Sebelum ini saya pernah menulis secara ringkas tentang perbahasan Hukum Pendarahan Sebelum Kelahiran. Kali ini saya cuba untuk membicarakan tentang Hukum Pendarahan Semasa Kehamilan. Baru-baru ini saya menerima panggilan daripada sahabat sekerjaya saya Nadia Afifi bertanyakan tentang pendarahan ketika hamil (Namun kadungannya masih selamat). Dia mengalami keadaan itu ketika kandungan masuk bulan ke 3. Keliru tentang hakikat kedudukannya dalam melaksanakan kewajipan sebagai Muslimah, dia meminta pendapat daripada ramai orang. Memandangkan saya juga pernah melalui pengalaman seperti itu (Pendarahan ketika hamil 2 bulan. Tetapinya akhirnya gugur ketika kandungan masuk bulan ke 3), saya bercadang untuk berkongsi maklumat akan hal itu.
Saya mulakan daripada peristiwa bagaimana saya melalui saat itu. Tanggal 31hb Ogos 2009, setelah melakukan pregnancy test di rumah, jelas kelihatan dua garisan pada alat ujian itu. Saya tahu, kini saya mengandung anak kedua. Ketika itu anak pertama saya Lubna berusia 1tahun 6 bulan. Saya sampaikan berita gembira itu kepada suami, dan kami gembira kerana Lubna bakal mendapat teman baru tidak lama lagi. Mengikut perkiraan, kandungan saya ketika itu baru mencecah minggu ke 5. Masih terlalu awal untuk memaklumkan berita baik itu kepada semua kerana saya juga belum mengesahkan kandungan itu melalui pemeriksaan doctor di hospital.
Saat-saat gembira yang saya lalui bersama suami tidak lama apabila pada 4hb September 2009 iaitu pada minggu ke 6 kehamilan, saya mengalami pendarahan di trimester pertama kehamilan. Saya agak panik kerana saya tidak melalui situasi seperti itu pada kandungan pertama saya yang lalu. Lantas, suami segera membawa saya menjalani pemeriksaan di Hospital Kepala Batas. Memandangkan tiada doktor pakar yang bertugas pada malam itu, kes saya akhirnya dirujuk ke Hospital Seberang Perai.
Saya ditahan di wad dan disarankan agar berpuasa. Keputusan awal scan mendapati saya benar-benar mengandung tetapi kandungan saya tidak dapat dipastikan sama ada selamat atau sebaliknya. Menurut doktor pakar di situ, kandungan saya masih terlalu awal dan kerana itu saya diberikan cuti selama seminggu untuk berehat. 2 minggu berikutnya, saya hadir ke appointment di hospital.
Pendarahan terus berlaku sepanjang saya bercuti itu iaitu ketika kandungan saya berada pada minggu ke 6 dan 7. Ketika pemeriksaan dibuat pada appointment itu, kandungan saya masih ‘selamat’ . Persoalan di sini, apakah tergugur kewajipan solat dan puasa saya serta ibadah-ibadah yang lain? Apakah kedudukan darah itu? Haid? Istihadhah?
Dalam masalah ini, penyelesaiannya adalah berdasarkan pandangan ulama’ yang mengatakan bahawa wanita mengandung yang mengalami pendarahan semasa hamil darahnya dikategorikan sebagai darah istihadhah selagi mana kandungannya masih selamat atau belum gugur. Maka, seseorang wanita itu wajib solat dan menunaikan ibadah-ibadah fardhu yang lain.
Nabi saw bersabda:

لا توطأ حامل حتى توضع ولا غير ذات حمل حتى تحيض حيضة
“Wanita tawanan perang yang dijadikan hamba dan hamil tidak boleh dijimak sehinggalah dia melahirkan anak. Tidak dijimak wanita tersebut yang tidak hamil sehinggalah dia berhaid dan habis haidnya.”
(Hr Abu Daud – 2157)
Hadis ini menunjukkan kepada wanita yang hamil tidak berhaid. Darah yang keluar ketika hamil adalah darah istihadhah.
2. Nabi saw bersabda yg ditujukan utk lelaki yang menceraikan isterinya ketika haid:
مره فليراجعها ثم ليطلقها طاهرا او حاملا
“Suruhlah dia rujuk semula dan ceraikan wanita itu dalam keadaan suci atau hamil.”
(Hr Muslim)
Hadis ini menunjukkan hukum hamil adalah sama dgn suci. Iaitu boleh dijatuhkan cerai. Ini menunjukkan darah yang keluar ketika hamil bukanlah darah haid.
Ini dikuatkan lagi dari segi perubatan moden. Dr Muhyiddin Kahalah pakar bedah dan pakar penyakit puan dan peranakan O&G menyatakan bahwa darah tersebut bukanlah darah haid.
Walaupun begitu, ada juga di kalangan ulama'-ulama' fiqh yang mu'tabar yang mengkategorikan pendarahan tersebut sebagai darah haid. Namun pendapat itu akhirnya diakui kurang tepat selepas kajian perubatan dibuat.
Adapun sebab-sebab darah keluar pada masa hamil adalah berdasarkan sebab-sebab berikut:
1. Darah keluar dari organ wanita hamil mungkin disebabkan kerana pecahnya kantung ovum yang berlaku ketika 2 minggu kandungan.
