"Mama..mana baju Doraemon Nukna (Lubna)?"
"Baju Doraemon kotorlah sayang, ada dalam mesin basuh." Saya menerangkan pada Lubna. Memang benarlah, sepanjang masa Lubna mesti mahu pakai baju Doraemon. Mestilah kena basuh. Lubna ni memang betul-betul sudah terpengaruh dengan kartun ni. Yang peliknya, rancangan Doraemon di TV, Lubna tidaklah beria sangat mahu menonton. Agaknya nilah penangan daripada Baba Lubna yang suka menonton kartun ketika saya mengandungkan Lubna dulu... :) hehe..
Aha, kembali kepada cerita Lubna yang bertanyakan bajunya itu. Selepas beberapa ketika saya menjemur baju Doraemon Lubna, sekejap lagi pasti Lubna akan keluar ke ampaian. Memandangkan ampaian agak tinggi, Lubna punya caranya sendiri untuk mengambil bajunya itu. Akhirnya Lubna pasti akan dapatkan baju itu. Segera berlari ke arah saya untuk digantikan baju yang sedang dipakainya dengan baju favouritenya itu.
Pernah terjadi satu peristiwa..
Sewaktu kami meleewati sebuah kedai baju, Lubna tiba-tiba menghentikan langkahnya.
"Baba.. Nukna nak baju Doraemon" Sambil tangannya menunjuk ke arah sehelai baju bergambar Doraemon.
"Ok..ok, baba belikan." Babanya begitu sporting.
Namun memandangkan baju agak besar, penjual itu mencadangkan agar kami membelikan untuk Lubna seluar berkartun Mickey Mouse.
Tiba-tiba Lubna bersuara.
"Ni, dah ada..." sambil tangannya menepuk seluar yang dipakainya. Lubna betul-betul mahu mempertahankan kemahuannya. Tidak mahu ditukar dengan yang lain.
Penjual itu hanya tersenyum.
"Pandai yer..." Kata penjual itu sambil mengusap kepala anak kecil kami.
Baju Doraemon ni dihadiahkan oleh Cikgu Roslaili untuk Lubna. Terima kasih yer Laili.. susah-susah jer. :)
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
1 ulasan:
Salam,
petah betul lubna berkata-kata...juga pandai admire karakter kartun..anak saya suka kartun noddy tapi xpandai lagi nak mintak2 belikan baju sebab cakap pun xpandai lagi hihi..
Catat Ulasan