Sabtu, 26 September 2009

Seronoknya Berhari Raya

0 ulasan



















Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

MAHAR, MAHAR, MAHAL....

1 ulasan
Perkahwinan adalah satu ikatan yang suci. Cuti 'Idilfitri ini ada yang mengambil peluang melangsungkan majlis walimah memandangkan ramai sanak-saudara yang pulang berhari raya di kampung. Malah ada juga yang mula mengikat tali pertunangan.
Bercakap mengenai pertunangan, semestinya menentukan mas kahwin/ mahar menjadi perbinangan. Rata-rata masyarakat hari ini merasa bangga dengan ketinggian nilai mahar ke atas anak gadis mereka. Nilainya kadang-kadang bergantung kepada tahap akademik anak gadis mereka. Katanya perlu setimpal dengan kos tanggungan ketika menyara mereka. Anak emas juga akan sedikit lagi dinaikkan nilai maharnya. Sekiranya lengkap pakage cantik, pandai, berpangkat dan kerjaya yang agak berprestij, lagi tinggi nilainya. Saya mengakui bahawa mahar adalah hak seorang perempuan. Meletakkan nilainya tidak salah, tetapi biarlah berpada-pada. Lihatlah kepada kemampuan bakal suami. Rata-rata kaum lelaki (bakal suami) terpaksa membuat pinjaman bank untuk menanggung kos perkahwinan. Bukan sahaja membayar maharnya, malah perlu mengambil kira kos majlis perkahwinan dan kos untuk memulakan alam rumahtangga baru. Nilainya kesemuanya mencapai puluhan ribu. Semuanya perlu diambil kira.
Jangan sampai majlis gilang gemilang...tetapi beban hutang ditanggung sehingga 'mati'. Berfikirlah tentang keberkatan rumah tangga. Jangan sampai dicemari dengan palitan dosa yang disengajakan hanya untuk menunjukkan kemegahan dan kemewahan yang tidak ke mana juga akhirnya.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Rabu, 9 September 2009

Dan Engkaulah...

1 ulasan
Seluruh kampung riuh rendah. Kambing-kambing Pak Imam dipotong janggutnya! Seluruh kampung riuh rendah. Durian di dusun atas bukit, semuanya luruh walaupun belum masak Seluruh kampung riuh rendah lagi. Ada budak cuba letupkan kereta! Hari itu nasib kurang baik kerana bukan kereta yang melewati jalan itu, tetapi dua buah motorsikal polis yang sedang bertugas menjaga kampung sedang membuat shift. Apalagi, budak-budak itu dikejar! Apapun, semua orang kampung tahu, ini memang kerja budak nakal kampung. Siapa lagi kalau bukan Jo and the geng. Bukan setakat di kampung, malah turut menjadi hero di sekolah. Pun begitu, sekolah tak pernah ponteng. Menjadi murid kesayangan guru-guru kerana rajin membantu guru-guru.

Satu hari di perhimpunan sekolah. Pada pagi itu sepatutnya diadakan majlis perlantikan pengawas-pengawas baru. Jo juga terpilih. Tetapi keadaan menjadi kelam kabut apabila belum lagi majlis dimulakan, sekumpulan lebah terbang menghampiri kelompok pelajar dan guru. Apalagi, semua murid dan guru bertempiaran lari menyelamatkan diri, takut disengat. Mesti ada orang yang menjolok sarangnya...! Terdetik hati Guru Disiplin Sekolah. Setelah disiasat, Jo didapati bersalah. Pencalonan sebagai pengawas disiplin sekolah ditarik balik.

