melangkah ke tempat kerja.

Ketika saya di sekolah rendah dan adik-adik masih kecil, saya masih ingat bagaimana ummi menguruskan kami ketika abah tiada di sisi kerana urusan pengajian dan kerjayanya di Kuala Lumpur. Kepayahan ummi tidak pernah membuatkan kami turut merasai keperitan kehidupan ketika itu kerana ummi akan memastikan segala keperluan kami dipenuhi sebelum keperluan diri ummi dipenuhi. Ummi memang terlalu banyak berkorban demi kami, anak-anak ummi.

Terlalu banyak yang mahu saya lakarkan di ruangan ini tentang ummi. Namun, saya tahu semuanya tidak terbilang dan tiada noktahnya. Walaubagaimanapun, dikesempatan ini, saya sebagai anak ummi ingin mengucapkan terima kasih buat ummi di atas setiap pengorbanan ummi selama ini. SELAMAT HARI IBU BUAT UMMIKU SAYANG! Semoga hidup ummi diberkati dan dilimpahi kebahagiaan di Dunia dan Akhirat. Aminnnn


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Ahad, 18 April 2010

Bila Lubna Mula Baca Buku Iqra'

3 ulasan
Gambar Hiasan

Sudah agak lama rasanya saya tidak mencoretkan sesuatu tentang anak kami Lubna. Lubna sudah mencecah usia 2 tahun. Memandangkan sejak kebelakangan ini kami juga sentiasa sibuk dengan urusan kerja masing-masing dan pulang ke rumah agak lewat petang, kami merancang sesuatu untuk Lubna untuk perkembangannya. CD Iqra' (nyanyian) kami jadikan 'teman' Lubna bagi mengisi masa-masa terluangnya sepanjang hari.


Nampaknya Lubna agak berminat juga dengan CD yang kami bekalkan. Alhamdulillah. Bila saja pulang ke rumah, Lubna akan mula menunjukkan bakat barunya...

"Alif ba ta ca jim ha kho.." Lubna terus menyanyi dengan gembiranya.

Kami gembira dengan perkembangan Lubna.


Satu hari,

Saya mula terfikir untuk memperkenalkan Lubna dengan Buku Iqra'.

Kebetulan singgah ke Kedai Buku Hassani di Sungai Petani, saya belikan Buku Iqra' kepada Lubna.


Malamnya..

Saya membuka buku Iqra' yang baru dibeli. Lubna menghampiri.

"Mama..apa tu?" Tanya Lubna ingin tahu.

"Aha..apa ni?" Saya saja mengembalikan soalan itu kepada Lubna.

"Buku Aaa..Baa..Taa.." Jawab Lubna bersahaja.

Nampaknya dia tahu itu buku untuk mula mengaji.


Saya mula mengjaar Lubna.

"Aa.." Saya memulakan.

"Aaa.." Lubna mula membaca.

"Baa." Saya menyambung lagi.

"Baa..." Lubna terus mengikut bacaan saya.


"Baa..baa.." Saya mengulanginya.

....

Lubna terdiam.

Kenapa yer..saya berfikir sendirian.

Hai, nampaknya Lubna belum bersedia ni.


Tiba-tiba Lubna bersuara sambil mennyanyi..

"Baa..Baa..black cippp (sheep).."


Laa..ke situ pulak.:)

Hai Lubna..

Hehee.





Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Selasa, 30 Mac 2010

Hadiah Birthday Buat Lubna

5 ulasan
Hadiah buat Lubna sempena Birthday ke 2


قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ بَدَأَ الْخَلْقَ ثُمَّ اللَّهُ يُنْشِئُ النَّشْأَةَ الْآَخِرَةَ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
(QS. Al-Ankabut: 20)

Hat Yai merupakan destinasi pilihan kami kali ini bersama Lubna sempena hadiah hari lahir Lubna yang kedua. Memandangkan lokasi Hat Yai tidak terlalu jauh dari negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia, dapatlah kami mengikuti trip kali ini di hujung minggu. Perkara pertama yang menjadi perhitungan kami adalah pergolakan yang sedang berlaku di Thailand antara ‘penyokong baju merah’ dan ‘penyokong baju kuning’. Seram sejuk juga apabila mengingatkan rusuhan dan kejadian pengeboman yang berlaku di sana. Namun, maklumat yang kami perolehi, Hat Yai adalah kawasan yang bebas dan aman. Jika sebaliknya, pasti rakyat Malaysia tidak dibenarkan masuk ke Thailand.

