Pulang ke rumah, kami menjalankan operasi membersih dan mencuci. Debu-debu halus yang berterbangan boleh mengakibatkan kesihatan terjejas. Sakit kerongkong, sakit dada dan batuk. Begitulah fenomena yang berlaku jika rumah di tepi jalan besar. Sebelum pulang, sempat kami singgah ke Giant Sungai Petani membeli keperluan rumah. Lubna cukup gembira dan seronok bila singgah di sini. “Ayennnn (Giant)” Kata Lubna dengan nada yang ceria dan seronok. :) Dia akan mula menangis bila kami sekadar melalui tanpa singgah di situ.Letih juga mengelap lantai yang berdebu, mencuci tingkap-tingkap yang dipenuhi habuk serta me’roboh’kan sawang-sawang al-ankabut . Lubna terpaksalah dihantar ke rumah Mak Njangnya. Jika tidak, pasti dia akan sama-sama membantu kami menyelesaikan operasi mencuci ini. Lubna memang anak yang rajin :)
Kini, semuanya akan kembali seperti biasa. Sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi. Semoga semuanya berjalan dengan baik. Saya sudah tidak sabar untuk bertemu dengan sahabat-sahabat seangkatan. Pasti banyak pengalaman yang mahu dikongsi sepanjang bercuti.
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO








1 ulasan:
Wow..kagumnya tak sabar nak bekerja..
Kalau saya nak duk kat rumah jer...
Catat Ulasan