Rabu, 9 September 2009

Dan Engkaulah...


Seluruh kampung riuh rendah. Kambing-kambing Pak Imam dipotong janggutnya! Seluruh kampung riuh rendah. Durian di dusun atas bukit, semuanya luruh walaupun belum masak Seluruh kampung riuh rendah lagi. Ada budak cuba letupkan kereta! Hari itu nasib kurang baik kerana bukan kereta yang melewati jalan itu, tetapi dua buah motorsikal polis yang sedang bertugas menjaga kampung sedang membuat shift. Apalagi, budak-budak itu dikejar! Apapun, semua orang kampung tahu, ini memang kerja budak nakal kampung. Siapa lagi kalau bukan Jo and the geng. Bukan setakat di kampung, malah turut menjadi hero di sekolah. Pun begitu, sekolah tak pernah ponteng. Menjadi murid kesayangan guru-guru kerana rajin membantu guru-guru.

Satu hari di perhimpunan sekolah. Pada pagi itu sepatutnya diadakan majlis perlantikan pengawas-pengawas baru. Jo juga terpilih. Tetapi keadaan menjadi kelam kabut apabila belum lagi majlis dimulakan, sekumpulan lebah terbang menghampiri kelompok pelajar dan guru. Apalagi, semua murid dan guru bertempiaran lari menyelamatkan diri, takut disengat. Mesti ada orang yang menjolok sarangnya...! Terdetik hati Guru Disiplin Sekolah. Setelah disiasat, Jo didapati bersalah. Pencalonan sebagai pengawas disiplin sekolah ditarik balik.

Walaupun Jo adalah hero, tapi Jo dikatakan sebagai Jaguh Kampung sahaja. Apabila berada di kelompok kawan-kawan di asrama di pekan ketika di tingkatan empat, nama Jo mula dilupai. Dia sudah tidak menonjol seperti dulu. Syakhsiyyahnya juga bertambah baik. Nama Jo sudah dipadamkan daripada ingatan sesiapa. Yang dikenali hanyalah Hilmi. Belajar di pekan barulah membuka mindanya menjadi seorang pelajar yang rajin dan berhemah. 2 tahun di SMKA, 3 tahun di Maahad Tahfiz. Semuanya menjadikannya lebih matang. Cita-cita dan impian ke bumi al-Hikmah Yemen menjadi kenyataan. 5 tahun di sana dihabiskan dengan menuntut ilmu dan pengalaman. Jamiah Al-Eman, Jamiah El-Yemeniyyah dan Jamiah Sanaa’ menjadi pilihan. Setelah 5 tahun di perantauan, pulang ke Malaysia menyambung pengajian dalam bidang al-hadith di Jambi, Indonesia. Mendapat segulung Ijazah menjadikan Hilmi sebagai ustaz yang disegani. Bukan itu sebagai ukuran, tetapi itulah pandangan masyarakat.

Bekerja sebagai guru masih membuka ruang untuknya menuntut ilmu. USM menjadi destinasi pengajian pilihannya. Syu’bah al-hadith, ingin terus diterokai. 2 tahun setengah bergelumang dengan buku-buku. Bekerja sambil belajar dari Maktab Mahmud Kota Kuala Muda ke USM, Penang, bagi mereka yang lain, bukanlah satu jarak yang jauh. Tapi baginya, berulang alik dengan bas sesudah jam 1.30 tengahari (pulang dari sekolah), agak jauh. Jam 3 kelas bermula. Dari Kota Kuala Muda menaiki bas ke Jeti feri. Dari Jeti, menaiki feri menuju ke pulau. Menunggu bas ke kampus USM yang bukan dekat. Setelah tiba di pintu masuk USM, untuk ke fakulti kemanusiaan, kaki menjadi saksi setiap langkahnya. Sesekali ada ihsan sahabat yang lalu memberi tumpang. Begitulah halnya ketika pulang. Sesekali, ketika mata dibuai kantuk, terlajak dari stesen yang mahu dituju. Walau sukar perjalanan itu, alah bisa tegal biasa. Peluang itu tidak disia-siakan. Setiap detik perjalanan itu dihabiskan dengan menelaah di dalam bas dan feri. Banyak manfaat yang diperolehinya.

Akibat tanggungan keluarga yang masih ramai, kereta hanya dapat dibeli setelah hampir 2 tahun bekerja. Alhamdulillah, sepanjang menulis tesis, sudah ada trnsport untuk berulang-alik ke perpustakaan universiti atau perpustakaan negeri mencari bahan.

Jika difikirkan keadaan di atas, seolah-olah berada di zaman 80-an. Masih adakah insan yang sesukar itu? Apalagi untuk menuntut ilmu.

Dan kini, alhamdulillah, kejayaan sudah dikecapi setelah bersusah payah hampir 3 tahun.. Namun, cita-cita ke peringkat yang lebih tinggi tetap menjadi impian. Moga ada sinar untuknya. Bukan untuk mendabik dada, tetapi menyahut seruan agar terus mencari ilmu sehingga ke liang lahad. Engkaulah idolaku..engkaulah teladanku..dan engkaulah... SUAMIKU.



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

1 ulasan:

Abu Mus'ab berkata...

Assalamualaikum wbrth!
Ish, ish, ish! sapa la jo nih...erm, joe kot, bukan jo...rasa-rasanya joe la. Erm, saya pun tahu byk gak kisah ttg joe nih, byk lg yg tak disebut di sini. Apa pun joe nih mmg nakal dulu, cukup nakal, tapi setahu saya, joe nih yg jd org yg baik sekarang, baik sgt dgn tok imam yg dia n the gang pi curi durian tok imam dulu, pecahkan radio dan campak bateri radio dlm pondok tunggu durian tok imam atas bukit. td pun joe dia jumpa tok imam, mkn sama-sama....yg best lg, tok imam la nih jd anak murid dia..:)

Yg kambing tu....kena wat pembetulan, bukan kambing tok imam, tp kambing org lain yg sedang meragut di bendang yg dibiarkan....joe n the gang kejar kambing2 jantan....joe stunt atas kambing....anak2 buah joe stunt plak atas joe...pakat bertindihan....kambing senak peruk kene tindih lalu mengembek...mmbeeekk...mmebeeekk...lalu joe mengeluarkan pisau sekupang lantas mengerat janggut kambing sampai pendek....pastu kambing tu pun dibiarkan melarikan diri sambil menyumpah seranah joe n the gang kerana melihat dirinya yg kurang warak setelah janggutnya dipotong....tp, joe dah menyesal sekarang nih, sbb tu janggut joe pun panjang dah, tebus balik janggut kambing dulu...

tu tak masuk bab mandi dekat kolam takungan air utk kolam udang yap di kampungnya...cerita nih sgt menarik terutamanya bab seluar plastik kuning (hnya mrk2 yg tahu shj mengetahuinya)...tetiba je muncul yap (digelar yap ah loi)lalu lintang pukang kami keluar dari kolam tersebut termasuk si seluar plastik kuning td.

dlm bulan posa jer...xyah citer la betapa ligat dan 'nakalnya' si joe nih....tp dia mg pandai cover la....satu mlm tuh...dia pi surau utk solat terawih..nakal2 si joe ni, baguih gak dia kan...:) org2 surau dok bising dan marah2 sbb budak2 kmpung buat bising dgn main mercun dkt surau...ganggu org berjemaah...joe nak main mercun, tp nak solat berjemaah gak...joe pun dpt akal....mlm esoknya joe bawa mercun, siangnya joe dah menyiapkan sumbu mercun dr sabut kelapa yg dipintal2 dah dijadikan sebagai timer....lalu sabut td disambung dgn sumbu mercun yg besar, panjang pintalan sabut kelapa di set timer dia lebih kurang 15 minit, setengah jam dan sejam utk meletup bila dicucuh. joe pun senyap2 pergi ke kawasan perkuburan, diletaknya mercun besar td di atas kubur lalu dicucuh pd pintalan sabut kelapa yg telah disambung kpd mercun td, lalu membakarnya....meletakkan mercun lagi di celah batu nisan dan bawah pokok cempedak di kawasan kubur tersebut (mungkin terkejut mayat2 dlm kubur tu)....kemudian joe pun kembali ke surau, mengambil wuduk lalu berjemaah dgn makmun yg lain....waktu mrk berjemaah, terdengar letupan mercun yg kuat di tepi surau...tepat lg di tanah perkuburan....selang 15 minit meletup lg dan sejam kemudian bergegar lagi letupan mercun tersebut yg menyebabkan makmum2 td kebanyakan melatah dan terkejut ketika sedang khusyuk bersolat.....usai ja solat...joe duduk di surau mendengar org jemaah td bersembang dan bersungut dan memarahi budak2 kampung yg tak ingat nak mai surau, asyik main mercun mengganggu jemaah yg sedang berterawih...joe hanya tersenyum....:)

juga bulan posa...joe kurang duit utk membeli minyak tanah buat menyalakan pelita di rumahnya....slps solat terawih...joe berjalan2 dgn gang dia....sambil membawa botol...joe melawat rumah2 yg ada pelita....tanpa memadamkan api sumbu pelita tersebut....joe menuang sebahagia shj minyak tanah dari pelita tersebut ke botol yg di bawanya....lewat mlm....pelita2 di rumah joe terang benderang menyinari gelap malam.....heheh...dahsyat kau joe....

nanti saya cuba ingat balik kisah si joe member baik saya.....saya citer lg...ok....heheheh

Catat Ulasan