Ahad, 24 Januari 2010

Aktiviti Kitar Semula Lubna dan Mama


AHAD, 24 Januari 2010
Saya dan Lubna menghabiskan cuti hujung minggu di rumah. Baba Lubna bekerja hari ini. Ikut waktu bekerja negeri Kedah. Seperti biasa sebelum Lubna bangun, saya gorengkan nasi goreng udang untuk sarapan. Lubna memang suka udang. Laptop dibuka. Niat di hati mahu mengupdatekan blog yang sudah lama dianaktirikan. Maklumlah, sesi persekolahan baru bermula. Banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Saya bercadang untuk melupakan aktiviti tempat kerja. Hari Ahad, hari bersama Lubna. Saya memikirkan sesuatu untuk dilakukan bersama si kecil saya. Teringat dengan bekas dan botol-botol plastic di dalam stor. Lubna boleh membantu mama kali ni. Saya terfikir sendiri.

Setelah Lubna bangun, mandi dan makan pagi, saya memulakan aktiviti. Saya tahu, Lubna pasti mengekori. Benar tekaan saya. Ketika saya mula mengumpul botol-botol plastic yang berada di dalam stor, Lubna menghampiri. “Apa ni?” Tanya Lubna lagi.

Ni botol lah sayang. Lubna tolong mama yer.” Lubna tersenyum. Tanpa disuruh, Dia mula mengangkat botol yang saya letakkan di dalam plastic. Lubna membawa keluar dari stor. Lubna berjalan ke arah tong sampah.
Nak pergi mana tu? Sayang bawa pi ke ruang tamu yer. Nanti senang baba nak bawa masuk dalam kereta.” Saya bersuara kerana saya tahu Lubna mahu membuang botol-botol itu ke dalam tong sampah di dapur. Barangkali Lubna ingat botol-botol itu adalah sampah yang mama nak buang.
Botol ni nak recyle. Jom ikut mama..” Saya membawa dua plastik botol lagi . Lubna pula mengikuti saya sambil mengheret beg plastic yang berisi hanya dua tiga botol yang kosong. Di ruang tamu, saya menyusun dan memasukkan ke dalam kotak yang lebih besar. Hasil kutipan tidaklah banyak, tetapi cukuplah untuk dibawa ke tempat recycle.


Sebenarnya ini adalah antara langkah-langkah yang kita semua boleh lakukan untuk membantu memelihara alam sekitar. Plastik adalah bahan yang boleh mennyebabkan pencemaran. Penggunaan semula botol plastik atau beg plastik akan menjimatkan penggunaan sumber tambahan bagi pembuatan produk baru. Kajian bagi ‘Environmental Protection Agency’ Amerika Syarikat yang dijalankan bersama oleh Konsultan ICF, Konsultan Owen-illinous dan University of Florida menunjukkan bahawa kitar semula atau penggunaan semula satu tan plastik akan menjimatkan penggunaan tenaga sebanyak 51 hingga 56 juta Btu (satu juta Btu bersamaan dengan tenaga yang boleh dihasilkan oleh lapan gallons gasoline). Aha, apa lagi, jom sama-sama kita sumbangkan sesuatu pada alam sekitar! :)

Lubna gembira dan teruja melihat botol-botol yang banyak. “Anyaknye botoi..!” (Anakandaku memang anak jati Kedah betul :) )
Ok, nanti kita ajak baba bawa ke tempat kitar semula kay..”

*Tak dapat nak letakkan gambar Lubna menolong mama kumpulkan botol-botol tu. Memory card tak dapat didetect pada komputer.



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

1 ulasan:

AbuL FaRuQ berkata...

Lubna boleh jadi guru PALAS la nanti... blh cari duit utk bantu org susah

Catat Ulasan