Alhamdulillah, Lubna nampaknya gembira sepanjang perjalanan. Mama dan baba boleh berikan markah A+ kepada Lubna. Lain kali bolehlah mama dan baba merancang perjalanan yang lain pula.
Floating Market di Hat yai..ala-ala di Bangkok

Cara jualan di Floating Market. Makanan halal mudah didapati


Unik.. bekas minuman dan straw daripada buluh.


Hausnye anak mama ni...

Hai..bersiap sedia nak pi mana ni Lubna :)?

Penglaman naik boat menyeberang menulusuri sungai Hat Yai
Susah betul nak bawa Lubna bergambar..


Dapat tudung baru..seronoknya dia :)

Letihnya..


Kenangan di Hat Yai..



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Rabu, 24 Mac 2010

Tazkirah

0 ulasan

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Isnin, 22 Mac 2010

Sanah Helwah Ya Lubna Al-Habiibah

2 ulasan

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Salam peluk cium penuh kasih sayang khas buat anakanda
LUBNA BINTI MOHAMAD HILMI sempena ulangtahun kelahiranmu. Semoga sentiasa memegang title Anak Solehah, Mujahidah Ad-Deen yang memegang teguh kepada ajaran Islam. :)

Mama dan Baba
22/3/2010


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Sabtu, 20 Februari 2010

Fiqh al-Mar'ah: Hukum Pendarahan Semasa Kehamilan (Kandungannya masih selamat)

17 ulasan


Sebelum ini saya pernah menulis secara ringkas tentang perbahasan Hukum Pendarahan Sebelum Kelahiran. Kali ini saya cuba untuk membicarakan tentang Hukum Pendarahan Semasa Kehamilan. Baru-baru ini saya menerima panggilan daripada sahabat sekerjaya saya Nadia Afifi bertanyakan tentang pendarahan ketika hamil (Namun kadungannya masih selamat). Dia mengalami keadaan itu ketika kandungan masuk bulan ke 3. Keliru tentang hakikat kedudukannya dalam melaksanakan kewajipan sebagai Muslimah, dia meminta pendapat daripada ramai orang. Memandangkan saya juga pernah melalui pengalaman seperti itu (Pendarahan ketika hamil 2 bulan. Tetapinya akhirnya gugur ketika kandungan masuk bulan ke 3), saya bercadang untuk berkongsi maklumat akan hal itu.

Saya mulakan daripada peristiwa bagaimana saya melalui saat itu. Tanggal 31hb Ogos 2009, setelah melakukan pregnancy test di rumah, jelas kelihatan dua garisan pada alat ujian itu. Saya tahu, kini saya mengandung anak kedua. Ketika itu anak pertama saya Lubna berusia 1tahun 6 bulan. Saya sampaikan berita gembira itu kepada suami, dan kami gembira kerana Lubna bakal mendapat teman baru tidak lama lagi. Mengikut perkiraan, kandungan saya ketika itu baru mencecah minggu ke 5. Masih terlalu awal untuk memaklumkan berita baik itu kepada semua kerana saya juga belum mengesahkan kandungan itu melalui pemeriksaan doctor di hospital.

Saat-saat gembira yang saya lalui bersama suami tidak lama apabila pada 4hb September 2009 iaitu pada minggu ke 6 kehamilan, saya mengalami pendarahan di trimester pertama kehamilan. Saya agak panik kerana saya tidak melalui situasi seperti itu pada kandungan pertama saya yang lalu. Lantas, suami segera membawa saya menjalani pemeriksaan di Hospital Kepala Batas. Memandangkan tiada doktor pakar yang bertugas pada malam itu, kes saya akhirnya dirujuk ke Hospital Seberang Perai.

Saya ditahan di wad dan disarankan agar berpuasa. Keputusan awal scan mendapati saya benar-benar mengandung tetapi kandungan saya tidak dapat dipastikan sama ada selamat atau sebaliknya. Menurut doktor pakar di situ, kandungan saya masih terlalu awal dan kerana itu saya diberikan cuti selama seminggu untuk berehat. 2 minggu berikutnya, saya hadir ke appointment di hospital.

