Ahad, 27 Disember 2009

Pelaburan Masa Hadapan

2 ulasan
Anak-anak Solehah impian setiap ibu bapa

Menjelang sesi persekolahan 2010, ibu bapalah orang yang paling sibuk menyediakan kelengkapan anak-anak. Bagi yang mempunyai anak yang ramai yang masih bersekolah, sudah tentu di saat inilah mereka sedang menggaru-garu kepala yang tidak gatal itu. Seluk poket kanan kosong. Kiri juga kosong. Bank? Orang lain punya wang adalah! :) Pakaian, kelengkapan alat tulis, yuran dan pelbagai jenis pembayaran perlu dijelaskan. Namun, bagi yang sudah menabung dari awal, pasti terasa ringan sedikit beban di awal tahun ini. Ketika ini jugalah ibu bapa mencari sekolah yang terbaik untuk menjana pendidikan anak-anak. Majoritinya mendaftarkan anak-anak mereka ke sekolah aliran kebangsaan. Bagi yang agak berada atau dengan kata lain mempunyai poket yang agak tebal, sekolah-sekolah swasta menjadi pilihan mengikut citarasa masing-masing. Ada yang memilih sekolah swasta aliran Inggeris, Cina, dan Agama.

Di sebalik suasana kesibukan masing-masing memilih aliran pendidikan anak-anak, saya ingin melahirkan sedikit rasa agak pelik dengan senario ibu bapa Muslim yang memilih Non-Muslim Kindergarten sebagai arena pendidikan awal anak-anak mereka. Saya yakin, impian ibu bapa adalah menggunung tinggi agar anak-anak berupaya menguasai bahasa. Namun, sedarkah kita bahawa sistem pendidikan mereka bukan sahaja berteraskan bahasa, tetapi juga bersandarkan nilai-nilai agama dan aspek ketuhanan yang dianuti. Ini terbukti apabila sesetengah kindergarten ini dibina bersebelahan church yang tersergam megah di sesebuah kota. Persoalan-persoalan yang saya timbulkan di fikiran, adakah di Malaysia tidak mempunyai sekolah-sekolah pilihan bagi anak-anak Melayu Muslim bagi mendapatkan pendidikan terbaik menurut acuan Islam? (Hakikatnya sudah banyak Islamic Kindergarten antaranya PASTI, Iqra' Kindergarten, Dzul Iman Islamic Kindergarten, Tadika Atfal Kindergarten, Muslim Kindergarten dan banyak lagi) Atau sekadar mahu mencuba? Saya secara peribadi melihat situasi ini adalah sesuatu yang serius dan bukan saatnya untuk mencuba. Tiada istilah CUBA. Sedih juga apabila melihat fenomena ini tidak lagi menjadi isu sensitive di kalangan ibu bapa bahkan menjadi satu kebanggaan apabila anak-anak mendapat pendidikan awal di situ.

Menerapkan nilai-nilai Islam dalam pendidikan anak-anak. Gambar Hiasan.

Setiap pagi, anak-anak kecil Muslim bersama-sama menyanyikan lagu-lagu gereja yang berunsurkan ketuhanan. Hakikatnya tidak salah kerana taman-taman asuhan itu dibina untuk bangsa mereka yang beragama kristian. Tetapi, kenapakan ibu bapa Melayu Muslim yang berminat dan menyokong pendidikan mereka? Adakah kerana mereka menawarkan pakage love for learning, loving and caring telah mengaburkan mata ibu bapa Muslim? Sedarkah ibu bapa, apakah nilai-nilai yang diterapkan terhadap akhlak dan i’tikad anak-anak mereka? Saya merayu kepada ibu bapa agar melakukan kajian dan penelitian terlebih dahulu tentang silibus pendidikan sebelum menghantar anak-anak ke mana-mana tempat yang diingini. Walaupun tujuan utama anak-anak dihantar adalah atas asas penguasaan bahasa namun bimbangkan juga akan asas aqidah yang akan menjadi pendinding dan tunjang masa depan mereka. Persaingan ekonomi di zaman akan datang sememangnya semakin hebat dan sengit. Penguasaan bahasa sedikit sebanyak akan membantu mereka dalam persaingan itu. Namun, jangan sampai menggadaikan aqidah dan tauhid mereka.

Ibu bapa perlu merenung lebih jauh kehadapan akan masa depan anak-anak. Masa depan bukan hanya di dunia semata-mata, malah masa depan akhirat yang utama. Inilah pelaburan kita yang perlu diambil kira. Seharusnya anak-anak kecil ini dihantar ke taman asuhan/ kindergarten yang menerapkan nilai-nilai kehidupan sebagai Muslim. Ketika inilah pentingnya ibu bapa Muslim membentuk anak-anak kecil melalui biah solehah. Semoga anak-anak terdidik dalam suasana yang mendorong mereka menjadi Muslim pintar yang diredhai Allah s.w.t. Inilah pelaburan masa hadapan kita.

*Bagi kindergarten yang berteraskan nilai-nilai Islam, lakukan sesuatu yang lebih advance untuk membuktikan pendidikan Islam adalah yang terbaik.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Jumaat, 25 Disember 2009

Kembali Ke Rumah

1 ulasan
Semuanya sudah kembali seperti biasa. Kami sudah pulang ke rumah Di Butterworth. Suami juga sudah menyelesaikan kursus di UUM. Miliar Mubaarak buat abang. Aha, sebulan bukannya masa yang lama kan? J Terima kasih juga buat Kak Samihah dan Abang Asri sekeluarga kerana mengizinkan kami menetap di Kuala Perlis, Negeri Perlis Darussunnah.

Pulang ke rumah, kami menjalankan operasi membersih dan mencuci. Debu-debu halus yang berterbangan boleh mengakibatkan kesihatan terjejas. Sakit kerongkong, sakit dada dan batuk. Begitulah fenomena yang berlaku jika rumah di tepi jalan besar. Sebelum pulang, sempat kami singgah ke Giant Sungai Petani membeli keperluan rumah. Lubna cukup gembira dan seronok bila singgah di sini. “Ayennnn (Giant)” Kata Lubna dengan nada yang ceria dan seronok. :) Dia akan mula menangis bila kami sekadar melalui tanpa singgah di situ.

Letih juga mengelap lantai yang berdebu, mencuci tingkap-tingkap yang dipenuhi habuk serta me’roboh’kan sawang-sawang al-ankabut . Lubna terpaksalah dihantar ke rumah Mak Njangnya. Jika tidak, pasti dia akan sama-sama membantu kami menyelesaikan operasi mencuci ini. Lubna memang anak yang rajin :)

Kini, semuanya akan kembali seperti biasa. Sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi. Semoga semuanya berjalan dengan baik. Saya sudah tidak sabar untuk bertemu dengan sahabat-sahabat seangkatan. Pasti banyak pengalaman yang mahu dikongsi sepanjang bercuti.

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Ahad, 20 Disember 2009

Salji Oh Salji.. :)

4 ulasan
Subhanallah, indahnya molekul salji ini.

Jeles betul bila melihat gambar sahabat-sahabat bermain salji. Sekarang musim salji di sana. Nampaknya tahun ni salji turun dengan lebat juga. Syok juga kalau Malaysia ni ada salji kan.. (manusia ni memang macam tu. Apa yang ada..jarang disyukuri, apa yang tiada..aha, sambung sendiri ye.) Bila lah agaknya boleh bawa Lubna pergi main salji di sana. Pepatah menyatakan jauh berjalan, luas pengalaman..benarkan? Banyak perkara yang kita boleh temui dan jadikan iktibar dalam kehidupan. Kerana itu Allah a.w.t berfirman:



أَوَلَمۡ يَرَوۡاْ ڪَيۡفَ يُبۡدِئُ ٱللَّهُ ٱلۡخَلۡقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ ۥۤ‌ۚ إِنَّ ذَٲلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرٌ۬ (١٩) قُلۡ سِيرُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ فَٱنظُرُواْ ڪَيۡفَ بَدَأَ ٱلۡخَلۡقَ‌ۚ ثُمَّ ٱللَّهُ يُنشِئُ ٱلنَّشۡأَةَ ٱلۡأَخِرَةَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ ڪُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬ (٢٠)

Tidakkah mereka melihat dan memikirkan bagaimana Allah mencipta makhluk-makhluk pada mulanya, kemudian Dia akan mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya)? Sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah. (19) Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baru. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah Al-Ankabut: 19-20)

Saya tidak mempunyai pengalaman bermain salji. Tapi mempunyai cerita dan pengalaman mahu ‘menemui’ salji. Ketika itu usia baru mencecah umur 20 tahun. Masih menuntut di Kolej. Kesempatan menjadi perwakilan KUSZA ke Persidangan Mahasiswa Islam sempena Ihtifal Sab’iina Sanah PMRAM di Kaherah, mencetuskan idea kepada saya untuk melakukan sesuatu bagi memenuhi impian . Selesai persidangan (hampir seminggu), sebahagian perwakilan dari pelbagai Negara (termasuk Malaysia, Jordan, Jepun, Amerika dll) sudah berangkat pulang. Memandangkan cuti semester masih panjang, saya dan sahabat saya Siti Nurul Hafizah (kini sudah menetap di London) mengambil keputusan untuk ke Jordan. Sahabat perwakilan dari Jordan memberitahu bahawa Jordan ketika itu mengalami musim sejuk. Wah! Hati sungguh teruja.

Dengan baki duit yang masih ada, kami mengambil keputusan mengikuti rombongan ke Jordan melalui jalan darat dan air. Merentasi sahra’ (padang pasir) ke Port Aqabah di Semenanjung Sinai, Mesir dan menyeberangi Laut Merah ke Port Nuweiba’ di Jordan adalah satu pengalaman yang terpahat kuat di ingatan. Saat itu saya belum mengenal hukum Safar Mar’ah. Lantas, semuanya menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan. Semuanya semata-mata kerana mengejar salji. :)

Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa tidak sampai sehari akhirnya mengambil masa 24 jam untuk sampai ke Jordan. Semuanya gara-gara kapal laut yang dinaiki kehabisan minyak tengah-tengah Laut Merah! Terpaksalah menunggu kapal lain menghantar bekalan minyak. Terlalu faudho (feudal)! Tidak bersistem. Begitulah hakikatnya orang-orang Arab. Sebab itulah Nabi Muhammad diutuskan kepada kaum Arab.

Jordan


Baiklah, sampai di Republic Hashemite of Jordan, memang sejuk. Berapa darjah celcius yer..saya sendiri pun lupa. Dah lama. Perjalanan diteruskan sehingga ke Aman ibu kota Jordan. Tetapi, hampa bila salji telah pun cair. Alahai..Mana salji?!! Mana frost?!!! Saya sudah terbayang bagaimana indahnya salji yang mengandungi struktur molekul yang sangat cantik seperti sebuah reka bentuk geomatri yang sangat menarik. Akhirnya hampa bila semuanya tidak dapat dinikmati. (Ni sebab terpengaruh dengan gambar-gambar dalam mausu’ah/ensiklopedia yang dibaca lah ni. Ketika tu internet belum famous lagi)

Yang tinggal hanyalah sedikit kesan yang menunjukkan musim sejuk kini mula berakhir. Kami ke Suwaileh, penempatan student Malaysia. Tak mengapalah salji tidak sudi menemui kami, sekurang-kurangnya kami merasai kesejukan di Jordan. Menggigil juga kami dibuatnya. Maklumlah, itu pengalaman pertama.

Begitulah pengalaman kami mencari salji masa muda-muda dulu ;). Allah belum mengizinkan saya menemuinya walaupun sahabat saya (Siti Nurul Hafizah) kini sedang menikmati panorama salji turun di London ketika ini. Akhirnya, kami pulang ke Malaysia beberapa minggu selepas itu dengan rasa sedikit rasa hampa kerana hajat kami yang belum kesampaian. Namun berasa gembira kerana masih berpeluang menziarahi Bahru al-Mayyit (Laut Mati), Maqam-maqam Auliya’ (Makam para Nabi), al-Ahram (piramid) dan juga menziarahi serta mengikuti kuliah-kuliah sebagai mustami’ di Jamiah-jamiah (universiti-universiti) di Jordan dan di Mesir sebelum pulang. Antaranya Al-Jami’ah Al-Urduniyyah (University of Jordan) dan Jami’ah Al-Azhar. Semoga dipanjangkan umur menikmati Panorama salji turun pada masa yang akan datang. :)

*Kenangan di alam pengajian.
p/s: Ummu Nashwa, kak faten, kak hamizah dan irma dll...ambil gambar main salji dan panorama salji turun banyak2 ye. :)


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Jumaat, 18 Disember 2009

Di Celah-celah Kebahagian Itu..

1 ulasan
Tahun baru hijrah kini bermula. Setiap insan mengharapkan sinar yang semakin bermakna dalam kehidupan. Di celah-celah kebahagiaan dan kegembiraan insan-insan terpilih, saya teringat seorang sahabat (sejak di SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu) hari ini merenung jauh masa depannya dan anak-anaknya. Abdul Rahman Al-Fawwaz, anak lelakinya yang berusia 1 tahun 6 bulan, menanti saat untuk dipulihkan. 24hb Disember tahun ini (beberapa hari sahaja lagi) merupakan antara tarikh bersejarah buat dirinya lagi. Abdul Rahman akan dibawa ke dewan bedah di Hospital Kubang Kerian. Umminya setiap detik mendoakan agar anaknya sihat seperti anak-anak kecil yang lain.

Setiap kali pulang ke kampung di Gong Badak Terengganu, saya pasti akan meluangkan masa ke rumah sahabat ini di Manir. Masih tergambar bagaimana riang dan gembiranya Abdul Rahman bila melihat Lubna. Dia tersenyum bila Lubna datang menghampiri. Lubna menyentuhnya dan menciumnya. “Baby..” Kata Lubna. Lubna tidak tahu bahawa mereka sebaya. Abdul Rahman pula seolah-olah mahu menguatkan diri agar boleh bangun. Jika dia berupaya, pasti mereka berdua akan bermain dan berkejaran ke sana ke mari. Alangkah indahnya saat itu.

Walaupun anak kedua sahabat saya ini mengalami pendarahan otak ketika dilahirkan pada Jun 2008 (sekarang menyebabkan kepalanya membesar akibat cecair dalam kepala, dan tidak dapat bangun/berjalan) sahabat saya ini tetap tabah. Begitu kental semangat dan kesabaran yang Allah s.w.t berikan kepadanya. Tidak pernah walau sekali saya melihat air matanya berlinang di matanya, apalagi mengalir bercucuran menangisi nasib yang menimpa diri. Malah, saya pula yang berasa sebak.

Lebih syahdu dan pilu apabila semuanya terpaksa ditanggung bersendirian bertemankan anak sulungnya Najibatun Naimah yang baru sahaja mula mengenal erti kehidupan. Walaupun baru berusia 3 tahun, dia sudah memahami keadaan umminya. Sekali pandang, air muka Najibatun Naimah lebih matang daripada kanak-kanak yang lain. Betapa Allah s.w.t Maha Adil.

Umminya bertanya, “Najibah.. abi mana? “
Najibah, “Abi tak dok. Dah mati. Najibah nak jaga adik.”
Umminya bertanya lagi: “Najibah sayang adik tak?”
Najibah: “Sayanglah.. Adik sakit. Ummi..” Panggil Najibah manja.

Saya menggosok-gosok kepala Najibah. Saya tahu, Najibah akan bantu umminya. Najibah anak yang pandai, anak yang tabah seperti umminya.

Alangkah bertuahnya kita semua kerana mempunyai suami yang mengasihi dan sentiasa di samping mengemudi rumah tangga yang dibina. Alangkah beruntungnya kita kerana dikurniakan anak-anak yang sihat dan pandai menjadi penyeri kehidupan. Sahabat saya ini, baru beberapa tahun mendirikan rumah tangga, ketika melahirkan anak kedua, suaminya disahkan mengidap penyakit kanser paru-paru. Dia sendiri terkesima. Tanda-tanda awal batuk berlanjutan dan sukar pulih tidak disangka begitu jadinya. Suaminya diberikan rawatan di Hospital Nur Zahirah dan Hospital Kubang Kerian untuk rawatan pakar. Terlalu pantas segala yang terjadi. Tidak sampai 2 bulan, dia dijemput Ilahi. Innalillahi wa inna ilaihi raajiunnn. Saya sendiri tidak kenal arwah, tetapi pernah melihatnya dari jauh ketika sahabat saya itu datang berziarah ke rumah ketika saya melahirkan Lubna pada Mac 2008. Wajahnya bercahaya, petunjuk sebagai orang yang soleh. Merupakan graduasi dari Mahaad at-Tahfiz wa al-Qiraah di Shubra, Mesir. Satu bonus yang cukup besar buatnya. Mudah-mudahan, arwah berada di kalangan para solihiin dan muttaqiin. Amin.


Begitulah saya menceritakan kisah sedih di sebalik kebahagiaan kita semua. Bersyukurlah dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita semua. Mudah-mudahan Allah limpahkan lagi rahmat dan kasih sayangNya buat kita kerana kesyukuran itu.

وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَٮِٕن شَڪَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡ‌ۖ وَلَٮِٕن ڪَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ۬

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.”
(Surah Ibrahim : 7)

Kepada sahabat saya Ustazah Nur Izyan Nadiah, tabahkah hati meneruskan kehidupan. Kami semua akan mendoakan kesejahteraan buat ustazah dan anak-anak.



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Khamis, 17 Disember 2009

Salam Maal Hijrah 1431H

0 ulasan

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Rabu, 16 Disember 2009

Bantu Mama Jemur Baju :)

2 ulasan

Gambar Hiasan

Barangkali ada hikmahnya apabila hasrat saya menyambung pengajian belum diluluskan oleh majikan. Katanya masa belum mengizinkan lagi. Saya pada mulanya merasa tidak adil kerana betapa ramainya rakan-rakan seangkatan yang lain sudah pun memulakan pengajian lanjutan mereka. Bahkan ada yang sudah menamatkannya dan menyambung ke peringkat yang lebih tinggi. Walaubagaimanapun, Insya Allah, bila tiba masanya nanti, saya akan menghulurkan borang permohonan untuk diluluskan. Mengapa impian dan cita-cita saya harus saya hentikan dan lupakan kerana factor yang sekecil ini?

Kini baru saya yakin bahawa Allah Maha Mengetahui kebaikan untuk hambaNya. Sekurang-kurangnya saya mempunyai ruang masa yang banyak menguruskan rumah tangga yang baru setahun jagung dan anak pertama kami yang masih kecil sekaligus memberi laluan kepada suami terlebih dahulu menyambung pengajiannya. Alhamdulillah sudah menamatkan pengajian hadithnya. Mudah-mudahan ada ruang untuk saya pula selepas ini. Amin :)

Kini cuti sekolah. Saya mempunyai 24hours bersama anak kesayangan. Jika saya sudah memulakan pengajian, barangkali ketika ini saya terpaksa menghantar Lubna ke kampung suami di Kota Kuala Muda Kedah kerana terpaksa menghadiri kuliah atau bertemu supervisor. Suami pula berkursus di UUM. Lubna semakin aktif dan semakin nakal. Dia memerlukan perhatian dan belaian kasih sayang daripada mama dan baba. Kadang kala, memerlukan teguran agar ragamnya tidak menjadi-jadi. Pengalaman menjadi ibu ini mengingatkan saya kepada ummi dan abah di kampung. Alangkah besarnya pengorbanan mereka membesar dan mendidik kami. Pelbagai ragam daripada kami 6 beradik. Terima kasih ummi dan abah. Jasamu kukenang sampai bila-bila. :)

Hari ini, saya bersama Lubna di Perlis. Baba Lubna sudah ke UUM menghabiskan hari-hari terakhirnya berkursus di UUM. Kelmarin ada Cu dan Cik Ah (adik ipar saya). Dapatlah menjadi teman bermain Lubna. Tetapi, pagi ini Lubna hanya ada mama. Apa lagi, asyik merengeklah mahu itu dan mahu ini. Jika tidak dapat, mulalah tergolek-golek atas lantai. Alahai anakku sayang…

Pagi ni Lubna menolong mama jemur baju di ampaian. Baru 1 tahun 8 bulan, dah boleh ringankan kerja mama.. Nak tahu bagaimana? Di rumah kakak ipar saya ni (saya berada di sini sepanjang cuti sekolah kali ini), mesin basuhnya manual. Spinnya pula tidak dapat beroperasi. (Hehe..nanti Kak Mihah suh Abang Asri belikan yang baru dan besar gitu yer) Mahu tidak mahu, kain baju yang dibasuh perlu diperah dengan sepenuh tenaga untuk memudahkan ia cepat kering bila dijemur nanti. Dan itulah yang saya lakukan. Lubna rupanya memerhatinya dengan penuh minat.

Lubna pada awalnya berada di dalam rumah. Kemudian keluar. Saya arahkan Lubna memakai selipar. Lubna turuti. Jadi saya terus memerah dan menjemur kain baju yang baru dibasuh tadi. Saya terlupa dengan Lubna. Tahu apa yang dia lakukan? Dia mengambil baju di dalam bakul, lalu diperah sebagaimana yang saya lakukan. Erm, kalau itu sahaja, tidak mengapa. Dia kemudia mengibas baju itu, dan mahu menjemurnya. Tak sampai ke tali penyidai pun. Lantas, Lubna membuangnya ke tanah. Alahai..habislah kotor baju tu!

Bila saya mengalihkan bakul kain, Lubna merengek. Terjelepuk di atas tanah. Ok, ok.. mama berikan. Saya mengajar Lubna sesuatu.

“Sayang ambil baju tu.” Saya mengarahkan Lubna mengambil baju di dalam bakul. Lubna memahami arahan saya.

“Ok, haati li..” Saya memberikan arahan yang seterusnya. Lubna memberikan baju itu kepada saya. Risau juga takut terjatuh lagi ke tanah.

Kemudian, saya mengambil baju itu dan menjemurnya. Lubna mengulang-ngulang kelakuan yang sama. Mengambil baju di dalam bakul, lalu diberikan kepada saya. Saya mengambilnya daripada Lubna dan menjemurnya. Memang memakan masa yang lama menjemur kain baju dengan cara begitu. Tetapi, biarlah. Sekurang-kurangnya saya dapat mengajar Lubna satu lagi nilai-nilai yang murni dalam kehidupan. Menolong mama menjemur baju :) Terima kasih sayang… Saayangg Lubna!


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Through The Rubbish Into The Dustbin :)

0 ulasan
Anak-anak kecil memang belajar daripada persekitaran. Kaedah yang boleh mereka lakukan antaranya adalah dengan meniru. Meniru segala perbuatan yang dilakukan oleh orang yang berada di persekitaran mereka. Awas! Ibu bapa perlu berhati-hati kerana anda sedang diperhatikan. :)

Maka di sinilah relevannya ibu bapa menunjukkan teladan yang baik untuk anak-anak. Jika ibu bapa beramal soleh, maka anak-anak akan melazimi apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Jika sebaliknya, maka amat rugilah kerana anak-anak akan mewarisi apa yang kita lakukan. Kerana itulah Nabi s.a.w bersabda:


''كل مولود يولد على الفطرة فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه''
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi”

Dalam kaedah meniru ini, ada yang baik ada yang kurang baik. Meniru ibu bapa solat adalah perkara yang baik. Doakan semoga anak-anak rajin menunaikan solat apabila dewasa kelak. Begitu juga meniru ibu bapa mengaji al-Quran. Mereka mungkin akan merengek mahukan al-Quran yang dibaca oleh ibu bapa kerana mahu meniru apa yang dilakukan oleh ibu dan bapa mereka. Lantas, ibu bapa mungkin boleh menggantikannya dengan buku-buku agama (bertulisan jawi atau arab) untuk menggantikannya. Tetapi bagi anak-anak yang agak advance, pasti dia tidak mahu buku itu. Yang dia mahukan hanyalah al-Quran. Bagi mereka yang baru menimang anak pertama, pasti ini ujian yang baru dalam proses pertarbiyahan anak-anak. Namun kita tetap berasa bertuah kerana anak kita sudah mula belajar mahu mengaji al-Quran.

Menyentuh berkenaan anak-anak belajar dengan cara meniru, saya pasti semua bersetuju jika saya katakana ibu bapa masih boleh bersabar dalam meniru perkara ibadah. “Anakku anak yang soleh…” “Anakku mewarisi kebaikan ummi dan abah..” “Anakku anak yang rajin..” Pasti inilah kalimah yang terucap. Kalau bukan di bibir, pasti akan terucap di hati. Alhamdulillah.

Tapi bagaimana menghadapi situasi anak meniru dalam perkara yang lain? Setiap hari, bermain dengan penyapu? Sapu sana..sapu sini. Habuk-habuk mula berterbangan. Dia mahu meniru ibunya menyapu sampah. Bagaimana pula jika anak setiap hari bermain air di sinki? Memandangkan sinki tinggi daripada ketinggiannya, maka dia mencari alternative untuk mencapai apa yang dia mahukan. Bangku kecil, periuk, besen, tong sampah..semuanya menjadi mangsa si kecil. Tanpa disedari, air mencurah-curah. Lantai di bawah mula basah. Ibu bapa mula risau kerana ia bukan sahaja satu pembaziran, malah ia membahayakan!
Saya secara peribadi berpendapat dalam hal ini, ibu bapa jangan menghalang dengan keras. Jika demikian, anak-anak akan mula belajar untuk memprotes. Atau untuk kesan jangka masa panjang, mereka akan hilang keyakinan dalam diri sedikit demi sedikit. Maka di sinilah senjata kebijaksanaan ibu bapa harus digunakan. Atau biarkan anak-anak mencuba tetapi masih di bawah pengawasan ibu bapa. Atau, alihkan perhatian mereka kepada sesuatu yang lebih menarik. Bercakap-cakap dengan nada yang memujuk juga kadang-kadang sesuai untuk digunakan dalam situai tertentu.

Saya ingin berkongsi apa yang terjadi kepada anak saya Lubna hari ini. Pagi tadi, ketika saya membawanya berjalan-jalan di kawasan rumah, Lubna berlari-lari mengambil sesuatu di atas tanah. Saya memerhati dari jauh. Oh, rupanya Lubna mengambil selembar kertas di porch kereta. Lalu dia berlari-lari pula ke arah saya. Saya sangkakan Lubna mahu memberikan kertas itu kepada saya. Firasat saya salah. Lubna menuju ke arah tong sampah dan terus membuka penutupnya. Kertas dibuang di dalam tong sampah! Alhamdulillah, anakku sudah mula belajar nilai-nilai murni dalam masyarakat. :) "Good Girl!" Saya memberikan pujian galakan kepada Lubna. Semoga Lubna melaziminya selepas ini.

Petang ini, suamiku pula membawa Lubna keluar ke tempat yang sama. Bersiar-siar sambil menikmati angin bendang yang bertiup nyaman. Lubna seperti biasa berlari-lari riang dengan mulutnya berkata-kata tanpa henti dengan bahasanya yang tersendiri. “Ni cucu aki (datuk) lah ni..” Semua orang akan berkata demikian jika kenal aki Lubna :). Petah berkata-kata, banyak idea, dan banyak akai (kata orang Utara). Mulut Lubna tidak pernah berhenti bercakap melainkan bila dia tidur. Jika Lubna tidur, barulah aman rumah kami.

Baiklah, kembali kepada kisah Lubna bersiar-siar dengan babanya tadi. Tiba-tiba Lubna menjenguk ke arah tong sampah di tepi jalan. Tong sampah tidak bertutup. Tanpa diduga Lubna meludah ke dalam tong sampah. Suamiku agak terkejut dengan tindakan Lubna. Lubna hanya tersengih tanpa memahami apa-apa. Lagi terkejut bila Lubna tiba-tiba berkata: “Baba lak..” sambil tangannya menunjuk ke arah tong sampah yang sama. Lubna mahukan babanya meludah sebagaimana yang Lubna lakukan tadi. Dari mana pula dia belajar ni? Alahai anakku sayang…

Kesimpulan
Inilah proses pembelajaran anak-anak. Dan inilah proses pentarbiyahan Allah kepada ibu bapa dalam mendidik anak-anak generasi Islam. Persiapkan diri dengan ilmu, iman dan pengalaman. Kesabaran dalam membesarkan anak-anak adalah kunci kejayaan ibu bapa kita membesarkan diri kita sehingga kita berjaya mengecapi kejayaan hari ini. Semoga anak-anak kita juga mengecapi apa yang kita kecapi hari ini. Insya Allah. :)


Abislah kali ni.. bil air melambunglah bulan ni ;) Si kecil ni selalu curi-curi main air


Aha.. bangku merah ni jadi mangsa..

Nota: Gambar peristiwa Lubna dan tong sampah, tak sempat dirakam. Sebab tu lah ganti gambar main air ni.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Isnin, 14 Disember 2009

Amalan Yahudikah ini?

0 ulasan
Al-Quran sumber teragung


Balik bercuti di Terengganu baru-baru ini, abah ada memberitahu tentang artikel pengalaman seorang hamba Allah yang menulis tentang mengapa orang Yahudi bijak? Saya membaca artikel tersebut. Benar, sesuatu yang menarik yang boleh kita praktikkan. Semuanya tidak menyalahi syariat, bahkan sebahagiannya mengikut sunnah Nabi kita Muhammad s.a.w. Saya cukup terkesan kerana apa yang telah diajar oleh Baginda s.a.w telah dipinggirkankan oleh umatnya sendiri. Lebih malang apabila ianya mula diamalkan oleh musuh yang paling membenci Islam. Berikut saya nukilkan beberapa phrases yang agak menarik perhatian saya untuk berkongsi maklumat:

1. “Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami.”.

Bagi umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w menganjurkan agar wanita-wanita hamil agar sering mengalunkan ayat-ayat al-Quran dengan sebaiknya. Malah ahsan jika dibaca sebuah al-Quran secara istiqamah dan konsisten sepanjang membawa kandungan itu kerana fadhilatnya amat besar. Muslim ada meriwayatkan sepotong hadith tentang kelebihan membaca al-Quran:

عن أَبي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيُّ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ اقْرَءُوا الزَّهْرَاوَيْنِ الْبَقَرَةَ وَسُورَةَ آلِ عِمْرَانَ فَإِنَّهُمَا تَأْتِيَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا غَيَايَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ تُحَاجَّانِ عَنْ أَصْحَابِهِمَا اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ وَلَا تَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَةُ
Telah menceritakan padaku Abu Umamah Al-Bahiliy R.A berkata : Aku mendengar Nabi SAW bersabda : “Bacalah oleh kalian semua Al-Qur’an, kerana ia akan datang pada hari Kiamat nanti sebagai pembawa syafaat bagi para pembacanya, bacalah oleh kalian semua “Dua yang Bersinar” (yaitu) Al-Baqarah dan Ali Imran, maka ia akan datang pada Hari Kiamat nanti bagaikan 2 naungan, atau bagaikan 2 awan, atau bagaikan 2 belahan burung dari angkasa yang menghalangi para pembacanya (dari api neraka –pen). Bacalah oleh kalian surah Al-Baqarah karena barangsiapa yang mengambilnya akan dilimpahkan berbagai kebaikan dan barangsiapa yang meninggalkannya akan ditimpa kerugian, dan tidak ada Al-Bathlah yang mampu mencelakakannya.” Berkata Mu’awiyah : Telah disampaikan kepadaku bahwa makna Al-Bathlah yaitu Tukang-tukang Sihir/Guna-guna.” (Hadith Riwayat Muslim)

Hakikatnya, pendidikan anak-anak bukan bermula dari saat dilahirkan bahkan kajian menunjukkan pendidikan bermula dari alam rahim lagi. Anak-anak di alam rahim sudah terdidik dengan perlakuan ibu dan persekitarannya. Lantas, bacaan al-Quran amat penting untuk dialunkan sepanjang tempoh itu kerana ia berupaya merangsang minda bayi berkenaan. Ahammu as-syai’ (perkara yang lebih penting) adalah memasakkan kalimah suci Allah melalui kalamullah yang suci. Bagi yang bergelar muslim dan mu’min, maka di sinilah letaknya kepentingan memilih bakal isteri atau ibu kepada anak-anak yang bakal dilahirkan daripada kalangan perempuan-perempuan yang beragama kerana ia berupaya mewarisi keimanannya kepada zuriat-zuriatnya.

Dalam hal ini, benarlah apa yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi yang mahu melahirkan anak-anak yang pintar matematik dengan melatih anak-anak sejak di alam rahim lagi. Apa kata kita turut menjejaki langkah yang sama. Hafazlah al-Quran & hadith sewaktu mengandung agar anak yang dilahirkan nanti akan menjadi al-hafiz/ al-hafizah. Belajarlah pelbagai bahasa agar anak itu akan menjadi golongan yang menguasai banyak bahasa terutamanya bahasa arab dan bahasa inggeris. Rajin-rajinkanlah diri melakukan amal ibadah agar anak itu turut sama menuruti amalan itu apabila dewasa kelak. Dan apalagi yang kita mahukan? Mulakanlah dari saat mengandung anak itu.

2. “Sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang.”

Susu, kurma, bijirin, ikan, madu, sayur-sayuran dan buah-buahan adalah makanan yang banyak membekalkan vitamin dan mineral untuk tubuh badan manusia. Penuh khasiat! Malah susu adalah minuman kegemaran Rasulullah s.a.w. Malah Rasulullah s.a.w pernah mengembala kambing dan memerah susu kambing. Terlalu simbolik apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Tidakkah kita terfikir bahawa di situ tersurat bahawa Allah ingin menyampaikan kepada hambaNya bahawa susu adalah minuman yang baik untuk diamalkan terutamanya bagi wanita-wanita mengandung. Namun sayang sekali, umat Islam kurang mengambil berat tentang ini. Begitu juga dengan kurma. Inilah makanan yang mengandungi vitamin yang lengkap. Ketika seharian berpuasa, kurma adalah makanan pertama yang dianjurkan untuk dimakan sebagai asas menggantikan kekurangan vitamin dan mineral dalam badan. Begitu juga dengan makanan-makanan yang dijamin akan khasiatnya sebagaimana yang diamalkan oleh orang-orang Yahudi. Amat rugi seandainya wanita-wanita Islam yang hamil tidak mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang kerana ia bakal mengundang melahirkan generasi Islam yang lemah dan kurang cemerlang. Sedangkan Nabi s.a.w bersabda:

المؤمن القوي خير وأحب الى الله من المؤمن الضعيف

"Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai daripada orang mukmin yang lemah” (Hadith Riwayat Muslim)


3. “Adat orang-orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.”

Kenapa ye? Saya berfikir sendirian. Setahu saya khasiat ikan adalah penuh protein. Rupanya kelebihan pil minyak ikan adalah kerana mengandungi DHA. DHA adalah singkatan kepada docosahexaenoic acid. DHA tergolong dalam kumpulan essential fatty acid. Ini bermakna sumber utamanya tidak dikeluarkan oleh badan kita. Badan hanya mengeluarkan sedikit sahaja DHA. Bayi mendapat DHA dari susu yang diberi oleh ibunya. Sumber utamanya didapati dalam bentuk pemakanan. 60% otak manusia adalah diperbuat daripada lemak. Kebanyakan lemak ini pula diperbuat daripada DHA. Oleh itu DHA amat penting dalam pertumbuhan otak yang sihat. Oleh yang demikian, wanita yang mengandung amat disarankan untuk makan minyak ikan. Tetapi dalam kuantiti yang diperlukan. Betul tak doctor? (Dr. Lina dan Dr. Wan Faiziah mungkin boleh komen :)).

4. “Mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu.”

Nabi s.a.w sejak awal lagi mengajar kita mendahului makan buah sebelum mengambil makanan yang lebih berat. Buktinya, ketika berbuka puasa, kurma (buah) adalah makanan yang pertama disunatkan untuk dimakan ketika berbuka.

كان يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم يكن رطبات فعلى تمرات فإن لم يكن حسا حسوات من ماء
“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutob sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutob, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.” (Hadith Sahih)

Nota: Balah (buah kurma yang masih muda, biasanya masih di atas pohon kurma) Rutob (buah kurma yang dah ranum, biasanya sedikit basah), Tamar (kurma yang telah dikeringkan).

Saya msih ingat ketika di bangku sekolah, ketika mengikuti program motivasi Dr. Fadzilah Kamsah, beliau ada menyatakan bahawa ada kajian yang menunjukkan bahawa vitamin hanya beroperasi di dalam badan manusia hanya ketika perut kosong. Jika perut telah dipenuhi, maka vitamin akan dikumuhkan. Jika benar begitu, alangkah indahnya Islam kerana Nabi s.a.w telah mengajarkannya sejak 1400 tahun yang lalu.

5. “Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka.”

Hukum merokok sudah jelas. HARAM. Bahaya merokok juga sudah maklum. Jangan sampai ketika isteri sedang mengandung, suami merokok dihadapan isteri. Kesalahan pertama, menyalahi hukum. Kedua, mendatangkan mudharat kepada kandungan isteri. Setuju?

6. “Sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari.”

Hakikatnya, inilah yang diajar oleh Baginda s.a.w kepada para Sahabat r.hum.

علموا ابنائكم السباحة والرماية وركوب الخيل
“Didiklah anak-anakmu berenang, memanah, dan berkuda.”


Kita bagaimana? Saya sendiri berminat untuk melatih anak (dan anak-anak yang bakal lahir :)) memiliki kemahiran memanah, berenang, berkuda, berlari dengan cara yang betul. Saya yakin, terselit seribu hikmah di atas anjuran Baginda s.a.w itu. Jadi tidak salah kita menghantar anak-anak ke kelas renang. Cumanya, carilah tempat-tempat renang yang tertutup dan ditraining oleh tenaga pengajar perempuan yang berpengalaman terutamanya bagi anak-anak perempuan. And vice versa. Begitu juga dengan kelas-kelas yang lain. Pilihlah aktiviti yang terbaik untuk anak-anak kita.

7. “Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka.”

Kedudukan kepala yang lebih rendah daripada badan menggalakkan pengaliran darah dan oksigen ke kepala. Pergerakan kepala juga begitu. Ia akan menjadikan otak dan minda lebih segar, cergas, dan waras. Bagi umat Islam, solat adalah aktiviti terbaik. Ia merupakan ibadah yang diwajibkan untuk dilaksanakan 5kali sehari semalam. Pergerakan solat menerangkan segala-galanya. Satu kelebihan untuk umat Islam apabila kefardhuan itu dilaksanakan ia akan mendekatkan diri kepadaNya sekaligus membentukk syakhsiyyah yang terpuji. Inilah yang ditunjukkan oleh Nabi kita s.a.w. Malah Rasulullah mencari kelebihannya dengan melakukan solat-solat nawafil (sunat) dan tahajjud agar lebih dekat dengan Penciptanya. Nabi pernah bersabda ketika ditanya oleh isteri Baginda, Aisyah r.ha:

عن عائشة رضي الله عنها أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقوم من الليل حتى تتفطر قدماه ، فقلت له : لم تصنع هذا يا رسول الله ، وقد غفر الله لك ما تقدم من ذنبك وما تأخر ؟ قال : أفلا أحب أن أكون عبداً شكوراً ؟

" Daripada Aishah r.ah. bahawa Nabi S.A.W. bangun di waktu malam ( bersolat tahajjud ) sehingga bengkak kedua-dua kaki baginda. Lalu aku ( Aishah ) bertanya kepada baginda : kenapa engkau lakukan sebegini wahai Rasulullah?... Sesungguhnya Allah Taala telah mengampunkan dosa-dosamu yang telah lalu dan terkemudian. Jawab baginda S.A.W. kepada isterinya Saidatina Aishah : ( Wahai Aishah ) Tidakkah aku ini seorang hamba yang bersyukur?" (Hadith Riwayat Bukhari)

Tetapi, mengapa masih ada umat Islam yang menafikan kefardhuan ini? Percayalah, Allah lebih mengetahui kebaikan untuk hambaNya dan Allah memang mahu memberikan yang terbaik untuk hambaNya. Afala tashkurun? (Adakah kamu di kalangan mereka yang mahu bersyukur? ) Afala tatafakkaruun? (Adakah kamu di kalangan mereka yang berfikir?).

Sekian, wassalam.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Ahad, 13 Disember 2009

Apa Ada Pada Nama?

7 ulasan
Gambar Hiasan

ADAB MEMBERI NAMA KEPADA ANAK
Oleh: Mama Lubna & Baba Lubna

Situasi 1
Orang Arab: Masmuka ya akh? (Apa nama kamu wahai saudara?)
Orang Malaysia: Ahmad Kamarul Arif Fahmi Bin Abdul Latif
Orang Arab: Masya Allah towill jiddan ya Ahmad.. (Masya Allah, panjangmye.. wahai Ahmad..)

Situasi 2
Orang Arab: Masmuki ya ukht? (Apa nama kamu wahai saudari?)
Orang Malaysia: Ismi Wan Nur Maisarah Farhana Binti Othman (Nama saya Wan Nur Maisarah Farhana Binti Othman)
Orang Arab: Masya Alllah, jamillah jiddan.. Ya Wan Nur.. err, Nur maaza..? (Masya Allah, cantiknya (nama). Wahai Nur.., err, Nur apa..?)

* contoh nama adalah secara spontan daripada penulis. Sekadar contoh semata-mata. Tiada berkaiatan dengan mereka yang hidup atau yang sudah meninggal dunia ;)

Begitulah situasi yang biasa dilalui oleh pelajar-pelajar Malaysia di tanah arab. Saya masih ingat ketika mula-mula saya berada di sana satu ketika dulu, tergeliat orang Arab bila menyebut nama orang-orang Malaysia. Kata mereka, orang Malaysia namanya cantik-cantik dan juga panjang-panjang. Susah untuk disebut. Orang-orang Arab pula namanya ringkas saja sebagaimana yang dianjurkan.

Sewaktu di kuliah banat jamiah al-azhar bil kaherah, betapa ramainya pelajar Arab yang bernama Asma’, Syaima’, Fatimah, Hajar dan beberapa lagi nama yang agak glamour di kalangan orang Arab. Nama-nama itu ringkas dan memiliki makna yang baik. Nama itulah digunanakan sepenuhnya dalam perbualan harian mereka. Lihat sahaja nama-nama para Sahabat dan Sahabiah di zaman Baginda s.a.w. Nama Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Ja’afar, Bilal, Mus’ab, Mu’az, Marwan dan banyak lagi menjadi pilihan. Bagi Sahabiah pula, Asma’, Aisyah, Fatimah, Zainab, Ruqayyah dan lain-lain. Semua pilihan adalah ringkas, mudah dan paling penting mempunyai makna yang baik.

Lain pula dengan masyarakat kita. Namanya panjang-panjang. Bermurakkab-murakkab (berganda-ganda). Kadang-kadang sedih apabila nama itu mempunyai makna yang kurang baik. Nama-nama yang panjang-panjang juga, kalau ada tiga gandaan contohnya, panggilan seharian hanya ringkas sahaja; Na, Ma, Jah, Sit, Zah dan lain-lain. Apa ada pada nama sebenarnya?
Kini sudah menjadi trend di kalangan masyarakat kita menamakan anak-anak dengan nama-nama yang bermurakkab secara keterlaluan. Semakin panjang murakkabnya, semakin diminati. Memang tidak haram tetapi biarlah berpada-pada kerana bimbang terjerumus ke arah makruh lantaran mengejar glamour pada nama. Ikutilah jejak yang diajar oleh Baginda s.a.w yang diutuskan untuk menjadi panduan kepada seluruh umatnya. Lihatlah, tidak ada negara-negara Islam yang menamakan anak-anak secara bermurakkab secara keterlaluan sebagaimana yang dilakukan oleh masyarakat di negara kita sejak kebelakangan ini.

