Jumaat, 28 Mei 2010

"Mama..mana baju Doreamon Nukna (Lubna)?"

1 ulasan

"Mama..mana baju Doraemon Nukna (Lubna)?"
"Baju Doraemon kotorlah sayang, ada dalam mesin basuh." Saya menerangkan pada Lubna. Memang benarlah, sepanjang masa Lubna mesti mahu pakai baju Doraemon. Mestilah kena basuh. Lubna ni memang betul-betul sudah terpengaruh dengan kartun ni. Yang peliknya, rancangan Doraemon di TV, Lubna tidaklah beria sangat mahu menonton. Agaknya nilah penangan daripada Baba Lubna yang suka menonton kartun ketika saya mengandungkan Lubna dulu... :) hehe..
Aha, kembali kepada cerita Lubna yang bertanyakan bajunya itu. Selepas beberapa ketika saya menjemur baju Doraemon Lubna, sekejap lagi pasti Lubna akan keluar ke ampaian. Memandangkan ampaian agak tinggi, Lubna punya caranya sendiri untuk mengambil bajunya itu. Akhirnya Lubna pasti akan dapatkan baju itu. Segera berlari ke arah saya untuk digantikan baju yang sedang dipakainya dengan baju favouritenya itu.
Pernah terjadi satu peristiwa..
Sewaktu kami meleewati sebuah kedai baju, Lubna tiba-tiba menghentikan langkahnya.
"Baba.. Nukna nak baju Doraemon" Sambil tangannya menunjuk ke arah sehelai baju bergambar Doraemon.
"Ok..ok, baba belikan." Babanya begitu sporting.
Namun memandangkan baju agak besar, penjual itu mencadangkan agar kami membelikan untuk Lubna seluar berkartun Mickey Mouse.
Tiba-tiba Lubna bersuara.
"Ni, dah ada..." sambil tangannya menepuk seluar yang dipakainya. Lubna betul-betul mahu mempertahankan kemahuannya. Tidak mahu ditukar dengan yang lain.
Penjual itu hanya tersenyum.
"Pandai yer..." Kata penjual itu sambil mengusap kepala anak kecil kami.

Tidur pun, nak pakai baju Doraemon.

Baju Doraemon ni dihadiahkan oleh Cikgu Roslaili untuk Lubna. Terima kasih yer Laili.. susah-susah jer. :)


Koleksi sapu tangan Doraemon Lubna.

Ada sarung bantal Doraemon ni, barulah mudah sikit Lubna nak tidur. Tapi jangan sesekali minta nak pinjam bantal ni, mesti Lubna akan gantikan dengan bantal lain untuk kita :)



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Ahad, 9 Mei 2010

SELAMAT HARI IBU, UMMI :)

0 ulasan

جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم يسأله : من أحق الناس بصحابتي ؟ قال :« أمك ». قال : ثم من ؟ قال : « أمك
قال : ثم من ؟ قال : « أمك » . قال : ثم من ؟ قال : « أبوك
27 Ogos 2010 nanti, Insya Allah ummi akan mula menikmati fatrah pencennya setelah 33 tahun berkhidmat dalam dunia pendidikan. Pencen diusia 58 tahun, jarang yang mahu mengambilnya. Sekiranya diberi pilihan untuk pencen awal, saya barangkali orang yang pertama memohonnya. Sebenarnya, dunia pendidikan memang mulia, tetapi cabaran dalam usaha memenuhi tanggungjawab mendidik dan menjalankan tugas memang menggugat kesabaran dan keimanan. Namun lain pendirian ummi terhadap dunia pendidikan. Inilah jalan yang akan menjadi saham di Akhirat kelak andai benar-benar dilaksanakan kerana Allah SWT.

Ummi bukan berasal daripada keluarga yang berada. Tetapi amat bertuah kerana berada dalam lingkungan keluarga yang mementingkan akhlak dan akademik untuk jaminan masa depan. 8 daripada 9 adik beradik ummi, adalah pendidik. Semuanya berkat kegigihan seorang abang sulung ummi yang menjadi ‘guru’ kepada adik-adik setelah pulang dari sekolah. Ilmu yang dipelajari diajar kepada adik-adik yang tidak berpeluang ke sekolah akibat kesempitan hidup. Hasilnya, semua yang mengambil peperiksaan berjaya dengan cemerlang termasuklah ummi. Ummi berjaya ke menara gading Universiti Kebangsaan Malaysia meneruskan pengajian dalam bidang Usuluddin. Dan ummi mula berkhidmat pada tahun 1977.

Saya kagum dengan kegigihan ummi membesarkan kami. Memang ummi seorang yang tegas kerana ummi sentiasa mahukan anak-anak berjaya di samping mempunyai disiplin hidup yang tinggi. Jangan sekali-kali memandang remeh dan mengambil mudah dalam setiap urusan yang dilakukan, pasti ummi akan menegur dan membetulkan kesalahan kami. Lakukan sesuatu perkara dengan betul dan bersungguh-sungguh. Itu pesan ummi.

Dalam urusan menguruskan keluarga, seingat saya, saya belum pernah melihat ummi masih tidur ketika azan Subuh berkumandang. Bangkitnya sebelum kokokan ayam jantan membangunkan insan-insan yang lena dibuai mimpi. Sebagai wanita bekerjaya, urusan rumah tangga diselesaikan sebelum melangkah ke tempat kerja.

Ketika saya di sekolah rendah dan adik-adik masih kecil, saya masih ingat bagaimana ummi menguruskan kami ketika abah tiada di sisi kerana urusan pengajian dan kerjayanya di Kuala Lumpur. Kepayahan ummi tidak pernah membuatkan kami turut merasai keperitan kehidupan ketika itu kerana ummi akan memastikan segala keperluan kami dipenuhi sebelum keperluan diri ummi dipenuhi. Ummi memang terlalu banyak berkorban demi kami, anak-anak ummi.

Terlalu banyak yang mahu saya lakarkan di ruangan ini tentang ummi. Namun, saya tahu semuanya tidak terbilang dan tiada noktahnya. Walaubagaimanapun, dikesempatan ini, saya sebagai anak ummi ingin mengucapkan terima kasih buat ummi di atas setiap pengorbanan ummi selama ini. SELAMAT HARI IBU BUAT UMMIKU SAYANG! Semoga hidup ummi diberkati dan dilimpahi kebahagiaan di Dunia dan Akhirat. Aminnnn


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO