Jumaat, 28 September 2012


Kak Ngah mama yang sedang membesar..  :)

Anak-anak yang sedang membesar memang menpunyai lagat dan kerenah yang amat menguji kesabaran ibu bapa. Anak kedua saya, Kak Ngah Syaima', lagatnya memang sukar diduga. Sekali pandang raut wajahnya, amat mendamaikan. Namun, apabila langkah dibuka akan kelihatanlah kelibatnya sebagai kanak-kanak yang aktif dan cergas.

Kalau kakak Lubna sewaktu kecil, sesudah mandi pasti dengan mudah saya akan mempersiapkan dirinya. Bajunya kemas, rambut tersikat rapi, berbedak cantik dan duduk mengadap tv atau buku (melihat gambar) dengan tertib. Cukup senang.

Tapi kak ngah mama amat menguji kesabaran mama sebagai seorang ibu yang bekerjaya. Bila mandi, pasti sahaja mahu berlama-lama kerana 'nak main' katanya. Usai mandi, pasti akan berlari ke sana ke sini agar mama 'ligan'.. seronok agaknya. Bila dipakaikan baju, tak sampai 5 minit, pasti akan 'terhias' dengan segala macam calitan..susu, milo, kek, biskut, dan apa sahaja daripada benda-benda yang ada di sekelilingnya.

Bila menonton tv, bukan sahaja tak reti duduk diam, malah akan mengusik kakak.. ambil  tv remote.. bawa lari.. ambil buku kakak...conteng, koyak! jenuh saya memujuk kakak agar jangan menangis.
bersambung....


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

0 ulasan:

Catat Ulasan