Hakikatnya, Islam mengalakkan umatnya memilih nama yang baik untuk dinamakan kepada anak-anak kita sebagai tanda pengenalan dan perbezaan antara orang Islam dan Orang yang bukan Islam. Nama yang baik juga sangat mustahak kerana panggilan yang sering dipanggil adalah doa yang dapat memperngaruhi keperibadian anak tersebut. Dan sebaiknya anak itu diberi nama pada hari ketujuh kelahirannya berdasarkan hadith:

عَنْ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدُبٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّ غُلاَمٍ رَهِينٌ بِعَقِيقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ وَيُسَمَّىRasulullah s.a.w bersabda: “Setiap yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ketujuh dari kelahirannya dan dicukur rambutnya serta diberi nama.”
(hadith riwayat Ahmad dan Ashabus Sunan).

Contoh Nama-Nama Yang Baik.

1. Abdullah atau Abd. Rahman.
“أحب الأسماء إلى الله: عبد الله وعبد الرحمن“
Nama yang paling disukai oleh Abdullah: Abdullah dan Abd. Rahman”
(hadith riwayat Muslim).

2. Nama Dari Asma’ Al-HusnaSeperti Abd. Al-Aziz, Abd. Karim, Abd. Malik dan lain-lain.

3. Nama Para Nabi dan Rasul

4. Nama Para Sahabat dan Orang Soleh.

“أنهم كانوا يسمون بأسماء أنبيائهم والصالحين من قبلهم”
“Adalah mereka menamakan (anak-anak mereka) dengan nama para nabi dan orang soleh sebelum mereka
(hadith riwayat Muslim).

Adab-Adab Menamakan Anak:

1. Nama-nama yang terdapat dalam bahasa Arab.

2. Nama yang ringkas dan pendek, tidak murakkab (berganda).

3. Mudah untuk disebut.


Nama-Nama Yang Diharamkan:

1. Nama sembahan (Abd.) selain dari Allah dan NamaNya, seperti Abd. Al-Rasul, Abd. Al-Hasan, Abd. Al-Walid dan sebagainya.

2. Nama-nama yang khusus untuk Allah seperti al-Rahman, al-Rahim, al-Qayyum dan sebagainya.

3. Nama-nama bukan Arab yang dikhususkan kepada orang kafir seperti George, Ariel, Sharon, Hitler, Hillary, Subramaniam dan sebagainya.

4. Nama-nama berhala seperti al-Latta, al-Manat, al-‘Uzza, Tok Pek Kong, Vishnu dan sebagainya.

5. Nama-nama syaitan seperti Khanzab, al-A’war, dan sebagainya.


Nama-Nama Yang Dimakruhkan:

1. Nama-nama menarik ke arah nasfu seperti Fatin (فاتن) yang bermaksud penggoda (فاطن = orang yang cerdik) dan sebagainya.

2. Nama-yang tidak elok maknanya seperti Sarraq bin Zalim (pencuri bin penzalim) dan sebagainya.
3. Nama-nama binatang seperti baqarah (lembu bentina), himar (keldai) kharuf (kambing) dan sebagainya.

4. Nama-nama orang-orang fasiq, zalim, sombong, kufur dalam sejarah seperti Fir’uan, Hamman, Qarun, Namrud dan sebagainya.

5. Nama-nama murakkab (gandaan) seperti (Ahmad Muhammad (2 nama) bin…, Ahmad Saiful Anuar (3 nama) bin…, Mohd Nor Syazwan Akif (4 nama) bin… dan sebagainya.

6. Nama-nama malaikat seperti Jibril, Mikail, Israfil dan sebagainya.

Kesimpulannya:

Tanggungjawan ibu bapa adalah memberikan nama yang baik untuk anak-anak kerana ianya akan menjadi doa yang akan digunakan sepanjang hidupnya. Pilihlah mana-mana nama yang sesuai untuk anak-anak bersandarkan panduan yang telah diajar oleh Nabi kita agar anak-anak dapat hidup dengan doa dan panggilan yang bermakna buat mereka. :)


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Rabu, 9 Disember 2009

Fiqh al-Mar'ah: Menyusukan Bayi Sehingga 2 Tahun

2 ulasan
Adik saya yang bertugas di Hospital Sandakan pernah memberitahu saya bahawa susu formula, jika kerap diberikan kepada anak-anak walaupun tanpa dibancuh bersama gula, ianya akan tetap mendatangkan kesan kepada gigi anak-anak. Peranannya sebagai sumber kalsium, sememangnya diketahui umum. Namun, kandungan susu formula itu sendiri sudah tersedia gula jika tidak dijaga, gigi anak-anak boleh rosak akibat pengambilan susu tanpa penjagaan gigi yang baik. Kini, gigi anaknya yang baru berusia dua tahun katanya sudah mula nampak kurang sihat walaupun adik saya jarang memberi gula-gula mahupun coklat kepadanya. Susu formula memang baik untuk tumbesaran namun, akibat bahan campurannya yang terkandung di dalamnya, menjadikannya mempunyai kesan sampingan kepada anak-anak.

Lantas, saya mengambil jalan tengah dengan menyusukan Lubna bermula saat dilahirkan sehinggalah ke hari ini (1tahun 8bulan ++). Alhamdulillah. Kerjaya saya tidak saya jadikan alasan untuk Lubna membesar dengan susu formula semata-mata. Oleh yang demikian, tugas utama saya adalah menyusukan Lubna. Pulang dari kerja, tugas saya menyusu dan mengepam susu untuk bekalan Lubna di rumah pengasuh setiap hari. Sebenarnya, terlalu banyak halangan dan cabaran untuk menyusukan anak tanpa di’cemari’ dengan susu formula. Kadang-kadang, kepenatan membuatkan saya berputus asa untuk mengepam. Alhamdulillah, saya bertuah kerana suami memberikan sokongan yang penuh. Kadang-kadang, ada juga yang mencadangkan susu-susu yang hebat di pasaran kerana kata mereka susu tersebut mengandungi DHA, Omega 3 dan bermacam-macam lagi kandungan yang lengkap. Kami mengiyakan, tetapi kami lebih percaya bahawa susu ibu adalah yang terbaik. Itulah yang mahu kami berikan kepada anak kami.

Pengasuh anak saya sendiri kurang faham kenapa saya tidak membelikan susu formula untuk anak saya. Namun saya terangkan bahawa saya akan bekalkan susu ibu untuk bekalan Lubna setiap hari. Alah bisa tegal biasa. Pada mulanya memang agak sukar menyediakan bekalan, lama kelamaan, ianya menjadi rutin yang biasa. Cuma setelah berusia 6 bulan ke atas barulah saya berikan makanan pepejal dan makanan tambahan buat Lubna. Tetapi, susu formula, masih tidak diberikan kepada Lubna. Kami bercadang melengkapkan penyusuan ibu sehingga cukup 2 tahun tanpa susu formula. Sesetengah golongan menyangkan ibu yang menyusukan anak tanpa memberikan susu formula, alasannya kerana save budget. Salah sama sekali. Saya yakin terlalu banyak keistimewaannya. Kerana itu Allah s.w.t berfirman:


وَٱلۡوَٲلِدَٲتُ يُرۡضِعۡنَ أَوۡلَـٰدَهُنَّ حَوۡلَيۡنِ كَامِلَيۡنِ‌ۖ لِمَنۡ أَرَادَ أَن يُتِمَّ ٱلرَّضَاعَةَ‌ۚ وَعَلَى ٱلۡمَوۡلُودِ لَهُ ۥ رِزۡقُهُنَّ وَكِسۡوَتُہُنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِ‌ۚ لَا تُكَلَّفُ نَفۡسٌ إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ لَا تُضَآرَّ وَٲلِدَةُۢ بِوَلَدِهَا وَلَا مَوۡلُودٌ۬ لَّهُ ۥ بِوَلَدِهِۦ‌ۚ وَعَلَى ٱلۡوَارِثِ مِثۡلُ ذَٲلِكَ‌ۗ فَإِنۡ أَرَادَا فِصَالاً عَن تَرَاضٍ۬ مِّنۡہُمَا وَتَشَاوُرٍ۬ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡہِمَا‌ۗ وَإِنۡ أَرَدتُّمۡ أَن تَسۡتَرۡضِعُوٓاْ أَوۡلَـٰدَكُمۡ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡكُمۡ إِذَا سَلَّمۡتُم مَّآ ءَاتَيۡتُم بِٱلۡمَعۡرُوفِ‌ۗ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٌ۬
(٢٣٣)

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut dan bertakwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.” al-Baqarah 233

Percayalah, susu ibu adalah makanan terbaik bayi anda sehingga berumur 2 tahun. Jangan terlalu terpedaya dengan iklan di pasaran tentang kebaikan susu-susu formula di pasaran berbanding susu ibu. Di samping mengandungi antibodi dan kesan imunisasi untuk menghalang jangkitan kuman, komposisi SUSU IBU boleh berubah-ubah bergantung kepada keperluan bayi. Bagaimana?

Kandungan susu ibu berubah dengan usia bayi: susu ibu untuk bayi pra-matang mempunyai kandungan protein yang tinggi manakala susu ibu untuk bayi 8 bulan adalah tinggi kandungan kalorinya berbanding bagi bayi 1 bulan.

Susu ibu berubah dengan cuaca: susu ibu mempunyai lebih banyak kandungan air apabila cuaca panas dan tinggi kandungan lemak apabila cuaca sejuk.

Rasa susu ibu berubah-ubah bergantung kepada makanan yang dimakan ibu: anak anda didedahkan kepada rasa yang berbeza-beza pada peringkat awal usianya lagi.


Begitulah Allah menjadikan susu ibu sebagai sebaik-baik makanan untuk anak-anak yang baru lahir sehinggalah berumur 2 tahun. Itu hanya sebahagian daripada keistimewaan susu ibu. Selebihnya, lihatlah sendiri dengan menyusukan bayi anda sehingga 2 tahun. Walaupun hanya berbentuk keHARUSan, namun ia mempunyai kelebihan yang sukar untuk diungkapkan.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Jumaat, 4 Disember 2009

Fiqh al-Mar'ah: Pendarahan Sebelum Kelahiran

0 ulasan
Beberapa kali pengalaman saya masuk wad, memanggil saya untuk melakarkan sesuatu untuk tatapan semua. Pengalaman pertama ketika saat-saat bersalin anak pertama Lubna di Hospital Sungai Petani, Kedah begitu meninggalkan kesan yang mendalam. Kenapa ketika azan berkumandang, wad bersalin masih gelap. Sesekali terdengar derap kaki nurse yang bertugas. Namun, ramai pesakit yang masih dibuai mimpi. Setahu saya, ibu-ibu yang berada di wad berkenaan, masih ramai yang belum bersalin termasuklah saya.