Walaupun Jo adalah hero, tapi Jo dikatakan sebagai Jaguh Kampung sahaja. Apabila berada di kelompok kawan-kawan di asrama di pekan ketika di tingkatan empat, nama Jo mula dilupai. Dia sudah tidak menonjol seperti dulu. Syakhsiyyahnya juga bertambah baik. Nama Jo sudah dipadamkan daripada ingatan sesiapa. Yang dikenali hanyalah Hilmi. Belajar di pekan barulah membuka mindanya menjadi seorang pelajar yang rajin dan berhemah. 2 tahun di SMKA, 3 tahun di Maahad Tahfiz. Semuanya menjadikannya lebih matang. Cita-cita dan impian ke bumi al-Hikmah Yemen menjadi kenyataan. 5 tahun di sana dihabiskan dengan menuntut ilmu dan pengalaman. Jamiah Al-Eman, Jamiah El-Yemeniyyah dan Jamiah Sanaa’ menjadi pilihan. Setelah 5 tahun di perantauan, pulang ke Malaysia menyambung pengajian dalam bidang al-hadith di Jambi, Indonesia. Mendapat segulung Ijazah menjadikan Hilmi sebagai ustaz yang disegani. Bukan itu sebagai ukuran, tetapi itulah pandangan masyarakat.

Bekerja sebagai guru masih membuka ruang untuknya menuntut ilmu. USM menjadi destinasi pengajian pilihannya. Syu’bah al-hadith, ingin terus diterokai. 2 tahun setengah bergelumang dengan buku-buku. Bekerja sambil belajar dari Maktab Mahmud Kota Kuala Muda ke USM, Penang, bagi mereka yang lain, bukanlah satu jarak yang jauh. Tapi baginya, berulang alik dengan bas sesudah jam 1.30 tengahari (pulang dari sekolah), agak jauh. Jam 3 kelas bermula. Dari Kota Kuala Muda menaiki bas ke Jeti feri. Dari Jeti, menaiki feri menuju ke pulau. Menunggu bas ke kampus USM yang bukan dekat. Setelah tiba di pintu masuk USM, untuk ke fakulti kemanusiaan, kaki menjadi saksi setiap langkahnya. Sesekali ada ihsan sahabat yang lalu memberi tumpang. Begitulah halnya ketika pulang. Sesekali, ketika mata dibuai kantuk, terlajak dari stesen yang mahu dituju. Walau sukar perjalanan itu, alah bisa tegal biasa. Peluang itu tidak disia-siakan. Setiap detik perjalanan itu dihabiskan dengan menelaah di dalam bas dan feri. Banyak manfaat yang diperolehinya.

Akibat tanggungan keluarga yang masih ramai, kereta hanya dapat dibeli setelah hampir 2 tahun bekerja. Alhamdulillah, sepanjang menulis tesis, sudah ada trnsport untuk berulang-alik ke perpustakaan universiti atau perpustakaan negeri mencari bahan.

Jika difikirkan keadaan di atas, seolah-olah berada di zaman 80-an. Masih adakah insan yang sesukar itu? Apalagi untuk menuntut ilmu.

Dan kini, alhamdulillah, kejayaan sudah dikecapi setelah bersusah payah hampir 3 tahun.. Namun, cita-cita ke peringkat yang lebih tinggi tetap menjadi impian. Moga ada sinar untuknya. Bukan untuk mendabik dada, tetapi menyahut seruan agar terus mencari ilmu sehingga ke liang lahad. Engkaulah idolaku..engkaulah teladanku..dan engkaulah... SUAMIKU.



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Selasa, 8 September 2009

0 ulasan
Memahami Hukum Pendarahan Di Awal Kandungan
Saya di transfer ke Hospital Seberang Jaya dari Hospital Kepala Batas kerana mengalami pendarahan di awal kehamilan. Doktor tidak dapat mengesahkan sama ada kandungan 6 minggu saya selamat mahupun sebaliknya. Ia masih terlalu awal.
Malam itu, saya di tahan di wad. Keesokan paginya, ketika azan berkumandang, saya bangun untuk menunaikan solat Subuh. Memandangkan saya tidak mengalami sebarang kesakitan, saya yakin saya masih berupaya menunaikannya dengan sempurna.
”Nurse, surau di mana?”
”Eh, puan nak solat ke? Mana boleh solat sebab berlaku pendarahan. Puasa pun tak boleh ni,” terang nurse yang bertugas.
Saya mengerutkan dahi. Aik, betul ke ni? Setahu saya, saya belum disahkan keguguran lagi. Bukankah ini dikira sebagai istihadhah?
Ketika itu, saya lihat, semua pesakit yang berada di wad itu masih lena dibuai mimpi. Tak solat ke? Andai sakit sekalipun, bukankah ada rukhsoh solatnya. Solat tetap kene solat.
Saya mendail hp ke no. Kanda. Barulah lega. Cepat-cepat saya berwudhu’ dan seorang nurse yang lain menunjukkan arah surau tanpa dipinta.
”Terima kasih” saya melemparkan senyuman.

