أَوَلَمۡ يَرَوۡاْ ڪَيۡفَ يُبۡدِئُ ٱللَّهُ ٱلۡخَلۡقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ ۥۤۚ إِنَّ ذَٲلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرٌ۬ (١٩) قُلۡ سِيرُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ فَٱنظُرُواْ ڪَيۡفَ بَدَأَ ٱلۡخَلۡقَۚ ثُمَّ ٱللَّهُ يُنشِئُ ٱلنَّشۡأَةَ ٱلۡأَخِرَةَۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ ڪُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬ (٢٠)
Tidakkah mereka melihat dan memikirkan bagaimana Allah mencipta makhluk-makhluk pada mulanya, kemudian Dia akan mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya)? Sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah. (19) Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baru. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah Al-Ankabut: 19-20)
Saya tidak mempunyai pengalaman bermain salji. Tapi mempunyai cerita dan pengalaman mahu ‘menemui’ salji. Ketika itu usia baru mencecah umur 20 tahun. Masih menuntut di Kolej. Kesempatan menjadi perwakilan KUSZA ke Persidangan Mahasiswa Islam sempena Ihtifal Sab’iina Sanah PMRAM di Kaherah, mencetuskan idea kepada saya untuk melakukan sesuatu bagi memenuhi impian . Selesai persidangan (hampir seminggu), sebahagian perwakilan dari pelbagai Negara (termasuk Malaysia, Jordan, Jepun, Amerika dll) sudah berangkat pulang. Memandangkan cuti semester masih panjang, saya dan sahabat saya Siti Nurul Hafizah (kini sudah menetap di London) mengambil keputusan untuk ke Jordan. Sahabat perwakilan dari Jordan memberitahu bahawa Jordan ketika itu mengalami musim sejuk. Wah! Hati sungguh teruja.
Dengan baki duit yang masih ada, kami mengambil keputusan mengikuti rombongan ke Jordan melalui jalan darat dan air. Merentasi sahra’ (padang pasir) ke Port Aqabah di Semenanjung Sinai, Mesir dan menyeberangi Laut Merah ke Port Nuweiba’ di Jordan adalah satu pengalaman yang terpahat kuat di ingatan. Saat itu saya belum mengenal hukum Safar Mar’ah. Lantas, semuanya menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan. Semuanya semata-mata kerana mengejar salji. :)
Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa tidak sampai sehari akhirnya mengambil masa 24 jam untuk sampai ke Jordan. Semuanya gara-gara kapal laut yang dinaiki kehabisan minyak tengah-tengah Laut Merah! Terpaksalah menunggu kapal lain menghantar bekalan minyak. Terlalu faudho (feudal)! Tidak bersistem. Begitulah hakikatnya orang-orang Arab. Sebab itulah Nabi Muhammad diutuskan kepada kaum Arab.
Jordan
Baiklah, sampai di Republic Hashemite of Jordan, memang sejuk. Berapa darjah celcius yer..saya sendiri pun lupa. Dah lama. Perjalanan diteruskan sehingga ke Aman ibu kota Jordan. Tetapi, hampa bila salji telah pun cair. Alahai..Mana salji?!! Mana frost?!!! Saya sudah terbayang bagaimana indahnya salji yang mengandungi struktur molekul yang sangat cantik seperti sebuah reka bentuk geomatri yang sangat menarik. Akhirnya hampa bila semuanya tidak dapat dinikmati. (Ni sebab terpengaruh dengan gambar-gambar dalam mausu’ah/ensiklopedia yang dibaca lah ni. Ketika tu internet belum famous lagi)
Yang tinggal hanyalah sedikit kesan yang menunjukkan musim sejuk kini mula berakhir. Kami ke Suwaileh, penempatan student Malaysia. Tak mengapalah salji tidak sudi menemui kami, sekurang-kurangnya kami merasai kesejukan di Jordan. Menggigil juga kami dibuatnya. Maklumlah, itu pengalaman pertama.
Begitulah pengalaman kami mencari salji masa muda-muda dulu ;). Allah belum mengizinkan saya menemuinya walaupun sahabat saya (Siti Nurul Hafizah) kini sedang menikmati panorama salji turun di London ketika ini. Akhirnya, kami pulang ke Malaysia beberapa minggu selepas itu dengan rasa sedikit rasa hampa kerana hajat kami yang belum kesampaian. Namun berasa gembira kerana masih berpeluang menziarahi Bahru al-Mayyit (Laut Mati), Maqam-maqam Auliya’ (Makam para Nabi), al-Ahram (piramid) dan juga menziarahi serta mengikuti kuliah-kuliah sebagai mustami’ di Jamiah-jamiah (universiti-universiti) di Jordan dan di Mesir sebelum pulang. Antaranya Al-Jami’ah Al-Urduniyyah (University of Jordan) dan Jami’ah Al-Azhar. Semoga dipanjangkan umur menikmati Panorama salji turun pada masa yang akan datang. :)
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
4 ulasan:
Salam! mama lubna, insyaAllah abg janji nak bawa mama lubna sentuh dan main salji satu hari nanti...insyaAllah!
Mengikut pengalaman, kalau kita kejar/ cari salji tu biasanya tak dapat.. Ada yang sanggup berjalan ke Scotland semata-mata nak kejar salji, tup-tup salji turun dengan lebatnya di tempat tinggal sendiri (ni kalau di UK la)> Dulu kami masa kami berdua, kami mainsalji di Genting.. tapi tak sama la dengan natural snow yang lembut.
salam mMama Lubna,
kat perth ni pon x salji sebenarnya..tp winternya ttp mengancam jiwa (min 2darjah celcius)..hampi keseluuruhan kawasan kat Australia x salji KCL victoria n Melbourne saja yg ada itu pun kena panjat bukit baru jumpa..mgkin dah dkt khatulistiwa. sekrg ni dah summer kat cni.mmg terbalik dgn dgn uk, america n etc..teringin jg nak merasa kelembutan salji tu.tp bila la..
Catat Ulasan