Lubna bersama mausuah dan buku-buku yang baru sampai
Sewaktu berpeluang berada di Mesir dulu, saya tak berkesempatan untuk memiliki mausuah lil atfaal (ensiklopedia kanak-kanak). Lagipun belum terfikir untuk kegunaan masa hadapan. Alhamdulillah, sempena ma'rad kutub di Mesir yang berlangsung pada Mac baru-baru, seorang sahabiah yang berada di Mesir sudi menghulurkan bantuan untuk saya mendapatkan mausuah-mausuah yang diperlukan. Jazakumullah Renni :) Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik Renni dan suami.
Kotak kargo dah sampai di Kedah hampir 2 minggu lalu. Memandangkan kami sekeluarga pulang bercuti di Terengganu, baru semalam kami dapat membuka kotak-kotak yang sampai. Sebaik sahaja sampai di Kedah malam tadi, kami teruja melihat mausuah-mausuah yang sudah sampai. Lubna memang betul2 excited melihat gambar-gambar yang cukup menarik. Dia mula membaca ala-ala Arab campur Siam. Hai Lubna..
Kalau Ummu Nashwa suka ambil gambar di tangga rumahnya, Mama Lubna pula suka ambil gambar di kerusi rumah tok wan Lubna :)
Antara buku-buku yang sampai
Ni Mausuah Disney yang ditranslate ke Versi Bahasa Arab
Kisah-kisah dari Al-Quran untuk kanak-kanak
Disney juga
Set Tob'un Britannica
p/s: Renni, ini bukti dah sampai :)
"Nak pilih yang mana satu ni?"
Lubna ralit melihat gambar.. Nanti mama dan baba ajarkan Lubna bahasa Al-Quran ni yer sayang :)
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
3 ulasan:
ingat lubna....tu duit baba...lubna hutang dgn baba tau..besar nanti kena bayaq balik...klau ngaji pandai2 kira scholarship la...k? :)
Aha, dgr tu Lubna..:) Besar harapan baba tu.
Satu lagi, buku2 tu, Lubna kena jaga elok2. Nanti adik2 Lubna yang lain pun boleh guna sama.
salam kenal..
wah, seronoknya Lubna ade buku baru. insyaAllah nak search jugak pasal buku nih. nanti buat testimoni ya. fathin pun sedang ajar rayyan bahasa arab sikit2, nak kena ade bahan bantuan ;p
Catat Ulasan