Saya bingkas bangun. Darah masih belum kering. Sepanjang malam saya tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana sakit yang datang sekejap-sekejap mengganggu saya. Namun, perlahan-lahan saya menuju ke bilik air membersihkan diri. Usai Solat Subuh, nurse datang menjenguk untuk memeriksa tahap tekanan darah dan denyutan baby dalam kandungan. Alhamdulillah, kandungan saya sihat.

Di sini, barulah saya percaya bahawa pembelajaran secara teori semata-mata masih belum dikira benar-benar menguasai. Lupa dan 'tidak nampak'. Ketika di alam pengajian, saya pernah menghabiskan beberapa kitab fiqh termasuk kitab fiqh “Fiqh ‘Ala Mazaahibil Arba’ah” dan “Fiqh Manhaji” dalam “Kitaabul Haidh” dalam beberapa siri daurah dan kuliah di jamiah. Tetapi di saat-saat yang memerlukan saya mengaplikasikan hukum yang dipelajari, ternyata saya masih ragu-ragu. Terbukti bahawa ilmu dan amal adalah sesuatu yang saling berkait. Setelah bertahun-tahun lamanya, ketika ianya terpaksa laluinya, barulah saya kembali mengadakan muraajaah.

Saya juga sering mendengar dan membaca kisah-kisah ibu yang berada di wad menanti kelahiran bayi yang dikandung. Saya juga pernah melalui kisah yang sama. Di saat-saat kesakitan yang datang berselang seli dan darah yang tidak berhenti turun, semua ibu akan berasa tidak selesa. Namun, sebagai ibu yang bakal melahirkan generasi pewaris kemuliaan Islam, seharusnya cekal dan tabah mengharungi saat-saat yang getir itu terutamanya dalam urusan melaksanakan ibadah sebagai wanita mu’minah yang taat dan patuh kepadaNya. Jika kita mengimpikan anak yang soleh dan solehah, seharusnya kita juga perlu memastikan diri kita sebagai ibu yang solehah. Mentaati perintah Allah walau di mana berada..bila-bila masa.

Sebenarnya, wanita-wanita yang sedang menanti saat-saat melahirkan anak, akan mengalami pendarahan sebelum kelahiran. Itu adalah lumrah yang akan dialami oleh kebanyakan ibu-ibu. Pendarahan ini akan kadang-kadang bercampur lendir. Apakah hukum darah yang keluar sebelum bersalin? Sebenarnya, pendarahan ini tidak termasuk dalam darah nifas. Ini bermakna, belum tergugur kewajipan ibadah terutamanya solat fardhu.


Ini kerana nifas menurut ta’rifan jumhur Ulama’ adalah sebagaimana yang saya nukilkan daripada kitab fiqh seperti berikut:
"الدم الخارج عقب الولادة…"
Darah yang keluar (dari rahim perempuan) akibat melahirkan anak

Sedikit huraian: Hukum Darah Sebelum Kelahiran

Memandangkan darah yang keluar itu bukanlah disebabkan oleh kelahiran, maka ia termasuk dalam kategori darah istihadhah (penyakit) ataupun darah fasad (rosak). Dalam hal ini, ini bermakna belum tergugur kewajipan solat kepada ibu-ibu yang masih belum bersalin. Walaupun Ulama’ Syafi’iyyah mengatakan ia adalah termasuk dalam kategori darah haid tetapi jumhur ulama’ berpendapat bahawa ia bukanlah darah haid tetapi ia adalah darah istihadhah (penyakit) atau darah fasad (rosak).

Ini amat bertepatan dengan kajian saintifik yang menunjukkan bahawa proses haid tidak akan berlaku ketika seseorang wanita itu mengandung kerana telah berlakunya persenyawaan dan kehamilan. Maka dalam hal ini, pendapat jumhur paling tepat diguna pakai iaitu darah berkenaan adalah darah istihadhah atau darah fasad.

Dalam hal berlaku perselisihan pendapat di kalangan fuqaha', Imam Syafiie sendiri pernah berkata:
Apabila kamu menemui dalam kitabku sesuatu yang berlainan atau berlawanan dengan hadis Rasulullah SAW, peganglah hadis baginda dan tinggalkan pendapatku itu..

Maka dapatlah disimpulkan bahawa seandainya darah keluar akibat kelahiran, barulah darah itu dikira sebagai darah nifas dan wiladah.

Kesimpulannya:
Jelas bahawa jumhur ulama’ (majoriti) bersepakat mengatakan bahawa darah nifas adalah darah yang keluar atas sebab kelahiran. Maka darah yang keluar sebelum kelahiran itu bukanlah darah nifas. Diharapkan semoga ibu-ibu yang mengalami pendarahan di saat-saat menantikan kelahiran bayi agar tetap menunaikan solat tanpa ragu-ragu kerana ia adalah kewajipan yang belum lagi tergugur.




Sila rujuk Kitab:

روضة الطالبين وعمدة المفتين
(Jilid 1 muka surat 64)-mewakili kitab Ulama’ Syafi’iyyah

بدائع الصنائع في ترتيب الشرائع (Jilid 1 muka surat 189)-mewakili kitab Ulama’ Hanafiyyah

المغني (Jilid 1 muka surat 352)-mewakili kitab Ulama’ Hanabilah

الفواكه الدواني على رسالة ابن أبي زيد القيرواني (Jilid 1 muka surat 471)-mewakili kitab Ulama’ Malikiyyah

عون المعبود (Jilid 1 muka surat 359-)-Kitab Hadith Imam Abu Daud







Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Isnin, 30 November 2009

Gula Merangsang Keaktifan Si Manja

1 ulasan
Memandangkan Lubna yang semakin hari semakin nakal.. semakin banyak ragam dan kerenahnya, membuatkan saya berfikir sendirian. Silap asuhan ker? Atau Lubna ni terlalu dimanjakan? Tetapi kata-kata ummi menenangkan hati. “Biasalah, budak-budak nak membesar. ”

Pagi tadi Lubna buat hal lagi. Menangis mahu flashcard sepupunya. Bila diberi satu, Lubna nak dua. Bila diberi dua, Lubna nak tiga. Begitulah..akhirnya menangis sambil merengek mengadu kepada mama. Saya pening juga melihat telatah Lubna. Nasib baiklah Fudhla akhirnya memberi semua card itu kepada Lubna. Akhirnya barulah Lubna berhenti menangis.

Bila Fudhla datang dengan baby doll, Lubna segera menghampiri Fudhla. Ditinggalkan semua card tad. “Mama..Na nak baby.” Lubna mula kembali merengek. Saya memujuk Lubna, “Lubna mainlah dengan card ni. Ni ada cat, ada dog, ada pen..” Belum pun sempat saya menghabiskan kata-kata, Lubna terus merengek, “Na nak baby tu.”

Sebenarnya saya pernah terbaca bahawa pemakanan seharian amat mempengaruhi tumbesaran anak-anak kecil. Salah satu yang menarik perhatian saya adalah tentang pengaruh gula (termasuk coklat, gula-gula, makanan dan minuman manis). Ketika saya membaca blog ummunashwa.bogspot.com (Ummu Nashwa adalah rakan saya ketika di bangku sekolah), Ummu Nashwa membuka minda saya agar berfikir sejenak tentang pengaruh gula terhadap anak. Benar apa yang dikatakan, anak-anak semakin aktif sekiranya diberikan sesuatu yang manis. Saya memerhati Lubna, benar! Lantas, saya mula mengexplore blog-blog yang berkaitan dengannya untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

Kelmarin adalah hari eksperimen saya terhadap Lubna. Saya tidak memberikan minuman yang manis kepada Lubna. Saya kerap memberikan air masak. Lubna sebelum ini amat payah tidur siang, kelmarin sewaktu menjelang tengahari, Lubna semakin kurang tenaganya. Bila diberikan susu, akhirnya terlena dengan mudah setelah penat bermain. Lama juga tidurnya. Betullah apa yang dikatakan bahawa gula mempengaruhi kehidupan anak-anak.




Ini maklumat yang saya perolehi untuk kita kongsikan bersama:

Mungkin ramai orang yang tidak dapat menerima bahawa gula pasir dan bahan makanan yang di perbuat daripada gula seperti coklat boleh menyebabkan anak manjadi hiperaktif - atau mengalami " sugar seizures " atau sawan gula.Paras gula yang tinggi atau( HYPERGLYCAEMIA) akan menyebabkan pembakaran glukos yang berlebihan di dalam otot-otot. Pembakaran tenaga ini akan menghasilkan gerak geri otot, yang menyebabkan anak-anak bergerak tanpa kawalan yang dikatakan ' hiperaktif'.

Dengan tenaga yang berlebihan anak-anak akan mula berlari-lari, melompat dengan buas dan menjerit-jerit tanpa terkawal. Pembakaran glukos pula menghabiskan vitamin B1, B2, B3, kalsium, magnesium dan oksigen kerana sebahagian besarnya telah digunakan untuk aktiviti gerak-geri otot seperti diatas. Kekurangan Vitamin-vitamin dan zat-zat seperti disebut tadi akan mengurangkan baki bekalan glukosa untuk kegunaan otak pula.Keadaan ini akan mempengaruhi emosi anak dan anak mudah resah, gelisah dan cemas kerana otaknya tidak mendapat cukup bekalan glukos, oksigen, vitamin dan zat-zat galian.

Anak-anak akan menjerit atau menangis kerana kekurangan bekalan bahan-bahan tersebut, menimbulkan pula keadaan yang diberi nama 'HYPOGLYCAEMIA'Begitulah keadaannya, bila gula banyak dia buas, bila gula kurang dia menangis. Inilah yang dinamakan ' Sugar seizures' atau sawan gula yang selalu kita lihat pada anak-anak kecil sekarang.

Oleh kerana otak anak kecil sedang membangun sekiranya keadaan ini dibiarkan tindakan melompat, menjerit, agresif, senang merajuk, sering marah dan lain-lain akan menjadi ingatan yang kekal dan inilah yang akan membentuk perangai anak itu dimasa hadapanOleh itu kurangkanlah pemberian gula pasir dan makanan-makanan manis yang diperbuat daripada gula pasir kepada kanak-kanak untuk mengelakkan fenomena ini terjadi.


SUMBER : Institut Pembangunan Keluarga Dan Kanak-kanak Nuri.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Manja Dengan Aki Dan Tok Mi

0 ulasan
Inilah si kecil yang mencipta suasana ceria bercampur cemas di rumah aki dan tokmi.



Lihat, Lubna mengira syiling-syiling di depan aki. Lubna saje mahu mencuri perhatian aki.

