Malukah Kita Membaca al-Quran di Khalayak?
Hari ini sudah masuk hari ke 15 kita berpuasa. Tak sedar rupanya sudah separuh bulan puasa berlalu. Hanya tinggal separuh lagi untuk mengejar keistimewaan di bulan ini. Bercakap tentang keistimewaan ini, 17 Ramadhan adalah tarikh al-Quran diturunkan. Setakat manakah penghayatan kita sebagai umat Islam? Kalau tidak berakap tentang penghayatan, cukuplah soalan tentang sebanyak manakah kita membaa al-Quran di bulan yang sangat dimuliakan oleh Allah ini?
Teringat saya tentang suasana sambutan bulan puasa di negera arab. Kalau di negara kita, orang membaca al-Quran di masjid, surau mahupun di rumah. Jarang sekali kita melihat ada orang membacanya di stesen bas, pejabat pos ataupun mana-mana tempat awam walaupun ianya di bulan puasa. Tetapi lain halnya di negara arab. Ketika saya menunggu dan menaiki bas untuk ke kuliah banat di jamiah al-azhar di hayyu sabie’, saya menyimpan al-Quran di dalam beg. Kononnya malu untuk membacanya di khalayak. Tetapi, alangkah malunya selepas saya melihat seorang tukang sapu perbandaran (seperti pekerja majlis perbandaran kita) dengan baju yang agak comot dan tidak terurus, naik ke atas bas, terus membuka al-Qurannya yang agak lusuh (hampir terlerai helaian-helaiannya), lalu membacanya dengan khusyuk. Memandangkan bas seperti sardin (padat), dia tidak segan-segan untuk membacanya dalam keadaan berdiri. Khusyu’ membacanya seolah-olah tiada siapa di dalam bas itu. Pemandangan ketika itu sungguh cantik! Hampir separuh daripada penumpang di dalam bas itu membaca al-Quran. Bas juga memakmurkan bulan yang mulia itu dengan membuka kaset bacaan al-Quran daripada Imam Jibrail dari Masjid al-Amru bin al-Asr. Bilakah suasana seperti itu akan kembali saya lalui, tetapi bukan di sana, tetapi di tanah airku ini?
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
0 ulasan:
Catat Ulasan