Lubna bacakan Yasin untuk adik ;)
5 Oktober 2009
Malam tu suamiku baru memulakan kuliah di Surau Kampung Sungai Emas setelah sekian lama ’bercuti’ di bulan Ramadhan. Mama Lubna dan Lubna berada di rumah kerana badan sudah berasa kurang sihat.
Jam 9.00 malam, sakit tak terkata sehingga menitiskan air mata. Benar-benar sakit kali ini! Malam tu juga, saya ditahan di wad. Doktor mengesahkan kandungan 11 minggu kali ini, gugur. Kami redha. Allah swt lebih menyayanginya. Lubna belum berkesempatan untuk menimang adik lagi. Terngiang-ngiang suara Lubna menyebut :
”Beby Bah...” (Itu nama sepupunya Adibah) Itulah kata-kata yang selalu terkeluar dari mulut mungil anak kesayanganku itu apabila ternampak mana-mana baby. Dia seolah-olah dah tak sabar nak dapat baby. Lubna akan mencium baby yang ada dihadapannya. Tak henti-henti. Hati Mama Lubna tersentuh.
Keesokan harinya, setelah selesai urusan di wad, saya dibenarkan pulang. Walaupun gugur, pantangnya seperti ibu bersalin juga. Sepanjang berpantang di rumah, segala kerja rumah yang biasa kulakukan, semuanya diuruskan oleh suamiku. Bermula daripada basuh baju, jemur baju, iron baju, memasak makanan untukku, semuanya diuruskan dengan baik oleh suamiku (kecuali lipat baju je ;). Ibarat seorang puteri raja. Semuanya disediakan. ”Terima kasih abang. Hanya Allah yang dapat memberikan ganjaran terhadap pengorbanan abang ni” :)
Hikmahnya di sebalik kesedihan ini, ramai sahabat-sahabat yang sekian lama tak berjumpa, datang berziarah ke rumah. Mereka turut sama berkongsi kesedihan yang kualami. Kini baru kutahu, masih ramai yang benar-benar menyanyangi dan berkongsi suka duka bersamaku. :)

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
2 ulasan:
قدر الله ما شاء وإنالله وإنا إليه راجعون
wadah,
izzah dapat rasa apa yg wadah rasa..
semua yg berlaku adalah rahsia Allah, kan..
DIA yg Maha Mengetahui, yg terbaik buat kita..
izzah doakan wadah dikurniakan penggantinya.. insyaAllah.. doakan buat izzah juga ye..
wadah boleh baca di sini pengalaman izzah yg hampir sama ngan wadah..
http://izzmarzuki.blogspot.com/2009/07/dua-tahun-berlalu_04.html
Catat Ulasan