Selasa, 30 Mac 2010

Hadiah Birthday Buat Lubna


Hadiah buat Lubna sempena Birthday ke 2


قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ بَدَأَ الْخَلْقَ ثُمَّ اللَّهُ يُنْشِئُ النَّشْأَةَ الْآَخِرَةَ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
(QS. Al-Ankabut: 20)

Hat Yai merupakan destinasi pilihan kami kali ini bersama Lubna sempena hadiah hari lahir Lubna yang kedua. Memandangkan lokasi Hat Yai tidak terlalu jauh dari negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia, dapatlah kami mengikuti trip kali ini di hujung minggu. Perkara pertama yang menjadi perhitungan kami adalah pergolakan yang sedang berlaku di Thailand antara ‘penyokong baju merah’ dan ‘penyokong baju kuning’. Seram sejuk juga apabila mengingatkan rusuhan dan kejadian pengeboman yang berlaku di sana. Namun, maklumat yang kami perolehi, Hat Yai adalah kawasan yang bebas dan aman. Jika sebaliknya, pasti rakyat Malaysia tidak dibenarkan masuk ke Thailand.

Alhamdulillah, Lubna nampaknya gembira sepanjang perjalanan. Mama dan baba boleh berikan markah A+ kepada Lubna. Lain kali bolehlah mama dan baba merancang perjalanan yang lain pula.
Floating Market di Hat yai..ala-ala di Bangkok

Cara jualan di Floating Market. Makanan halal mudah didapati


Unik.. bekas minuman dan straw daripada buluh.


Hausnye anak mama ni...

Hai..bersiap sedia nak pi mana ni Lubna :)?

Penglaman naik boat menyeberang menulusuri sungai Hat Yai
Susah betul nak bawa Lubna bergambar..


Dapat tudung baru..seronoknya dia :)

Letihnya..


Kenangan di Hat Yai..



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

5 ulasan:

AbuL FaRuQ berkata...

seronoknya... luar negeri percutian mereka... tahun dpn lubna nak pi mana cakap je... salam kat baba lubna yer!

♥ Izzah Marzuki berkata...

assalamualaikum..

lama betul tak singgah sini.. dan memang lama juga tak bersama dunia blog ni.. apapun selamat hari jadi buat lubna comel.. moga jadi anak yg bijak & solehah, insyaAllah.. maaf lah lambat.. moga wadah & family sihat & baik² aje insyaAllah..

Min berkata...

salam mawaddah...
selamat hari lahir buat anakanda lubna... best sangat sesekali dpt melancong. kak min dulu dah penah pergi hatyai. tapi dah lupa la mcm mana, kena pi pulak la rasanya...

ummu berkata...

salam ukhuwah mamalubna
syukran atas perkongsian pengalaman ini.tak dapat jejalan, tengok kat sini pun dah syukur sangat.

Mohd Amin Mohd Zain berkata...

pakteh dh p hatyai 3-4 kali dh lubna..hehe

Catat Ulasan