Pendarahan terus berlaku sepanjang saya bercuti itu iaitu ketika kandungan saya berada pada minggu ke 6 dan 7. Ketika pemeriksaan dibuat pada appointment itu, kandungan saya masih ‘selamat’ . Persoalan di sini, apakah tergugur kewajipan solat dan puasa saya serta ibadah-ibadah yang lain? Apakah kedudukan darah itu? Haid? Istihadhah?

Dalam masalah ini, penyelesaiannya adalah berdasarkan pandangan ulama’ yang mengatakan bahawa wanita mengandung yang mengalami pendarahan semasa hamil darahnya dikategorikan sebagai darah istihadhah selagi mana kandungannya masih selamat atau belum gugur. Maka, seseorang wanita itu wajib solat dan menunaikan ibadah-ibadah fardhu yang lain.

Nabi saw bersabda:
لا توطأ حامل حتى توضع ولا غير ذات حمل حتى تحيض حيضة
“Wanita tawanan perang yang dijadikan hamba dan hamil tidak boleh dijimak sehinggalah dia melahirkan anak. Tidak dijimak wanita tersebut yang tidak hamil sehinggalah dia berhaid dan habis haidnya.”
(Hr Abu Daud – 2157)

Hadis ini menunjukkan kepada wanita yang hamil tidak berhaid. Darah yang keluar ketika hamil adalah darah istihadhah.

2. Nabi saw bersabda yg ditujukan utk lelaki yang menceraikan isterinya ketika haid:

مره فليراجعها ثم ليطلقها طاهرا او حاملا
“Suruhlah dia rujuk semula dan ceraikan wanita itu dalam keadaan suci atau hamil.”
(Hr Muslim)

Hadis ini menunjukkan hukum hamil adalah sama dgn suci. Iaitu boleh dijatuhkan cerai. Ini menunjukkan darah yang keluar ketika hamil bukanlah darah haid.

Ini dikuatkan lagi dari segi perubatan moden. Dr Muhyiddin Kahalah pakar bedah dan pakar penyakit puan dan peranakan O&G menyatakan bahwa darah tersebut bukanlah darah haid.
Walaupun begitu, ada juga di kalangan ulama'-ulama' fiqh yang mu'tabar yang mengkategorikan pendarahan tersebut sebagai darah haid. Namun pendapat itu akhirnya diakui kurang tepat selepas kajian perubatan dibuat.
Adapun sebab-sebab darah keluar pada masa hamil adalah berdasarkan sebab-sebab berikut:

1. Darah keluar dari organ wanita hamil mungkin disebabkan kerana pecahnya kantung ovum yang berlaku ketika 2 minggu kandungan.

2. Darah keluar kerana ia merembeskan ovum di dinding rahim sehingga memberi kesan kepada dinding rahim yang menyebabkan pendarahan. Ini berlaku selepas 3 minggu kandungan.

3. Turun darah berterusan dari 3 hingga 9 minggu di awal kandungan dengan sebab janin tidak memenuhi ruang rahim.

4. Pendarahan berlaku dengan sebab berlaku radang leher rahim.

5. Pendarahan berlaku dengan sebab pendagingan di leher rahim.

6. Luka pada uri janin yg menyebabkan pendarahan.

7. Kanser.

8. Pendarahan berlaku apabila kandungan tabung uji dan rahim menjadi kosong.


Kesimpulannya:

Sebagaimana wanita istihadhah yang lain, wanita yang mengalami pendarahan ketika hamil (kandungannya masih selamat), perlulah menyucikan diri terutamanya sebelum menunaikan ibadah solat dan memakai tuala wanita yang bersih. Seandainya darah terus menerus keluar sepanjang wanita itu solat, ianya adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan ianya adalah perkara yang dimaafkan. Seandainya berada di Bulan Ramadhan, maka wanita itu perlu menunaikan ibadah berpuasa (selagi mana tidak memudharatkan diri dan kandungan) sebagaimana wanita-wanita istihadhah yang lain. Wallahua’lam. :)


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO