Ahad, 17 Januari 2010

Giant Lubna ;)




Kesian saya melihat Lubna sejak akhir-akhir ini. Celik sahaja mata dari tidur, “Mama, Na nak pi Giant” Rengek Lubna. Saya memujuk Lubna. “Giant lum bukak lagi lah sayang. Giant tutup.” Kelihatan wajahnya hampa. Dia mengajuk saya dengan pelatnya “Giant tutup.” Barangkali untuk menyedapkan hatinya sendiri. Pernah suatu hari, ketika sedang leka bermain, Lubna tiba-tiba berlari ke arah tong sampah.“Giant!” Kata Lubna dengan nada gembira. Ada apa? Saya berfikir sendirian. Saya meluru ke arah Lubna. Oh, rupa-rupanya ada botol air mineral Giant. Lubna memang cukup kenal dengan lambang Giant tu.

Bila berada dalam kereta, Lubna akan perasan mana-mana papan iklan Giant yang ada di tepi jalan. Melintasi sahaja papan iklan tersebut, Lubna akan tersengih-sengih sampai jarinya menunjuk ke arah papan iklan tersebut. “Giant! Giant!” Kata Lubna dengan begitu teruja. Tapi satu hal yang akan berlanjutan selepas itu, dia akan merengek untuk ke Giant. “Na nak pi Giant… Na nak pi giant..mama..baba..” Lubna akan terus merengek. Sebab itulah, bila saya perasan ada papan iklan Giant, cepat-cepat saya cuba mengalihkan tumpuan Lubna. Saya cuba bercakap-cakap dengan Lubna, sambil membacakan buku yang dibawa.

Saya faham situasi Lubna. Di rumah, Lubna hanya bermain dengan Baby Bah. Baby Bah Lubna pula bukanlah baby yang real. Cuma anak patung permainannya. Hanya itu yang menjadi teman Lubna bermain. Saya jarang membiarkan Lubna bermain di luar rumah kerana rumah yang kami diami sekarang tidak berpagar. Tambahan pula hanya 15 meter ke jalan raya. Bahaya mengundang jika terleka.

Gambar hiasan


Dalam hal ini, Giant yang dimaksudkan Lubna bukanlah tempat untuk shopping. Tapi tempat untuk bermain di playland yang disediakan di situ. Lubna akan bermain sepuas-puasnya bersama anak-anak kecil yang lain. Lubna akan terjerit-jerit kegembiraan. Penat bermain, sesekali kami jamu Lubna dengan Pizza Hut yang ada dijual di situ. Kami pula akan menunaikan solat maghrib di Giant Shopping Complex tersebut supaya Lubna dapat bermain dengan sepuas-puasnya.

Gegitulah kerenah anak kecil kami Lubna. Mama sekadar menukilkan kisah ringkas Lubna di blog ini sebagai catatan peribadi mama sepanjang membesarkan Lubna. Catatan masa lalu ini diharapkan dapat menjadi iktibar bagi melalui liku-liku perjalanan yang masih panjang. Semoga Lubna akan menjadi anak yang solehah. :)


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

5 ulasan:

Ummi Maryam berkata...

MasyaAllah, petahnya Lubna berkata2 ye, anak saya seusia dengan Lubna tapi masih belum boleh bercakap..lasak bukan main lagi..:)

Tanpa Nama berkata...

nmpknya mama kena carikan playground berhampiran, budak2 mmg suka bermain

Tanpa Nama berkata...

a ah.. cepat betul lubna dah boleh cakap. najiyya masih byk baby talk lagi

Mama Lubna berkata...

Mmg budak2 suka main. Dah dunia dia :) "Pergilah bermain sayang.."

AbuL FaRuQ berkata...

dahsyatttt penangan giant... hilya suka pi giant jugak sbb ada playland laa, abah hilya pun suka pi giant sbb ada ais krim murah hahahahaha

Catat Ulasan