“Catu..uwe..ige..pat..tujuh..pat..tujuh..pat..tujuh..” Lubna mengira dengan caranya tersendiri.
“Pandainye Lubna.” Aki Lubna memuji cucunya yang sengaja mengira duit-duit syiling yang diambil entah dari mana.
“Aki..” Lubna memanggil akinya.
“Ya..” Aki Lubna menyahut.
“Pat..tujuh..pat..tujuh..” Lubna terus mengira syiling-syiling itu di depan akinya.
Jari-jari Lubna terus bergerak seolah-olah mengira jumlah duit yang banyak.
Kesian aki yang mahu membaca Quran. Lubna datang mengganggu.
Datuk mana yang tak sayangkan cucu.. terus melayan cucunya.
Kebetulan raya kali ini, cucu-cucu yang berada di Sandakan, tidak pulang bercuti. Lubna lah pengubat rindu aki. :)

Kemudian Lubna meninggalkan duit syiling itu. Dia berlari-lari di dalam rumah. Kemudian memanjat kerusi, lalu terjun.
“Ya Allah, jatuh nanti..” Tokmi terkejut melihat telatah cucunya yang semakin aktif.
“Catu..Uwe..Ige..” Lubna terus terjun sekali lagi.
“Lubna…” Saya memanggil Lubna dengan nada amaran.
Lubna hanya tersengih. Sekali lagi Lubna memanjat kerusi, lalu terjun.
Saya bangun. Lubna tahu saya ingin menghalangnya. Lalu lari ke arah akinya.

“Isyh dia ni..kalau budak-budak lain yang aktif, biasanya siang tidur juga. Dia ni tak tidur langsung.” Aki Lubna berkata sambil memeluk Lubna.
“Aki.. tu mama.” Lubna mengadu kepada aki. Lubna mahu agar aki memarahi mama.
Alahai anakku sayang,
“Itulah abah.. tak tahulah nak buat macam mana. Payah betul nak tidur siang. Kadang-kadang sampai tak larat nak layan. Macam-macam kerenahnya.” Saya meluahkan rasa kepada abah dan ummi
“Biasalah budak-budak. Dia sihatlah tu. Kalau budak-budak tak sihat, merengek je. ” Ummi menenangkan saya.
“Tapi ummi, dia ni aktif dan banyak idea. Ada jer perkara baru dia buat. Kadang-kadang bahaya..” Saya menyambung lagi..

Ummi dan abah tersenyum. Mereka juga sudah melalui saat-saat getir membesarkan anak-anak seramai 6 orang. Semuanya macam Lubna nil ah...:)

Lubna bergambar kenang-kenangan dengan tokmi.


Bersambung…



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Ahad, 29 November 2009

Kenangan Raya Korban 2009

1 ulasan
Sesungguhnya pengorbanan mengajar erti mentaati, mengasihi dan mensyukuri. Kisah pengorbanan Nabi Allah Ismail dan Ibrahim a.s menjadi suri teladan sepanjang zaman. Hari Raya Idul Adha bukan sahaja disambut meriah setiap tahun malah simbolik kepada ketaatan bagi sebuah pengorbanan sebagai Hamba Allah. Kalau di Malaysia biasanya lembu dan kambing menjadi ternakan korban yang popular. Ketika musim korban ini, kecut perut mereka menanti giliran untuk dikorbankan. Ada yang dari awal lagi 'meragam' dan 'mengamuk' sebelum diturunkan dari lori. Bergegar lori-lori akibat amukan itu. Ada juga yang mula melembikkan kaki tanda sebagai protes ketika mahu disembelih sehingga sukar membawanya ke tempat sembelihan. Dan macam-macam lagi. Melihat sendiri telatah lembu-lembu korban, rasa juga kesian. Tetapi demi sebuah pengorbanan, ianya perlu diteruskan.


Lembu juga buat hal sebelum dikorbankan.


Saya masih ingat ketika masih menuntut di Mesir, bagaimana suasana ibadah korban dijalankan. Suasana hampir sama dengan di Malaysia cuma di sana, ada ternakan yang istimewa untuk disembelih iaitu unta. Pertama kali makan daging unta, sedap juga. Manis. Mungkin kerana dagingnya masih baru. Kalau lembu dan kambing, perlu direbahkan untuk disembelih. Tetapi lain dengan unta. Ianya perlu dibangunkan. Diriwayatkan daripada Ziad bin Jubair r.a katanya: Ibnu Umar pernah menghampiri seorang lelaki yang sedang menyembelih untanya yang berada dalam keadaan duduk berlutut. Dia berkata: Bangunkanlah ia, biarkan ia supaya berada dalam keadaan berdiri dan terikat (kaki bahagian hadapan dan bahagian kiri). Itulah sunnah Nabi kamu. Oklah, itu kisah ketika di Mesir.


Kebetulan tahun ini, giliran kami beraya di Terengganu. Pertama kali Lubna ke tempat sembelihan di Masjid Wakaf Tembesu. Lubna teruja melihat lembu yang banyak. Ada 12 ekor lembu untuk disembelih. Gotong-royong memudahkan kerja-kerja menyembelih dan melapah daging-daging korban. Alhamdulillah semuanya selesai sebelum solat Jumaat.


Menyentuh tentang ibadah penyembelihan, ada beberapa perkara yang perlu dijaga sebagai adab yang dituntut ketika melaksanakan ibadah penyembelihan ini. Antaranya:

1. Haram Menyembelih Untuk Selain Allah Subhanahu wata’ala
Abu Thufail Amir bin Watsilah berkata, "Aku berada di sisi Ali bin Abi Thalib, lalu datanglah seseorang menemuinya, orang itu bertanya, "Apakah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam ada merahasiakan sesuatu kepadamu?"

Abu Thufail berkata, "Mendengar ucapan tersebut, Ali marah dan berkata, "Tidaklah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam merahasiakan sesuatu kepadaku yang beliau sembunyikan dari manusia kecuali beliau telah menceritakan padaku empat perkara." Orang itu berkata, "Apa itu yang Amirul Mukminin ?" Ali berkata, "Beliau Shallallahu’alaihi wasallam bersabda:
"Allah melaknat orang yang melaknat kedua orang tuanya, Allah melaknat orang yang menyembelih untuk selain Allah, dan Allah melaknat orang yang memberi tempat bagi orang yang membuat bid’ah, dan Allah melaknat orang yang merubah tanda-tanda di bumi"

Maka tidak boleh menyembelih untuk selain Allah Subhanahu wata’ala berdasarkan hadits ini dan hadits-hadits lainnya yang melarang dari semisal perbuatan tersebut. Adapun yang diperbuat oleh orang awam pada hari ini dengan menyembelih untuk para wali maka masuk dalam laknat yang disebutkan dalam hadits ini, karena sembelihan untuk wali adalah sembelihan untuk selain Allah Subhanahu wata’ala.

2. Berbuat Kasih Sayang Pada Kambing
Dari Qurrah bin Iyyas Al-Muzani bahwa ada seorang lelaki berkata, "Ya Rasulullah, sesungguhnya aku mengasihi kambing jika aku menyembelihnya". Maka beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "Jika engkau mengasihinya maka Allah merahmatinya"


3. Berbuat Baik (Ihsan) Ketika Menyembelih
Dengan melakukan beberapa perkara:


3.1 Menajamkan Pisau.

Dari Syaddad bin Aus Radhiyallahu ‘anhu ia berkata: Dua hal yang aku hafal dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau berkata, "Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat baik (ihsan) atas segala sesuatu. Jika kalian membunuh (dalam qishah,-pent) maka berbuat ihsanlah dalam cara membunuh dan jika kalian menyembelih makan berbuat ihsanlah dalam cara menyembelih, dan hendaklah salah seorang dari kalian menajamkan pisaunya dan menyenangkan sembelihannya"
3.2 Menjauh Dari Penglihatan Kambing Ketika Menajamkan Pisau.

Dalam hal ini ada beberapa hadits di antaranya dari Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu ia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengamati seorang lelaki yang meletakkan kakinya di atas pipi (sisi) kambing dalam keadaan ia mengasah pisaunya sedangkan kambing tersebut memandang kepadanya, maka beliau mengatakan, "Tidaklah diterima hal ini. Apakah engkau ingin benar-benar mematikannya.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu ia berkata, "Jika salah seorang dari kalian menajamkan pisaunya maka janganlah ia menajamkannya dalam keadaan kambing yang akan disembelih melihatnya"

3.4 Menggiring Kambing Ke Tempat Penyembelihan Dengan Baik.
Ibnu Sirin mengatakan bahwa Umar radhiyallahu ‘anhu melihat seseorang menyeret kambing untuk disembelih lalu ia memukulnya dengan pecut, maka Umar berkata dengan mencelanya: "Giring haiwan ini kepada kematian dengan baik"

Berkata Imam Nawawi dalam Syarhun Shahih Muslim (13/130): "Hadits ini menunjukkan sunnahnya membaringkan kambing ketika akan disembelih dan tidak boleh disembelih dalam keadaan kambing itu berdiri atau berlutut tetapi dalam keadaan berbaring karena lebih mudah bagi kambing tersebut dan hadits-hadits yang ada menuntunkan demikian juga kesepakatan kaum muslimin. Ulama sepakat dan juga amalan kaum muslimin bahwa haiwan yang akan disembelih dibaringkan pada sisi kirinya karena cara ini lebih mudah bagi orang yang menyembelih dalam mengambil pisau dengan tangan kanan dan menahan kepala hewan dengan tangan kiri".

3.5 Menghadapkan Haiwan Sembelihan Ke Arah Kiblat
Nafi’ menyatakan bahwa Ibnu Umar tidak suka memakan sembelihan yang ketika disembelih tidak diarahkan ke arah kiblat.





3.6 Meletakkan Telapak Kaki Di Atas Sisi Haiwan Sembelihan
Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu berkata, "Rasulullah menyembelih haiwan kurban dengan dua domba jantan yang berwarna putih campur hitam dan bertanduk. Beliau menyembelihnya dengan tangan beliau, dengan mengucap basmalah dan bertakbir, dan beliau meletakkan satu kaki beliau di sisi-sisi kedua domba tersebut’

4. Tasmiyah (Mengucapkan Bismillah)
Berdasarkan firman Allah Ta’ala,
وَلا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُ لَفِسْقٌ وَإِنَّ الشَّيَاطِينَ لَيُوحُونَ إِلَى أَوْلِيَائِهِمْ لِيُجَادِلُوكُمْ
"Dan janganlah kalian memakan haiwan-haiwan yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, sesungguhnya perbuatan semacam itu adalah suatu kefasikan. Sesungguhnya syaithan itu mewahyukan kepada wali-walinya (kawan-kawannya) untuk membantah kalian" [Al-An'am: 121]

Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu berkata, "Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam menyembelih haiwan korban dengan dua domba jantan. Beliau mengucap bismillah dan bertakbir"

5. Tidak Boleh Menggunakan Taring/Gading Dan Kuku Ketika Menyembelih Kambing
Dari Ubadah bin Rafi’ dari datuknya ia berkata: "Ya Rasulullah, kami tidak memiliki pisau besar (untuk menyembelih)". Maka beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "Haiwan yang telah dialirkan darahnya dengan menggunakan alat selain dzufur (kuku) dan sinn (taring/gading) maka makanlah. Adapun dzufur merupakan pisaunya bangsa Habasyah sedangkan sinn adalah idzam"


[Petikan adab-adab sembelihan daripada: http://sunniy.wordpress.com/)



Masjid Wakaf Tembesu yang menjadi tempat ibadah korban dijalankan.


