Jumaat, 4 Februari 2011

Allahumman suril muslimiin fi ardil kinanah misra..

1 ulasan
" Ya Allah..selamatkanlah muslimiin (seluruh umat Islam) di bumi kinanah Misr.."

Saya mendoakan kesejahteraan semua muslimin di bumi perjuangan Mesir..

Saya juga mendoakan kesejahteraan saudara-saudara terdekat saya di sana.

  1. Sepupu saya M. Zulhimi (Dentist, Mansurah)
  2. Sepupu saya juga Amalina ( Tibb Tahun 1)
  3. Sepupu saya juga M. Aiman ( Pengajian Islam Tahun ?)
  4. Adik ipar adik saya (Tibb)
  5. Anak pengasuh kepada anak saya M. ZulHelmi ( Tahun Akhir Pengajian Islam)
  6. Suami kepada sahabat saya Renni
  7. Dan semua sahabat handai, adik-adik dan seluruh penuntut Malaysia..
  8. Penuntut dunia Islam yang bakal memimpin dunia..

Amiinnn..




Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Isnin, 31 Januari 2011

Izin Cinta

0 ulasan



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Selasa, 28 Disember 2010

0 ulasan

Dah lama tak update blog MAMA LUBNA ni..

Masa berjalan begitu pantas sekali.

Dua tiga hari lagi sudah masuk tahun baru.

Sesi persekolahan pun dah bakal bermula.

Lubna pun dah hampir menjejak usia 3 tahun pada MAC 2011.

Tahun depan Lubna akan mula bersekolah.

Maksudnya rutin pagi kami aka berubah.

Lubna akan ikut mama ke sekolah.

Baba Lubna akan hantar Baby Syaima' ke rumah Tok Ngah.

Baby Syaima' pun dah hampir 4 bulan.

Dah boleh meniarap dan pandai gelak.

Baba Lubna pun dah mula sibuk dengan urusan pelajar-pelajar Asrama Maktab Mahmud Kuala Muda.

Tahun baru diharapkan dapat membuka lembaran baru untuk bekerja lebih gigih..

Bersemangat untuk kembali belajar..

Berubah menjadi insan yang lebih baik dari semalam.

Aminnn...




Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Khamis, 11 November 2010

Bila Gelombang FB Semakin Kuat Melambungkan Ombaknya

0 ulasan

Gelombang facebook yang melanda dunia, kini semakin kuat melambungkan ombaknya. Tempias gelombangnya bukan sahaja terpercik kepada golongan yang celik IT, malah turut terkena mereka yang selama ini agak buta IT. Saya juga di antara golongaan yang terkena tempiasnya itu. Facebook seolah-olah menjadi satu kemestian untuk digunakan. Namun, persoalannya, salahkan kita berfacebook? Haram? Makruh? Atau Tidak Thiqah?

Sebenarnya, sebelum ini memang ada golongan yang mengangkat isu facebook sebagai haram. Apakah benar ianya haram? Namun, setelah dihalusi oleh mereka yang berkelayakan dan berautoriti, maka ianya dianggap harus selagi mana digunakan untuk perkara-perkara yang baik dan tidak menyalahi syara’.

Sebagai umat Islam, etika berfacebook seharusnya diikuti dan dipatuhi agar tidak tersasar dari landasan kebenaran. Saya tahu, telah banyak artikel yang telah ditulis dan memperkatakan tentang etika berfacebook antaranya artikel yang terperinci ditulis oleh Ustaz Zaharuddin dan ramai lagi yang lain. Seharusnya kita cakna tentang panduan ini.

Di sini, saya hanya ingin menyentuh sedikit tentang topik facebook yang berkaitan etika di kalangan wanita muslimah. Pada awalnya saya sendiri tidak perasan. Namun, setelah beberapa sahabat-sahabat di facebook yang prihatin mengutarakan topik ini, saya mula memikirkan cara yang terbaik untuk berfacebook agar tidak menyalahi syariat.

Bertemu sahabat-sahabat yang sudah bertahun-tahun lamanya tidak berjumpa membuat kita terlalu excited. Apalagi jika sahaba-sahabat itu adalah sahabat ketika bersama-sama di sekolah rendah atau sahabat di alam IPT. Mungkin 15-20 tahun yang lalu. Ukhuwah yang terputus, kini bertaut kembali. Inilah yang dituntut sebenarnya, menyambung ukhuwah yang terputus sejak sekian lama.

Masing-masing akan memulakan dengan bertanya khabar, menceritakan tentang perkembangan terkini, permata hati yang semakin bertambah, kerjaya yang semakin maju, dan pelbagai topic kehidupan yang lain. Seterusnya, foto-foto bersama keluarga dan teman-teman baru diuploadkan untuk dijadikan tatapan di facebook agar kerinduan yang bersarang di hati itu dapat diubati. Walapun begitu, tanpa disedari, kita berkongsi semua itu dengan umum yang lain apabila ianya menjadi tatapan tanpa sempadan.Persoalannya, salahkah?

Hakikatnya ia tidaklah salah. Tambahan pula facebooklah platform menjalinkan ukhuwah yang terlerai. Namun, perkara yang dipersoalkan adalah apabila ia mengundang fitnah apabila foto-foto itu dijadikan santapan mata golongan yang tidak sepatutnya. Apalagi apabila ia melibatnya golongan ajnabi yang sepatutnya kita adakan sempadan syariat. Barangkali kita tidak sedar aksi yang kita rasakan tiada ‘apa-apa’ bagi kita, sebenarnya ‘manja’ di mata yang lain. Suasana yang kita rasakan ‘biasa’ pada pandangan kita, hakikatnya menggoncang jiwa dan nafsu bagi yang lain. Semua ini bukanlah perkara yang disengajakan, malah berlaku dalam keadaan yang tidak kita sedari.

Makanya..gimana ya..:) (pinjam ayat dari seberang). Ini pandangan saya secara peribadi sebagai panduan untuk para muslimah:

1. Pastikan foto-foto peribadi yang diupload ke facebook adalah foto yang ‘biasa-biasa’ sahaja.

2. Pastikan foto-foto itu tidak dikategorikan sebagai aksi keterlaluan yang boleh mengundang fitnah atau dijadikan santapan enak untuk mata para ajnabi.

3. Ada baiknya juga sekiranya foto-foto itu adalah foto beramai-ramai. Bersama suami, anak-anak, keluarga, sahabat handai dan sebagainya. Bukan aksi berseorangan.

4. Jauhkan aksi-aksi yang manja dan berliuk-lintuk walaupun etika pemakaian Islam telah kita patuhi.

3. Apa kata kalau kita memberikan perhatian kepada button ‘share’ pada foto yang diupload. Seandainya ianya mempunyai risiko yang mengundang fitnah, tukarkan ke status ‘friend only’. Sekiranya merasakan ianya selamat, bolehlah dikekalkan ke status ‘everyone’. Setuju?

4. Oleh yang demikian, bagi menjayakan cara ini, memerlukan kita prihatin terhadap status senarai ‘friends’ facebook kita. Pilih status ‘friends’ untuk sahabat-sahabat yang benar-benar selamat untuk kita berkongsi apa sahaja informasi tentang diri.

Semua langkah ini bukanlah untuk menyusahkan. Bahkan inilah cara alternatif agar kita menyelamatkan diri kita dan juga orang lain.

By: Mawaddah Mohd Nor.



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Rabu, 15 September 2010

BerAidilfitri bersama Puteri Kedua

5 ulasan
Kehadiran puteri kedua menjadi penyeri di Aidilfitri
Aidilfitri tahun ini penuh bermakna buat kami sekeluarga di Terengganu dengan kehadiran puteri kedua kami dua hari sebelum berakhirnya Ramadhan. Bumi Terengganu menjadi saksi kelahiran kali ini. Alhamdulillah, kami memanjatkan kesyukuran buat Ilahi di atas anugerah yang dikurniakan buat kami.

Lubna, puteri pertama kami amat teruja dengan kehadiran puteri Ramadhan ini. Sekian lama menunggu, akhirnya dapat juga Lubna menimang baby baru. Semoga kedua-dua zuriat kami ini menjadi anak yang solehah dan qurratu a’yun buat kami.

Pengikat kasih pertama dan kedua buat mama dan baba.
Lubna ceria di pagi Aidilfitri bersama baba

Tokmi dan aki bergambar kenang-kenangan bersama puteri pertama dan kedua kami.


Kenangan di pagi Aidilfitri dengan ahli keluarga yang pulang berhari raya kali ini.


"Ni baby Lubna..jangan ambil tau!"



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Rabu, 11 Ogos 2010

Kenapa SOLAT BANYAK?!!!

1 ulasan


Ramadhan kali ini adalah kali ketiga buat Lubna. Alhamdulillah.. Lubna memasuki madrasah Ramadhan kali ini dengan baik. Saya dan suami mengharapkan Lubna akan belajar sesuatu melalui Ramadhan kali ini sebagai tarbiyyah melalui Ramadhan-ramadhan yang akan datang.

Malam pertama:
Memandangkan saya kini mula memasuki bulan kesembilan (menanti saat-saat kehadiran adik Lubna), Saya dan suami mengambil keputusan solat tarawih di rumah pada malam pertama Ramadhan. Suami sebagai Imam..dan saya bersama Lubna adalah ma'mumnya.

Lubna menjadi makmum seperti biasa ketika solat Isya'.
Selesai solat Isya'..kami bangun untuk memulakan solat sunat tarawih.
"Baba ngan mama nak solat lagi?" Lubna bertanya.
"Mama ngan baba nak solat lagi.. Lubna ikut yer.." Saya menjawab pertanyaan Lubna.

Selesai 2 rakaat tarawih.. Lubna datang duduk di ribaan. Lubna sangka, kami sudah selesai solat.

"Lubna bangun dulu yer.. tidur atas kerusi tu dulu..mama ngan baba nak solat lagi ni." Saya menyuruh Lubna berehat memandangkan masih banyak rakaat yang perlu diselesaikan.

Lubna menurut perintah.

Selesai rakaat yang seterusnya..Lubna kembali duduk di ribaan. Kali ini di ribaan babanya pula.

Kami tersenyum..
Mesti Lubna ingatkan kami sudah selesai solat.

Kami meneruskan solat sehingga ke rakaat terakhir.
Lubna duduk di kerusi sambil menghisap jarinya.. Itulah kerjanya kalau dalam keadaan terpinga-pinga atau ingin mencari idea. Telekung solatnya masih dipakai kemas. Lubna menunggu penuh sabar.

Selesai solat tarawih..
Lubna bersuara: "Mama ngan baba SOLAT BANYAK!!"
Dia seolah-olah ingin menyatakan isi hatinya kenapa solat malam ini panjang. Dia sendiri tak larat untuk mengikut dan mengganggu..

"Ini solat tarawih Lubna.." :)
Kami tersenyum.

Semoga Lubna akan memahaminya suatu hari nanti.

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Ahad, 8 Ogos 2010

Persiapan Ramadhan

1 ulasan

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO