Sabtu, 26 September 2009

MAHAR, MAHAR, MAHAL....


Perkahwinan adalah satu ikatan yang suci. Cuti 'Idilfitri ini ada yang mengambil peluang melangsungkan majlis walimah memandangkan ramai sanak-saudara yang pulang berhari raya di kampung. Malah ada juga yang mula mengikat tali pertunangan.
Bercakap mengenai pertunangan, semestinya menentukan mas kahwin/ mahar menjadi perbinangan. Rata-rata masyarakat hari ini merasa bangga dengan ketinggian nilai mahar ke atas anak gadis mereka. Nilainya kadang-kadang bergantung kepada tahap akademik anak gadis mereka. Katanya perlu setimpal dengan kos tanggungan ketika menyara mereka. Anak emas juga akan sedikit lagi dinaikkan nilai maharnya. Sekiranya lengkap pakage cantik, pandai, berpangkat dan kerjaya yang agak berprestij, lagi tinggi nilainya. Saya mengakui bahawa mahar adalah hak seorang perempuan. Meletakkan nilainya tidak salah, tetapi biarlah berpada-pada. Lihatlah kepada kemampuan bakal suami. Rata-rata kaum lelaki (bakal suami) terpaksa membuat pinjaman bank untuk menanggung kos perkahwinan. Bukan sahaja membayar maharnya, malah perlu mengambil kira kos majlis perkahwinan dan kos untuk memulakan alam rumahtangga baru. Nilainya kesemuanya mencapai puluhan ribu. Semuanya perlu diambil kira.
Jangan sampai majlis gilang gemilang...tetapi beban hutang ditanggung sehingga 'mati'. Berfikirlah tentang keberkatan rumah tangga. Jangan sampai dicemari dengan palitan dosa yang disengajakan hanya untuk menunjukkan kemegahan dan kemewahan yang tidak ke mana juga akhirnya.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

1 ulasan:

Abu Mus'ab berkata...

Assalamalaikum wbrth!

Abg teringat sebuah hadith Nabi SAW:

أخبرنا ابن خزيمة ، قال : حدثنا أبو عمار ، قال : حدثنا الفضل بن موسى ، عن رجاء بن الحارث ، عن مجاهد ، عن ابن عباس قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : خيرهن أيسرهن صداقا

Hadith ini menjelaskan wanita yg paling baik ialah yg paling rendah maharnya. Riwayat yg pula menyatakan wanita yg tinggi keberkatannya ialah yg paling rendah maharnya. Hadith ini Hasan riwayat Ibn Hibban dlm Sahihnya.

Renung-renungkanlah.

Buat isteriku...engkau yg terbaik :)

Catat Ulasan