Darah yang keluar sebenarnya bukanlah darah nifas mahupun haid. Ia adalah darah fasid/ darah istihadhah kerana saya belum lagi disahkan keguguran. Secara mudahnya, ia adalah darah penyakit. Saya masih perlu menunaikan ibadah solat, puasa dan lain-lain ibadah yang ditaklifkan dengan sempurna.

Berkenaan darah yang keluar akibat keguguran sekalipun, ulama’ berbeza pandangan. Sekiranya belum melepasi 40 hari, ia bukanlah darah nifas, tetapi darah yang fasid. Perlu meneruskan ibadah solat, puasa dan lain-lain ibadah seperti biasa. Sekiranya telah melepasi tempoh 40 hari, barulah dikira sebagai darah nifas. Dengan kata lain, pada usia 40 hari itu sudah terbentuk ciri-ciri sebagai manusia yang terpelihara darahnya (ma’shumud dam). Dalilnya adalah sebagaimana berikut:
“Jika nutfah (zigot) telah melewati empat puluh dua malam [dalam riwayat lain ; empat puluh malam], maka Allah mengutus seorang malaikat padanya, lalu dia membentuk nutfah tersebut; dia membuat pendengarannya, penglihatannya, kulitnya, dagingnya, dan tulang belulangnya. Lalu malaikat itu bertanya (kepada Allah),’Ya Tuhanku, apakah dia (akan Engkau tetapkan) menjadi laki-laki atau perempuan ?’ Maka Allah kemudian memberi keputusan…” (HR. Muslim, dari Ibnu Mas’ud RA).
Wallahua’lam.







Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Jumaat, 4 September 2009

0 ulasan

Malukah Kita Membaca al-Quran di Khalayak?



Hari ini sudah masuk hari ke 15 kita berpuasa. Tak sedar rupanya sudah separuh bulan puasa berlalu. Hanya tinggal separuh lagi untuk mengejar keistimewaan di bulan ini. Bercakap tentang keistimewaan ini, 17 Ramadhan adalah tarikh al-Quran diturunkan. Setakat manakah penghayatan kita sebagai umat Islam? Kalau tidak berakap tentang penghayatan, cukuplah soalan tentang sebanyak manakah kita membaa al-Quran di bulan yang sangat dimuliakan oleh Allah ini?

Teringat saya tentang suasana sambutan bulan puasa di negera arab. Kalau di negara kita, orang membaca al-Quran di masjid, surau mahupun di rumah. Jarang sekali kita melihat ada orang membacanya di stesen bas, pejabat pos ataupun mana-mana tempat awam walaupun ianya di bulan puasa. Tetapi lain halnya di negara arab. Ketika saya menunggu dan menaiki bas untuk ke kuliah banat di jamiah al-azhar di hayyu sabie’, saya menyimpan al-Quran di dalam beg. Kononnya malu untuk membacanya di khalayak. Tetapi, alangkah malunya selepas saya melihat seorang tukang sapu perbandaran (seperti pekerja majlis perbandaran kita) dengan baju yang agak comot dan tidak terurus, naik ke atas bas, terus membuka al-Qurannya yang agak lusuh (hampir terlerai helaian-helaiannya), lalu membacanya dengan khusyuk. Memandangkan bas seperti sardin (padat), dia tidak segan-segan untuk membacanya dalam keadaan berdiri. Khusyu’ membacanya seolah-olah tiada siapa di dalam bas itu. Pemandangan ketika itu sungguh cantik! Hampir separuh daripada penumpang di dalam bas itu membaca al-Quran. Bas juga memakmurkan bulan yang mulia itu dengan membuka kaset bacaan al-Quran daripada Imam Jibrail dari Masjid al-Amru bin al-Asr. Bilakah suasana seperti itu akan kembali saya lalui, tetapi bukan di sana, tetapi di tanah airku ini?



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO