Air sungai di Pengkalan Feri di Tungkal, Jambi keruh dan bertukar menjadi gelap. Cuaca pada pagi itu redup dan tidak seperti biasa. Rupa-rupanya, itu satu petanda satu bencana yang dahsyat berlaku. Tsunami melanda sehingga mengorbankan ratusan ribu penduduk.
Ketika itu saya berada di Telanaipura, Jambi, Sumatera. Sungguhpun tidak merasai gegaran tsunami, namun ianya menjadi pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Sms dari Malaysia bertubi-tubi diterima bertanyakan keadaan kami di Jambi. Alhamdulillah, kami selamat.
Selepas beberapa minggu kejadian, kami di Jambi menerima 17 pelajar Malaysia yang berada di tahun akhir di Acheh bagi menamatkan penulisan tesis tahun akhir mereka selepas tsunami kerana IAIN mereka telah roboh menyembah bumi. Cerita dahsyatnya peristiwa yang dialami pelajar Malaysia dan Indonesia di sana cukup menyanyat hati. Itu di tahun 2005.
Setelah hampir 4 tahun berlalu, kini Padang, Sumatera sekali lagi dilanda gempa yang dahsyat dan turut melibatkan pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di sana. Saya dapat merasai keperitan yang dialami.
Alhamdulillah, Malaysia masih dipelihara Allah sekalipun negara-negara di sekelilingnya mengalami bencana yang besar. Filiphina dilanda Ketsana, Vietnam juga dilanda ribut taufan, Indonesia dilanda gempa... hanya Malaysia yang dipelihara Allah. Banyakkan berdoa agar kita semua sentiasa dilindungiNya. Doakan juga semoga mereka yang ditimpa benana diberikan ketabahan dan kesabaran yang tinggi. Pasti ada hikmah disebalik segala yang berlaku.
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
1 ulasan:
Salam!
Pembetulan....kejadian tsunami tersebut berlaku pada 26 Disember 2004, bukan 2005 seperti yang disiarkan.
terima kasih.
Catat Ulasan