2. Darah keluar kerana ia merembeskan ovum di dinding rahim sehingga memberi kesan kepada dinding rahim yang menyebabkan pendarahan. Ini berlaku selepas 3 minggu kandungan.
3. Turun darah berterusan dari 3 hingga 9 minggu di awal kandungan dengan sebab janin tidak memenuhi ruang rahim.
4. Pendarahan berlaku dengan sebab berlaku radang leher rahim.
5. Pendarahan berlaku dengan sebab pendagingan di leher rahim.
6. Luka pada uri janin yg menyebabkan pendarahan.
7. Kanser.
8. Pendarahan berlaku apabila kandungan tabung uji dan rahim menjadi kosong.
Kesimpulannya:
Sebagaimana wanita istihadhah yang lain, wanita yang mengalami pendarahan ketika hamil (kandungannya masih selamat), perlulah menyucikan diri terutamanya sebelum menunaikan ibadah solat dan memakai tuala wanita yang bersih. Seandainya darah terus menerus keluar sepanjang wanita itu solat, ianya adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan ianya adalah perkara yang dimaafkan. Seandainya berada di Bulan Ramadhan, maka wanita itu perlu menunaikan ibadah berpuasa (selagi mana tidak memudharatkan diri dan kandungan) sebagaimana wanita-wanita istihadhah yang lain. Wallahua’lam. :)
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
17 ulasan:
Salam..
Thanks.
Ilmu yang berguna.
akum.sy baru ja mlalui pngalaman itu.bleeding 10hr.doktor sahkan gugur.kna cuci.tp kali ni(2nd time)sy mmilih utk mmbuat rwtn secara allopaty.smoga sglanya ok.gugur kali ni mggkin ksn drpt D&C ramadhan thn lps.
Boleh saya tau, pengalaman puan keguguran tu, tahap pendarahan tu macamana? Byk atau sikit? Ada rs sakit atau tidak?
Terima kaseh..ilmu Yang amat2 berguna...
Sucikn diri tu mksudnya mandi wajib ke?
Aah.. Bersihkn darah atau Mandi wajib. Saya skrg Tgh kuar darah. Baru dlm 5 mggu pregnant. Saya x pasti kandungan Saya Selamat ke x. Sbb Saya dh Mkn ubat utk kuatkan rahim tu. Tp still kuar darah. Subuh tadi Saya solat je. Zohor ni darah Agak Byk dari smlm.
Saya Kena Mandi wajib ke
Tk peelu mandi wajib sb tu bknndarah haid atau nifas. Bersihkan shj n solat
Mcm mna dgn kandungan skrg...kandungan masih selamat atau dh gugur??sb sy pn alami pkra yg sama...skrg sy pregnant 5 mggu dn pgalami pndarahan dh 2 hr tp x byk...sb tu sy nk tau keadaan kandungan puan skrg....
Saya pendarahan minggu ke 8 darah still bnyak ..sy confiuss keguguran atau pun tidak..perlu ke sy check pregnancy semula
Saya Sekarang baru preg 5 minggu..Darah dah keluar 4 hari..mula² sikit tapi sekarang banyak la jugak walaupun tak penuh pad..Kadang² sakit mcm senggugut on & off..Doc pun dah bagi ubat kuat rahim..Risau sangat:(
Skrg saya mengalami pendarahan namun tidak serius...masalahnya skrg denyutan jantung bayi saya tidak dpat dikesan...adakah bayi saya dalam keadaan selamat?usia kehamilan saya kira² 10 muggu...
Sy telah disahkn missed misscarriage..kantung kosong. Doc bg masa 2 minggu utk ia keluar sendiri..sekrg sy mengalami pendarahan yg tdk byk..mcmane dgn solat sy. Boleh atau tdk sy mengerjakan solat. Mohon pencerahan
Terima kasih puan berkongsi pengalaman.. ♥
Macam mna kandungan itu sekarang puan? Saya risau mngalami situasi yg sama
saya mengalami bleeding bila kandungan masuk 7 minggu. sudah scan tapi nampak kandungan tu.adakah ia masih kecil atau kantung sudah kecut sebab keluar darah tu. dah 2 hari bleeding.esok refer doktor pakar.
Sàya skrg sedang mengalami masalah ni..dah hmpir 10hr darah keluar mcm Kita period Hari ke 4-5..
Pi klinik doc ckp kantung masih Ada..sy kena Mandi wajib ke utk solat?
sebagai rujukan semua termasuk diri saya sendiri...saya mengandung 10 minggu.....darah turun dari minggu ke 6 tak berhenti....pergi check dekat klinik dr kata kantung ada...baby kecik lg so x blh nak dengar denyutan jantung lagi.....tapi tak sedap hati saya cuba pergi hospital swasta...dr check kata memang ada kantung tapi kosong...baby dah tak ada...denyutan jantung pun tak ada..... akhirnya esok saya terpaksa buat DNC untuk keluarkan kantung tu..... pasal solat tu....tu sebenarnya darah istihadah....wajib kena solat dan tak perlu mandi wajib...
Catat Ulasan