Selasa, 15 November 2016
Santuni guru, kelak mendapat keberkatan.
.........................................................
Zaman sekolah dulu, saya bukanlah seorang murid yang genius. Pun begitu, saya adalah murid yang agak rajin membuat kerja sekolah yang diberikan guru. Jarang sekali saya tidak membuat dan tidak menyiapkannya.
Walaupun begitu, saya tetap berpengalaman didenda guru kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. Diminta berdiri di luar kelas, sambil sebelah kaki diangkat. Bertongkatlah dengan sebelah kaki sambil di kepala menjunjung sebuah buku. Bergilir-gilirlah kaki ini menongkat. Bukan sehari, tapi cukup seminggu! Setiap kali menjelang waktu Matematik, berdebar-debarlah jantung ini. Saya diminta keluar tanpa bicara dengan 5 orang lagi murid yang lain. Lenguh kaki ini, tak dapat saya ungkapkan!
Semuanya gara-gara 8 muka surat kerja sekolah matematik, perlu disalin dalam buku tulis, tetapi muka surat ke 8, berselang satu muka surat. Saya kalut, langsung terlupa pada muka akhir yang perlu dibuat. Bila dihantar tugasan pada guru, saya dipanggil lalu disuruh keluar kelas. Terpinga-pinga saya dibuatnya. Saat itu, saya sendiri tidak tahu apakah kesalahan yang dilakukan, dan saya juga tidak dijelaskan kenapa saya didenda guru. Ternyata setelah 5 hari berlalu, barulah saya tahu bahawa terdapat satu muka surat saya tertinggal untuk diselesaikan.
Malu sebenarnya. Hanya saya seorang murid perempuan didenda. Lagi 5 orang, semuanya lelaki. Dan semuanya dari kumpulan F. Sedangkan saya dari kumpulan A. Bila ada cikgu lain melalui laluan itu, saya tidak tahu di mana mahu menyorokkan muka ini.
"Haa.. Ni mesti tak siap kerja sekolah lah ni. "
Saya akur, nasib saya barangkali. Allah mahu saya rasa bagaimana keadaannya yang sering dilalui oleh murid-murid dari kumpulan F.
Walaupun di luar kelas, saya tetap curi-curi melihat apa yang diajar guru di dalam kelas. Saya akan bertanya kawan, kerja yang cikgu berikan lalu saya siapkan sebelum pulang pada hari yang sama. Saya tidak menjadikan alasan denda itu sebagai sebab untuk saya tidak dapat memahami pelajaran hari itu. Kerana saya tahu, hukuman yang saya terima itu, adalah akibat kesalahan yang bukan disengajakan.
Itu cerita tahun 1991. Ketika itu, saya darjah 3. Kini tahun 2016. Dan saya seorang cikgu.
Tersenyum sendiri saya bila teringatkan kisah hukuman itu.
Namun, cikgu dulu dan sekarang sudah terlalu jauh bezanya. Cikgu dulu, boleh menyediakan plan pendidikannya sendiri pada muridnya. Tapi guru sekarang tidak. Semuanya terikat pada akta yang digariskan.
Murid dulu dan sekarang pun sudah jauh berbeza. Murid dulu akan tetap menyantuni guru walau apa jua keadaan dan situasinya... Kerana murid dulu percaya bahawa guru adalah insan mulia yang harus dihormati dan disantuni. Keberkatan guru itu sangat penting bagi mendapat kesejahteraan hidup dunia dan Akhirat.
Saya sendiri ketika didenda, saya tidak menyalahkan guru kerana saya tahu itu adalah akibat kecuaian saya sendiri. Jauh sekali untuk melaporkannya kepada ibu bapa di rumah. Walaupun ibu dan bapa saya bukanlah daripada kalangan keluarga yang cepat melenting, namun saya secara peribadi menganggap hukuman itu tidak perlu diviralkan kepada keluarga. Rasa malu sebenarnya melaporkan tentang hukuman seperti itu. Dan sehingga hari ini, ibu dan bapa saya, tidak pernah tahu akan hal ini. Biarlah ia menjadi satu nostalgia yang indah untuk dikenang. Dan menjadi panduan kepada saya ketika mendidik anak-anak di rumah dan sekolah.
