Ahad, 13 Disember 2009

Apa Ada Pada Nama?


Gambar Hiasan

ADAB MEMBERI NAMA KEPADA ANAK
Oleh: Mama Lubna & Baba Lubna

Situasi 1
Orang Arab: Masmuka ya akh? (Apa nama kamu wahai saudara?)
Orang Malaysia: Ahmad Kamarul Arif Fahmi Bin Abdul Latif
Orang Arab: Masya Allah towill jiddan ya Ahmad.. (Masya Allah, panjangmye.. wahai Ahmad..)

Situasi 2
Orang Arab: Masmuki ya ukht? (Apa nama kamu wahai saudari?)
Orang Malaysia: Ismi Wan Nur Maisarah Farhana Binti Othman (Nama saya Wan Nur Maisarah Farhana Binti Othman)
Orang Arab: Masya Alllah, jamillah jiddan.. Ya Wan Nur.. err, Nur maaza..? (Masya Allah, cantiknya (nama). Wahai Nur.., err, Nur apa..?)

* contoh nama adalah secara spontan daripada penulis. Sekadar contoh semata-mata. Tiada berkaiatan dengan mereka yang hidup atau yang sudah meninggal dunia ;)

Begitulah situasi yang biasa dilalui oleh pelajar-pelajar Malaysia di tanah arab. Saya masih ingat ketika mula-mula saya berada di sana satu ketika dulu, tergeliat orang Arab bila menyebut nama orang-orang Malaysia. Kata mereka, orang Malaysia namanya cantik-cantik dan juga panjang-panjang. Susah untuk disebut. Orang-orang Arab pula namanya ringkas saja sebagaimana yang dianjurkan.

Sewaktu di kuliah banat jamiah al-azhar bil kaherah, betapa ramainya pelajar Arab yang bernama Asma’, Syaima’, Fatimah, Hajar dan beberapa lagi nama yang agak glamour di kalangan orang Arab. Nama-nama itu ringkas dan memiliki makna yang baik. Nama itulah digunanakan sepenuhnya dalam perbualan harian mereka. Lihat sahaja nama-nama para Sahabat dan Sahabiah di zaman Baginda s.a.w. Nama Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Ja’afar, Bilal, Mus’ab, Mu’az, Marwan dan banyak lagi menjadi pilihan. Bagi Sahabiah pula, Asma’, Aisyah, Fatimah, Zainab, Ruqayyah dan lain-lain. Semua pilihan adalah ringkas, mudah dan paling penting mempunyai makna yang baik.

Lain pula dengan masyarakat kita. Namanya panjang-panjang. Bermurakkab-murakkab (berganda-ganda). Kadang-kadang sedih apabila nama itu mempunyai makna yang kurang baik. Nama-nama yang panjang-panjang juga, kalau ada tiga gandaan contohnya, panggilan seharian hanya ringkas sahaja; Na, Ma, Jah, Sit, Zah dan lain-lain. Apa ada pada nama sebenarnya?
Kini sudah menjadi trend di kalangan masyarakat kita menamakan anak-anak dengan nama-nama yang bermurakkab secara keterlaluan. Semakin panjang murakkabnya, semakin diminati. Memang tidak haram tetapi biarlah berpada-pada kerana bimbang terjerumus ke arah makruh lantaran mengejar glamour pada nama. Ikutilah jejak yang diajar oleh Baginda s.a.w yang diutuskan untuk menjadi panduan kepada seluruh umatnya. Lihatlah, tidak ada negara-negara Islam yang menamakan anak-anak secara bermurakkab secara keterlaluan sebagaimana yang dilakukan oleh masyarakat di negara kita sejak kebelakangan ini.

Hakikatnya, Islam mengalakkan umatnya memilih nama yang baik untuk dinamakan kepada anak-anak kita sebagai tanda pengenalan dan perbezaan antara orang Islam dan Orang yang bukan Islam. Nama yang baik juga sangat mustahak kerana panggilan yang sering dipanggil adalah doa yang dapat memperngaruhi keperibadian anak tersebut. Dan sebaiknya anak itu diberi nama pada hari ketujuh kelahirannya berdasarkan hadith:

عَنْ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدُبٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّ غُلاَمٍ رَهِينٌ بِعَقِيقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ وَيُسَمَّىRasulullah s.a.w bersabda: “Setiap yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ketujuh dari kelahirannya dan dicukur rambutnya serta diberi nama.”
(hadith riwayat Ahmad dan Ashabus Sunan).

Contoh Nama-Nama Yang Baik.

1. Abdullah atau Abd. Rahman.
“أحب الأسماء إلى الله: عبد الله وعبد الرحمن“
Nama yang paling disukai oleh Abdullah: Abdullah dan Abd. Rahman”
(hadith riwayat Muslim).

2. Nama Dari Asma’ Al-HusnaSeperti Abd. Al-Aziz, Abd. Karim, Abd. Malik dan lain-lain.

3. Nama Para Nabi dan Rasul

4. Nama Para Sahabat dan Orang Soleh.

“أنهم كانوا يسمون بأسماء أنبيائهم والصالحين من قبلهم”
“Adalah mereka menamakan (anak-anak mereka) dengan nama para nabi dan orang soleh sebelum mereka
(hadith riwayat Muslim).

Adab-Adab Menamakan Anak:

1. Nama-nama yang terdapat dalam bahasa Arab.

2. Nama yang ringkas dan pendek, tidak murakkab (berganda).

3. Mudah untuk disebut.


Nama-Nama Yang Diharamkan:

1. Nama sembahan (Abd.) selain dari Allah dan NamaNya, seperti Abd. Al-Rasul, Abd. Al-Hasan, Abd. Al-Walid dan sebagainya.

2. Nama-nama yang khusus untuk Allah seperti al-Rahman, al-Rahim, al-Qayyum dan sebagainya.

3. Nama-nama bukan Arab yang dikhususkan kepada orang kafir seperti George, Ariel, Sharon, Hitler, Hillary, Subramaniam dan sebagainya.

4. Nama-nama berhala seperti al-Latta, al-Manat, al-‘Uzza, Tok Pek Kong, Vishnu dan sebagainya.

5. Nama-nama syaitan seperti Khanzab, al-A’war, dan sebagainya.


Nama-Nama Yang Dimakruhkan:

1. Nama-nama menarik ke arah nasfu seperti Fatin (فاتن) yang bermaksud penggoda (فاطن = orang yang cerdik) dan sebagainya.

2. Nama-yang tidak elok maknanya seperti Sarraq bin Zalim (pencuri bin penzalim) dan sebagainya.
3. Nama-nama binatang seperti baqarah (lembu bentina), himar (keldai) kharuf (kambing) dan sebagainya.

4. Nama-nama orang-orang fasiq, zalim, sombong, kufur dalam sejarah seperti Fir’uan, Hamman, Qarun, Namrud dan sebagainya.

5. Nama-nama murakkab (gandaan) seperti (Ahmad Muhammad (2 nama) bin…, Ahmad Saiful Anuar (3 nama) bin…, Mohd Nor Syazwan Akif (4 nama) bin… dan sebagainya.

6. Nama-nama malaikat seperti Jibril, Mikail, Israfil dan sebagainya.

Kesimpulannya:

Tanggungjawan ibu bapa adalah memberikan nama yang baik untuk anak-anak kerana ianya akan menjadi doa yang akan digunakan sepanjang hidupnya. Pilihlah mana-mana nama yang sesuai untuk anak-anak bersandarkan panduan yang telah diajar oleh Nabi kita agar anak-anak dapat hidup dengan doa dan panggilan yang bermakna buat mereka. :)


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

7 ulasan:

wfaiziah berkata...

Betul tu..saya suka article nih..
That's truly happen in our community now. makin lama makin pnjg namanya. I like simple name yang penuh makna...but my sons pun 2 murakkab gak since strongly requested by org2 tua to add Ahmad in front eventhough hati nak 1 word jer...Whatever, harap mrk membesar jadi org soleh lg bertqwa..
Yes..Apa ada pada nama ..but nama itu represent our wish of what the're going to be..

Abu Mus'ab berkata...

Assalamualaikum wbrth!

Ta'alik skit...

Mamalubna bagi contoh nama yang baik antaranya Abu Bakar...saja la utk kongsi maklumat...Abu Bakar as-Siddiq RA (Sahabat Nabi) bukan nama sebenarnya Abu Bakar....nama sebenarnya 'Abdullah bin 'Uthman bin 'Amir bin 'Amr bin Ka'ab bin Saad bin Tamim bin Murrah bin Ka'ab bin Luay bin Ghalib al-Qurashi...bertemu keturunan dengan Nabi pada Murrah.....ada juga yang berpendapat nama sebenar Abu Bakar ialah 'Atieq (yg bermakna pembebasan)...tetapi yg tepatnya ialah 'Abdullah...'Atieq itu gelaran (laqab)nya seperti yg terdapat dlm hadith at-Tirmizi.....digelar 'Atieq iaitu mendapat pembebasan dari api neraka.....walau bagaimana pun, yg terkenal namanya ialah Abu Bakar yg merupakan kuniyahnya (panggilan....kuniyah ialah nama yg bermula dgn abu, ummu ibnu dan bintu spt abu mus'ab, ummu nashwa, ibnu umar, bintu syati'). kesimpulannya menamakan anak dgn nama Abu Bakar tidak salah dan ianya termasuk nama yg baik krn merupakan nama (panggilan terkenal) sahabat Nabi.

Sekadar berkongsi maklumat.... :)

♥ Izzah Marzuki berkata...

iye.. nama mawaddah pun sedap & cantik..
lubna pun sama..kan..

anak² buah izzah pun smua namanya 1 perkataan je: muaz, zaid, inas, ammar, awatif, naufal, amjad, iqbal, kauthar & afnan..[ramai kan.. hehe]

biar pendek, tapi indah & bermakna, kan.. =)

Min berkata...

mama lubna @ mawaddah,

thanks for sharing the article...

-ummi mawaddah-

Mama Lubna berkata...

Terima ksih pada yg membuat ulasan/ ta'lik. Smg ada kebaikan untuk kita semua. Pada ummi mawaddah, terima kasih sudi menjengah ke blog ini :)

raihan berkata...

Salam.sy nak letak nama anak sy lubna..tp bile husband google..die kata maksud die timun..betul ke? Maksud die ape

raihan berkata...

Salam.sy nak letak nama anak sy lubna..tp bile husband google..die kata maksud die timun..betul ke? Maksud die ape

Catat Ulasan