Sabtu, 17 Oktober 2009

Majlis Pertunangan Ahmad Mawardi-Balqis



17hb Oktober 2009, berlangsungnya majlis pertunangan adik saya Ahmad Mawardi dan srikandi pilihannya Balqis. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Kedua-dua belah pihak bersetuju mempercepatkan majlis walimahnya. Namun, ibu bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang untuk menentukan tarikh dan hari yang sesuai.

Indahnya Islam apabila membincangkan topik perkahwinan. Seorang sahabat nabi s.a.w pernah menyatakan hasrat untuk bernikah tetapi tidak mempunyai wang dan harta yang banyak.



Lalu Nabi s.a.w bersabda:
اُنْظُرْ وَلَوْ خَاتَمًا مِنْ حَدِيد


Ya, nabi s.a.w tetap tidak menegah untuk para Sahabat meneruskan niat mendirikan ‘masjid’ walaupun 'miskin' hartanya. Malah Nabi s.a.w menyarankan agar diteruskan niat baik itu walaupun dengan hanya memberikan sebentuk cincin besi.


Jauh langit dengan bumi jika kita mahu dibandingkan dengan mentaliti masyrakat kita hari ini. Jika tiada cincin emas yang bertatahkan berlian, tiada duit hantaran dengan nilai tunai puluhan ribu, jangan dimimpi mahu meminang puteri impian. Memandang dengan sebelah mata pun mungkin dilarang. Apakah masyarakat kita hari ni sudah jauh dengan nilai-nilai Islam sebenar? Urusan perkahwinan menjadi beban kepada kepada pihak pengantin, tidak kira yang lelaki mahupun perempuan.

Namun, keluarga saya bersyukur dengan majlis peminangan kali ini. Ustaz Mohamad Sidiq memudahkan segala urusan peminangan puteri beliau sebagaimana yang dituntut oleh agama. Ini bukanlah bermakna hanya dengan memberikan sebentuk cincin besi, tetapi tidak dibebankan dengan nilai wang untuk dimegahkan dan majlis yang gilang gemilang untuk dipertontonkan. Alhamdulillah, semoga hajat mendirikan rumah tangga dipermudahkan sehingga ke akhirnya.

Tahniah buat Mawardi dan Balqis. Ingatlah satu pesanan, pertunangan bukan tiket untuk bebas melakukan sesuatu yang belum dihalalkan syariat. Ambillah peluang ini untuk melengkapkan diri dengan ilmu rumahtangga sebagai bekalan melangkah ke alam baru. :)




Rombongan lelaki menuju ke Seri Iskandar, Perak untuk menyunting bunga di taman :)


Barang hantaran sebagai hadiah dari pihak lelaki khas untuk bakal pengantin perempuan















Kita dah sampai di rumah Ustaz Mohamad Siddiq.


Acara kemuncak, menyarung cincin di jari, tanda ikatan pertunangan antara dua insan.


Balqis bergambar kenangan bersama ibu dan bakal ibu mertua.





Amboi, banyaknya hadiah daripada bakal pengantin perempuan. Menurut ibunya, hadiah daripada pihak perempuan turut disumbangkan oleh sahabat-sahabat surau dan usrah di taman itu. Apapun, terima kasih banyak-banyak lah ye :)


Lubna bergambar kenang-kenangan bersama baba di luar homestay yang disewa



Seronok Lubna dapat jumpa aki dan tokmi serta tok chik.



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

0 ulasan:

Catat Ulasan