Kini saya merasai keberkatan ilmu yang saya pelajari dalam mata pelajaran itu. Ilmu matematik itu kini saya mampu kembangkan dalam menyelesaikan banyak permasalahan kehidupan harian. Semuanya atas faktor keberkatan menyantuni guru.
Semoga generasi murid dan ibu bapa hari ini kembali menjadi seperti generasi dahulu. Itu yang sangat saya impikan. Lebih matang dan belajar menyantuni guru.
#Cikgusesipetang
Khamis, 27 Februari 2014
AHMAD AMMAR.. Fenomena Indah Di Saat Kita Terleka
Alhamdulillah..saya kembali bersemangat membuat catatan pada blog saya ini setelah hampir setahun ber'cuti'. Sesekali ada juga saya menjengah.. hanya melihat dari jauh tanpa punya hasrat untuk kembali mencatat. Barangkali kesuntukan masa dan idea untuk berkarya, saya lebih memilih laman sosial face book untuk sesekali menyuarakan pandangan diri dan suara hati.
Tapi entah kenapa kali ini, hati saya seolah-olah mendesak untuk saya membuat catatan pada blog ini... Biarlah, kali ini saya menurut kata hati ini walaupun saya bukanlah berada dalam keadaan kuat.
Saya tidak tahu dari mana datangnya kekuatan dalam diri ini untuk menghabiskan buku Cerita Cinta Ahmad Ammar! Kerana saya sekarang berada di trimester pertama kandungan ke 4 ini... Di saat ini, suatu situasi yang normal apabila ibu-ibu ini dikatakan mengalami alahan, morning sickness, keadaan yang lemah dan longlai. Begitulah apa yang terjadi kepada saya. Sehinggakan sejak minggu lalu, suami merelakan untuk memberi khidmat menghantar dan mengambil saya dari tempat kerja walaupun mengambil masa hampir 45 minit perjalanan dari rumah ke tempat kerja. 3 orang anakanda-anakanda kami yang puteri semuanya... diuruskan oleh suami tercinta. Ternyata saya cukup lemah. Jika skala lemah diberilan pada saya dari 1-10, saya berada di skala 8!
Berbalik kepada Cerita Cinta Ahmad Ammar.. (sungguh saya kagumi).. bukunya saya beli secara tidak dirancang. Menemani suami ke Kedai Buku Hassani di Sungai Petani, menggerakkan jari jemari saya mencapai buku yang berbalut kemas di kaunter pembayaran. Asalnya sekadar tengok-tengok, akhirnya mula jatuh cinta padanya.
"Abang, beli buku ni yer.." saya bersuara.
Suami melihat buku itu.."Ambillah.."katanya ringkas. Saya tahu suami pasti akan bersetuju kerana jarang sangat suami saya mengecewakan saya apalagi untuk memiliki buku-buku seperti itu. Saya tahu suami saya juga berminat cuma tidak berkesempatan untuk membeleknya. Apalagi, cover buku itu sentiasa berlegar-legar pada laman facebook kami.
Sampai di rumah, badan terasa lemah kerana agak lama berada di dalam kereta. Tetapi hati terus menjerit-jerit supaya segera memulakan bacaan pada chapter pertama. Saya segera mengoyakkan plastik yang membalutnya. Sebelum dibaca, saya bangun meluru ke bilik bacaan keluarga, mencari sticker buku Maktabah Al-Eman kami..di mana yer.. saya cuba mengingat di mana saya menyimpannya. Alhamdulillah, saya ketemu jua sticker itu. Niat di hati biarlah buku ini kekal dalam simpanan Maktabah kami untuk warisan kepada anak-anak kami dan jua generasi Islam yang akan datang. Biarlah kami menjaganya dengan baik dan tidak bertukar-tukar tangan tanpa kembali semula ke maktabah ini. Sticker sebagai satu simbolik bahawa buku ini perlu dijaga dengan baik. Saya tampal sticker buku milik kami pada penjuru kiri buku itu.
Chapter 1 dimulakan dengan WARKAH RINDU BUAT ANAKANDA AHMAD AMMAR. Baru membaca tajuknya, hati ini sudah mula bergetar.. Ya Allah!...kuatkanlah diri ini untuk meneruskannya.. untuk mencedukmsedikit semangat perjuangan itu.
Memandangkan badan saya mula berasa sengal-sengal, saya duduk di kusyen bersandalkan sebiji bantal di belakang. Saya menggagahkan diri. Kuatnya keinginan untuk membaca aura Ahmad Ammar yang menyerlah selepas pemergiannya mengatasi segalanya.
"SALAM penuh kerinduan buat anakanda yang dikasihi dan dirindui, AHMAD AMMAR."
Saya berhenti membaca! Mata saya berkaca. Dada saya sebak. Nafas saya terhenti. Saya kalah! Belum apa-apa lagi, sudah gugur air mata saya. Terjentik hati ini mengatakan ini adalah warkah rindu yang mendalam dari seorang bonda buat anakandanya yang amat-amat merinduinya! Saya cukup-cukup terkesan. Saya segera menyeka manik-manik jernih ini dari terus menitik. Malu pada anak-anak dan suami kerana saya bukanlah seorang yang berjiwa lembut. Saya dikenali dengan watak yang tegas dan keras hati!
Saya membaca bait demi bait.. sungguh menyentuh jiwa.
Saya kagum pada adinda Ahmad Ammar.. saya kagum pada ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azzam dan bondanya Puan Nur Azlina kerana berjaya mendidik jiwa kehambaan kepada anakanda- anakandanya terutamanya AHMAD AMMAR. Pemergiannya mencetuskan fenomena ummah. Mengejutkan insan-insan yang lena. Menyuntik semangat anak muda dan ibu bapa untuk membentuk generasi Islam yang benar-benar meNgabdikan diri kepada Allah SWT. Kerana Sesungguhnya dariNya kita datang..dan kepadaNya kita akan kembali.
Dalam keadaan yang tidak berupaya ini.. saya berjaya mendalami cerita-cerita indah dan tulusnya hati seorang Pemuda Islam yang benar-benar cintakan agamaNya ini, dalam masa 2 hari. Separuh saya baca kelmarin, dan hari ini saya habiskan selepas balik dari kerja.
Ya Allah, syukurku panjatkan kepadaMu kerana menghadirkan AHMAD AMMAR ketika saat aku mula terleka dan terlupa akan visi dan misi membentuk pemuda dan pemudi islam demi memberi jasa dan baktinya untuk meninggikan martabat Islam. Betapa dakwah Baginda saw telah diberikan pencerahan melalui AHMAD AMMAR dengan cara yang tidak pernah difikirkan oleh mana-mana insan termasuklah ibu bapanya sendiri. Tetapi, begitulah janji-janji Allah kepada mereka mengikut jalanNya Yang Lurus.
Dihujung catatan ini, saya mengharapkan doa dari sekalian sahabat dan rakan serta sesiapa sahaja agar kandungan saya kali ini mempunyai ketulusan dan keikhlasan serta semangat yang kental seperti AHMAD AMMAR yang menjadikan ALLAH & RASULNYA sebagai panduan kehidupan ke negeri Abadi.
Saya dan suami mengharapkan jika bayi ini adalah lelaki, (kami sentiasa berdoa dan berharap agar kali ini biarlah seorang imam lahir di kalangan 3 orang kakak-kakaknya).. akan memiliki semangat dan ketulusan seperti pemuda Islam ini. Adapun, jika sebaliknya, iaitu perempuan..tidaklah pernah kami kecewa dan merintih kerana ia adalah kurniaan yang besar dari Allah Yang Maha Penyayang...akan kami sayangi dan didik sebagaimana kami mendidik anakanda-anakanda puteri kami yang lain. LUBNA, SYAIMA' dan FADWA. Tidak kira perempuan mahupun lelaki, suntikan semangat sebagai pahlawan dan serikandi Islam akan kami pahatkan dan semaikan di jiwa anakanda-anakanda kami..generasi Islam akan datang.
Terima kasih yang tidak terhingga buat Tuan Haji Ahmad Azzam dan isteri Puan Nur Azlina kerana melahirkan Ahmad Ammar. Benar, dia adalah pewaris nabi yang memiliki akhlak dan peribadi yang unggul.
Saya melihat ISLAM itu indah,
Saya melihat ALLAH SWT itu Maha Dzul Jalaali Wal Ikram,
Saya melihat Muhammad saw Itu adalah Unggul,
Dan saya melihat AHMMAD AMMAR itu sebagai sebenar-benar Pencetus Ummah!
Sekian...
Catatan dari hati:
Mawaddah Mohd Nor
27hb Febuari 2014.
5.40 petang.
Ambangan Height, SP.
Sabtu, 13 Oktober 2012
Resepi NASI ARAB MAMA LUBNA (versi Malaysia)
Nasi Arab Mama Lubna siap untuk dimakan seisi keluarga
Lauk Daging Masak Merah..di makan dengan Nasi Arab versi Malaysia.:)
Salatah
RESEPI NASI ARAB MAMA LUBNA
BAHAN-BAHAN UTAMA
Ayam/ Daging
Rempah Beriyani
Minyak Zaitun
Beras Basmati/ Biasa
Capsicum
Kismis
Biji Gajus
Lobak Merah
Lada htam.
BAHAN MENUMIS
Bawang merah, bawang dan halia
BAHAN SALATAH
Tomato, timun, bawang besar dan sos cili
CARA MEMASAK
1. Rebus ayam setengah masak.
2. Gaul Ayam dengan rempah beriyani. Perap sekejap.
3. Kemudian, goreng ayam tadi dengan minyak zaitun. Jangan terlalu masak. Angkat.
4. Tumis bahan tumis dengan minyak yang menggoreng ayam tadi.
5. Masukkan rempah beriyani dan beras.
6. Masukkan air rebusan ayam.
7. Masukkan ayam yang digoreng tadi.
8. Gaul dan tutup.
9. Bila nasi hampir masak, masukkan kismis, biji gajus, lobak merah, dan capsicum
dan sedikit lada hitam.
10.Jangan lupa garam secukup rasa.
CARA MENYEDIAKAN SALATAH.
1. Potong dadu semua bahan.
2. Masukkan sos cili yang ditambah dengan sedikit air masak.
3. Gaul.
LAUK.
Boleh dimakan dengan Lauk Masak Merah atau Gulai.
SELAMAT MENCUBA :)
Jumaat, 28 September 2012
Kak Ngah mama yang sedang membesar.. :)
Anak-anak yang sedang membesar memang menpunyai lagat dan kerenah yang amat menguji kesabaran ibu bapa. Anak kedua saya, Kak Ngah Syaima', lagatnya memang sukar diduga. Sekali pandang raut wajahnya, amat mendamaikan. Namun, apabila langkah dibuka akan kelihatanlah kelibatnya sebagai kanak-kanak yang aktif dan cergas.
Kalau kakak Lubna sewaktu kecil, sesudah mandi pasti dengan mudah saya akan mempersiapkan dirinya. Bajunya kemas, rambut tersikat rapi, berbedak cantik dan duduk mengadap tv atau buku (melihat gambar) dengan tertib. Cukup senang.
Tapi kak ngah mama amat menguji kesabaran mama sebagai seorang ibu yang bekerjaya. Bila mandi, pasti sahaja mahu berlama-lama kerana 'nak main' katanya. Usai mandi, pasti akan berlari ke sana ke sini agar mama 'ligan'.. seronok agaknya. Bila dipakaikan baju, tak sampai 5 minit, pasti akan 'terhias' dengan segala macam calitan..susu, milo, kek, biskut, dan apa sahaja daripada benda-benda yang ada di sekelilingnya.
Bila menonton tv, bukan sahaja tak reti duduk diam, malah akan mengusik kakak.. ambil tv remote.. bawa lari.. ambil buku kakak...conteng, koyak! jenuh saya memujuk kakak agar jangan menangis.
bersambung....
Rabu, 26 September 2012
إرادة الحياة لأبي القاسم الشابي
Qasiidah Abul Qasim As-Syaabi..
إرَادَة الْحَيَـاةَ
إذا الشّعْبُ يَوْمَاً أرَادَ الْحَيَـاةَ فَلا بُدَّ أنْ يَسْتَجِيبَ القَـدَر
وَلا بُـدَّ لِلَّيـْلِ أنْ يَنْجَلِــي وَلا بُدَّ للقَيْدِ أَنْ يَـنْكَسِـر
وَمَنْ لَمْ يُعَانِقْهُ شَوْقُ الْحَيَـاةِ تَبَخَّـرَ في جَوِّهَـا وَانْدَثَـر
فَوَيْلٌ لِمَنْ لَمْ تَشُقْـهُ الْحَيَاةُ مِنْ صَفْعَـةِ العَـدَم المُنْتَصِر
كَذلِكَ قَالَـتْ لِـيَ الكَائِنَاتُ وَحَدّثَنـي رُوحُـهَا المُسْتَتِر
وَدَمدَمَتِ الرِّيحُ بَيْنَ الفِجَاجِ وَفَوْقَ الجِبَال وَتَحْتَ الشَّجَر
إذَا مَا طَمَحْـتُ إلِـى غَـايَةٍ رَكِبْتُ الْمُنَى وَنَسِيتُ الحَذَر
وَلَمْ أَتَجَنَّبْ وُعُـورَ الشِّعَـابِ وَلا كُبَّـةَ اللَّهَـبِ المُسْتَعِـر
وَمَنْ لا يُحِبّ صُعُودَ الجِبَـالِ يَعِشْ أَبَدَ الدَّهْرِ بَيْنَ الحُفَـر
فَعَجَّتْ بِقَلْبِي دِمَاءُ الشَّبَـابِ وَضَجَّتْ بِصَدْرِي رِيَاحٌ أُخَر
وَأَطْرَقْتُ ، أُصْغِي لِقَصْفِ الرُّعُودِ وَعَزْفِ الرِّيَاح وَوَقْعِ المَطَـر
وَقَالَتْ لِيَ الأَرْضُ - لَمَّا سَأَلْتُ : " أَيَـا أُمُّ هَلْ تَكْرَهِينَ البَشَر؟"
"أُبَارِكُ في النَّاسِ أَهْلَ الطُّمُوحِ وَمَنْ يَسْتَلِـذُّ رُكُوبَ الخَطَـر
وأَلْعَنُ مَنْ لا يُمَاشِي الزَّمَـانَ وَيَقْنَعُ بِالعَيْـشِ عَيْشِ الحَجَر
هُوَ الكَوْنُ حَيٌّ ، يُحِـبُّ الحَيَاةَ وَيَحْتَقِرُ الْمَيْتَ مَهْمَا كَـبُر
فَلا الأُفْقُ يَحْضُنُ مَيْتَ الطُّيُورِ وَلا النَّحْلُ يَلْثِمُ مَيْتَ الزَّهَــر
وَلَـوْلا أُمُومَةُ قَلْبِي الرَّؤُوم لَمَا ضَمَّتِ المَيْتَ تِلْكَ الحُفَـر
فَوَيْلٌ لِمَنْ لَمْ تَشُقْـهُ الحَيَـاةُ مِنْ لَعْنَةِ العَـدَمِ المُنْتَصِـر!"
وفي لَيْلَةٍ مِنْ لَيَالِي الخَرِيفِ مُثَقَّلَـةٍ بِالأََسَـى وَالضَّجَـر
سَكِرْتُ بِهَا مِنْ ضِياءِ النُّجُومِ وَغَنَّيْتُ لِلْحُزْنِ حَتَّى سَكِـر
سَأَلْتُ الدُّجَى: هَلْ تُعِيدُ الْحَيَاةُ لِمَا أَذْبَلَتْـهُ رَبِيعَ العُمُـر؟
فَلَمْ تَتَكَلَّمْ شِفَـاهُ الظَّلامِ وَلَمْ تَتَرَنَّـمْ عَذَارَى السَّحَر
وَقَالَ لِيَ الْغَـابُ في رِقَّـةٍ مُحَبَّبـَةٍ مِثْلَ خَفْـقِ الْوَتَـر
يَجِيءُ الشِّتَاءُ ، شِتَاءُ الضَّبَابِ شِتَاءُ الثُّلُوجِ ، شِتَاءُ الْمَطَـر
فَيَنْطَفِىء السِّحْرُ ، سِحْرُ الغُصُونِ وَسِحْرُ الزُّهُورِ وَسِحْرُ الثَّمَر
وَسِحْرُ الْمَسَاءِ الشَّجِيِّ الوَدِيعِ وَسِحْرُ الْمُرُوجِ الشَّهِيّ العَطِر
وَتَهْوِي الْغُصُونُ وَأَوْرَاقُـهَا وَأَزْهَـارُ عَهْدٍ حَبِيبٍ نَضِـر
وَتَلْهُو بِهَا الرِّيحُ في كُلِّ وَادٍ وَيَدْفنُـهَا السَّيْـلُ أنَّى عَـبَر
وَيَفْنَى الجَمِيعُ كَحُلْمٍ بَدِيـعٍ تَأَلَّـقَ في مُهْجَـةٍ وَانْدَثَـر
وَتَبْقَى البُـذُورُ التي حُمِّلَـتْ ذَخِيـرَةَ عُمْرٍ جَمِـيلٍ غَـبَر
وَذِكْرَى فُصُول ٍ ، وَرُؤْيَا حَيَاةٍ وَأَشْبَاح دُنْيَا تَلاشَتْ زُمَـر
مُعَانِقَـةً وَهْيَ تَحْـتَ الضَّبَابِ وَتَحْتَ الثُّلُوجِ وَتَحْـتَ الْمَدَر
لَطِيفَ الحَيَـاةِ الذي لا يُمَـلُّ وَقَلْبَ الرَّبِيعِ الشَّذِيِّ الخَضِر
وَحَالِمَـةً بِأَغَـانِـي الطُّيُـورِ وَعِطْرِ الزُّهُورِ وَطَعْمِ الثَّمَـر
وَمَا هُـوَ إِلاَّ كَخَفْـقِ الجَنَاحِ حَتَّـى نَمَا شَوْقُـهَا وَانْتَصَـر
فصدّعت الأرض من فوقـها وأبصرت الكون عذب الصور
وجـاءَ الربيـعُ بأنغامـه وأحلامـهِ وصِبـاهُ العطِـر
وقبلّـها قبـلاً في الشفـاه تعيد الشباب الذي قد غبـر
وقالَ لَهَا : قد مُنحـتِ الحياةَ وخُلّدتِ في نسلكِ الْمُدّخـر
وباركـكِ النـورُ فاستقبـلي شبابَ الحياةِ وخصبَ العُمر
ومن تعبـدُ النـورَ أحلامـهُ يباركهُ النـورُ أنّـى ظَهر
إليك الفضاء ، إليك الضيـاء إليك الثرى الحالِمِ الْمُزْدَهِر
إليك الجمال الذي لا يبيـد إليك الوجود الرحيب النضر
فميدي كما شئتِ فوق الحقول بِحلو الثمار وغـض الزهـر
وناجي النسيم وناجي الغيـوم وناجي النجوم وناجي القمـر
وناجـي الحيـاة وأشواقـها وفتنـة هذا الوجـود الأغـر
وشف الدجى عن جمال عميقٍ يشب الخيـال ويذكي الفكر
ومُدَّ عَلَى الْكَوْنِ سِحْرٌ غَرِيبٌ يُصَـرِّفُهُ سَـاحِـرٌ مُقْـتَدِر
وَضَاءَتْ شُمُوعُ النُّجُومِ الوِضَاء وَضَاعَ البَخُورُ ، بَخُورُ الزَّهَر
وَرَفْرَفَ رُوحٌ غَرِيبُ الجَمَالِ بِأَجْنِحَـةٍ مِنْ ضِيَاءِ الْقَمَـر
وَرَنَّ نَشِيدُ الْحَيَاةِ الْمُقَـدَّسِ في هَيْكَـلٍ حَالِمٍ قَدْ سُـحِر
وَأَعْلَنَ في الْكَوْنِ أَنَّ الطُّمُوحَ لَهِيبُ الْحَيَـاةِ وَرُوحُ الظَّفَـر
إِذَا طَمَحَتْ لِلْحَيَاةِ النُّفُوسُ فَلا بُدَّ أَنْ يَسْتَجِيبَ الْقَـدَرْ
Langgan:
Catatan (Atom)