Bismillahirrahmanirrahim.. Lembu siap untuk disembelih.


Daging-daging lembu dilapah untuk diagihkan

Gotong-royong meringankan kerja-kerja melapah dan memotong daging-daging.



Lubna bersama baba di tempat penyembelihan

Hai..ramainya yang sudi mengasuh Lubna, si kecik yang aktif ni :) Lubna bersama Ayah Ngah.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Merentas 5 Negeri

0 ulasan
Hari ini, kami bermusafir merentas 5 negeri di Semenanjung Malaysia. Bertolak seawal 5 .00 pagi dari Kuala Terengganu menuju ke Perlis. Solat Subuh di Jertih, Terengganu dan bersarapan pagi di R&R Perah, Grik pada jam 9.00 pagi. Merentas negeri Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis. Akhirnya sampai di Kuala Perlis pada pukul 8.00 malam setelah singgah di beberapa tempat termasuk di rumah ibu saudara di Sungai Petani yang mengadakan kenduri.

Memang meletihkan bermusafir sepanjang hari dengan anak kecil yang sedang membesar. Alhamdulillah, sekarang jam 10 lebih malam. Lubna sudah pun lena diulit mimpi. Semoga lena hingga ke Subuh. Seronok Lubna dapat beraya bersama aki dan tokmi di Terengganu walaupun hanya 2 hari. Ada sesuatu yang ingin saya kongsikan bersama di blog ini. Insya Allah, esok saya akan kembali menulis dan menyiapkan tugasan yang tertangguh. Tusbihuna alal khair.. Assalamualaikum.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Sabtu, 28 November 2009

SALAM IDUL ADHA

1 ulasan
Salam Idul Adha Buat Semua
Daripada:
LUBNA, MAMA dan BABA
Gong Badak, Kuala Terengganu.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Selasa, 24 November 2009

Esok

1 ulasan
Esok 9hb Zulhijjah 1430H. Bermakna esok adalah hari Arafah iaitu hari wukuf bagi jamaah haji yang sedang menunaikan rukun Islam yang kelima. Umat Islam yang tidak menunaikan haji pula disunatkan untuk berpuasa. Nabi s.a.w. bersabda:

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ…
"...Puasa Hari Arafah memadai dengannya Allah SWT mengampunkan dosa setahun sebelumnya dan setahun selepasnya..." (Riwayat Muslim)
(untuk maklumat lanjut tentang wukuf, boleh layari wacana-akademia.blogspot.com.)

Esok juga, seandainya diizinkan Allah, kami bercadang mahu pulang ke kampung halaman di Terengganu. Petang ini setelah suami pulang dari UUM, kami akan bertolak balik ke Butterworth. Awal pagi esok, barulah berangkat ke Terengganu. Tak sabar ummi dan abah nak jumpa cucunya yang nakal tu. Entah apa lah pulak ragam Lubna di Terengganu.


Di Pantai Timur, November dan Disember adalah musim tengkujuh. Kebiasaannya, kampung saya tidak dinaiki air tetapi jalan dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu, kerap juga terputus akibat banjir. Itu yang agak membimbangkan. Namun, saya harapkan agar matahari sudi menghulurkan bakti menjelang raya haji tahun ini.

Melalui berita di akhbar dan televisyen, Terengganu di serang taun. Kementerian Kesihatan mengenal pasti beberapa punca yang menyebabkan berlakunya penularan penyakit taun di Terengganu, antaranya penggunaan ikan yang dicemari kuman 'Vibrio Cholera' untuk membuat keropok. Walaupun ada sumber yang mengatakan keropok di Terengganu masih selamat dimakan, tetapi langkah pencegahan perlu diambil bagi memastikan tidak dijangkiti.


Nampaknya, balik kali ini tak dapatlah mencari bekalan keropok. Saya sendiri kurang pasti kenapa ketika menetap di Terengganu, keropok lekor bukanlah makanan kegemaran saya. Tetapi, sejak merantau ke Utara, keropok lekorlah yang menjadi makanan yang saya idamkan apabila pulang. Begitulah sifat manusia, yang ada jarang disyukuri, yang tiada, barulah tercari-cari :)
(*sekadar catatan pagi sebelum Lubna bangun)



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Isnin, 23 November 2009

A Full Time Mum

0 ulasan

To be a full time mum/ housewife.. hai, ini bukanlah tugas yang mudah. Saya berfikir sendiri.
Bila ibu-ibu yang tidak berkerjaya (tidak bekerja di luar), bila ditanya: “Kerja apa?” Jawabnya: “ Tak kerja. Suri rumah je”
Rasanya itu jawapan yang tidak kena.


Sepatutnya dengan penuh rasa besar hati kena jawab:
“Saya seorang suri rumah sepenuh masa. Menguruskan rumah tangga, menjaga anak, mendidik generasi Islam, menyiapkan makan minum suami dan anak-anak, melayan kerenah anak yang sedang membesar..” dan pelbagai tugasan yang tidak pernah habis sepanjang 24 jam.

Kalau di pejabat, urusan yang tidak dapat diselesaikan hari ini, masih boleh diKIV kan esok atau lusa. Kalau di sekolah, masalah disiplin murid-murid masih boleh dilupakan seketika apabila pulang ke rumah. Kalau bertelagah sewaktu meeting, masih boleh diketepikan selepas keluar dari bilik mesyuarat/persidangan. Semuanya masih boleh ditangguh. Tapi, tugasan di rumah, jika dibuat begitu, rasanya habislah! Kain baju akan bertimbun-timbun, dapur tak berasap, anak-anak menangis kelaparan, rumah berselerak.. hidup pun tak tenteram sepanjang hari. Jadi, tiada istilah tangguh dalam menguruskan rumah tangga.

Oleh itu, suami-suami yang berkerjaya jangan memandang isteri yang kerjayanya sebagai suri rumah sepenuh masa dengan sebelah mata kerana membandingkan isteri dengan teman-teman sepejabat. Pelbagai alasan yang diberi. Isteri tidak pandai bergaya, isteri tidak menjaga penampilan, isteri tidak menunggu kepulangan suami dengan haruman yang menyegarkan, isteri itu..dan isteri ini..

Cubalah berada di tempat isteri. Kerja yang tidak pernah habis dan kerenah anak-anak yang pelbagai ragam, sudah cukup memenatkan. Saya dapat merasakan cukuplah sehari suami mengambil alih tugas isteri di rumah. Berikan cuti sehari suntuk buat isteri. Dan ambil alih tugas isteri. Lihatlah apa akan terjadi? :) Di saat itu, barulah suami tahu bagaimana penat dan peritnya si isteri melaluinya sehari-hari.

Ingatlah wahai suami-suami sekalian, bahawa isteri adalah amanah. Kerelaan isteri memberikan khidmat dalam rumah tangga seharusnya diberikan penghargaan. Mereka tidak mengharapkan duit gaji beribu-ribu ringgit, juga tidak mengharapkan emas permata, cukuplah dengan kepulangan si suami dengan seyuman.

Buat suami-suami yang mempunyai permaisuri hati yang tulus ikhlas, beruntunglah kalian kerana urusan rumah tangga diuruskan sendiri oleh pilihan hati. Anak-anak diberikan pendidikan dari ibu kandungnya sendiri dan bukannya dididik oleh bibik-bibik Jawa dan Sumatera. Maka akan lahirlah generasi yang mewarisi kemuliaan dari isteri yang dikasihi dan dicintai. Lihatlah pelbagai kes penderaan oleh pembantu rumah di Negara kita. Jika itu direnung, sepatutnya si suami perlu bersyukur di atas anugerah yang tidak ternilai itu. Itulah isterimu. :)

*Luahan rasa ini saya tulis spontan setelah merasai sendiri kepenatan dan keletihan sepanjang cuti sekolah ini (baru 5 hari). Andainya diberi pilihan, layakkah dan mampukah saya menjadi suri rumah sepenuh masa?


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Iktibar Untuk Si Kecilku :)

1 ulasan
Hari ini, ada perkembangan yang baik dengan Lubna. Dia semakin kurang menyakat sepupunya Rushda. Hari ini, ada aktiviti lain yang lebih menarik minat Lubna. Ada sesuatu yang dicarinya dari atas rak baju di rumah. Sejak pagi lagi, Lubna bertanya macam-macam tentang barang-barang yang di susun di atas rak berkenaan.
"Mama..tu kakak." Sambil tangannya menunjuk ke arah gambar Kak Ulin yang berada di atas rak itu.
"Mama.. bedak kakak." Kata Lubna dengan patah kata yang masih pelat.
"Mama.. bat dik Da (ubat adik Rushda). " Lubna terus bercakap menerangkan sesuatu yang saya sudah tahu.
"Ya.. Lubna nak ubat tu yer. " Saja saya melayan kata-kata Lubna.
"Mama..Na nak loleng (conteng). " Kata Lubna lagi sambil tangannya menunjuk ke arah pencil warna di atas rak itu.
"Hancet mama (handset mama)". Lubna terus bercakap tanpa berhenti.
Terlintas di fikiran saya akan telatah Lubna hari ini. Mulut banyak. Em..ni mesti ada apa-apa ni.
Selepas beberapa ketika Lubna sering ke tempat rak itu. Tiba-tiba Lubna membuka laci bawah rak itu lalu memijak laci itu. Saya tahu, Lubna cuba mendapatkan barang-barang yang ada di atas rak itu. Mula-mula, langkah satu laci.
Kemudian, Lubna memanjat semakin tinggi. Saya melarangnya, tetapi tidak diendahkan. Tercapai juga hajat Lubna apabila pencil warna dapat diambilnya. Lalu, terus turun dan mula menconteng. Tanpa sedar, Lubna menconteng skrin kamera saya. Alahai Lubna...Sekali lagi Lubna cuba memanjat, saya menjaganya dari belakang agar tidak terjadi apa-apa yang tidak diingini. Kali ini lebih drastik. Tetapi, Lubna akhirnya turun tanpa disuruh. Jari kecilnya tersepit di celah-celah laci itu. Aha.. barulah Lubna tahu bahaya panjat rak itu. :) Lain kali jangan buat lagi yer.

Lihatlah, Lubna mula memanjat untuk mendapatkan barang-barang di atas raki baju. Laci bawah rak itu dibukanya.

Kali ini semakin berani, semakin tinggi Lubna memanjat. Barangkali inilah akibatnya baba yang mahu anak sulung lelaki. Dapat perempuan, tapi lasak macam lelaki :)


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO