Khamis, 27 Ogos 2009

Berpantang di Terengganu


Sebulan berpantang di kampung suami. Kota Kuala Muda Kedah sememangnya indah. Destinasinya tidak jauh dari Pantai Merdeka, satu-satunya pantai yang terdapat di negeri Kedah. Namun, tetap terdetik di hati ini, alangkah lebih indah dan bermakna sekiranya Bonda Azizah masih turut bersama. Seandainya Bonda Azizah masih ada, semestinya dialah antara insan yang paling gembira menerima kehadiran cucunda ini. Namun, Allah lebih menyayanginya apabila dia dijemput Ilahi selepas 20 hari perkahwinan kami dilansungkan (22 Mac 2007). Cucu ini tidak sempat melihatnya. Pun begitu, alhamdulillah, masih ada yang sudi menghulurkan bantuan. Mak Su menjagaku dan Lubna dengan sepenuh perhatian sepanjang sebulan di kampung. Mak Su bukannya orang lain, dia ibu saudara suamiku. Selepas sebulan di Kedah, barulah ummi dan abah datang dari Terengganu membawaku dan Lubna pulang. Bukan sengaja melewatkannya, tetapi memberi peluang untukku berehat dan terhindar dari perjalanan yang jauh yang boleh membawa mudharat. Sebulan lagi, kuhabiskan masa bersama Lubna di Gong Badak, Kuala Terengganu, di rumah ayahanda dan bondaku. 60 hari di bahagi 2. 30 hari di Kedah, 30 hari di Terengganu. Adilkan..?


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

0 ulasan:

Catat Ulasan