Esok saya akan kembali bertugas setelah sekian lama ber'cuti'. Barulah teringat anak-anak di sekolah. Masih ramai yang tak hantar Folio Bahasa Arab. "Beraya" sakanlah anak-anak tu bila ustazah tak ada yer... Kerjapun boleh tangguh dulu.
Masuk kali ni, kene pulunlah sikit. Kena klip soalan exam PKSR II (alhamdulillah soalan dah siap), meeting pasal buku teks pun kene buat dalam masa terdekat, nak kemas kini data murid dalam borang SPBTG lagi, nak kene settlekan hadiah bagi pertandingan folio. Kesian anak-anak duk menunggu 'habuan' mereka hasil kerja keras siapkan folio tu.
Rajin betul anak mama ni baca buku. Aha, rasanya tu kitab baba! :)
Baju-baju saya dan suami pun semua dah siap diiron untuk minggu ni. Bersemangat nak memulakan tugas mengajar dan muraaja'ah dengan anak-anak. Exam dah tak lama lagi. Walaubagaimanapun, saya tak menekan anak-anak saya di sekolah belajar berorientasikan peperiksaan. Yang penting mereka minat subjek yang diajar, dan memahami. Lebih bagus kalau dapat menghayatinya.
Teringat saya tentang sebuah hadith Rasulullah s.a.w.
Dari Abu Hurairah bahawa Nabi s.a.w telah bersabda:
" مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِس فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّه لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّة "
“Sesiapa yang keluar menuntut ilmu maka Allah akan mempermudahkan untuknya jalan menuju ke Syurga.”
Dalam konteks pendidikan di sekolah, kadang-kadang anak-anak sukar menerima ilmu yang diberikan. Ajar satu, lupa satu. Ajar dua, lupa semua! Guru-guru 'mati akal' untuk memahamkan. Tidak tahu usaha apa yang mahu dibuat. Doa berterusan dipohon. Kismis, air yasin, semuanya sudah.
Saya dapat merasakan satu faktor yang berkait rapat. Jangan terkejut jika saya mengatakan ibu bapa ada yang tidak solat. Bapa borek, anak rintik. Inilah pepatah yang paling tepat digunakan. Jika ibu bapa culas untuk solat, maka apalagi anak-anak. Anak-anak yang tidak solat, hatinya keras. Batu yang keras boleh dilekukkan dengan air. Tetapi jika hati keras, hanya ’nur’ yang berupaya melembutkannya. Bagaimana ’nur’ mahu ke hati jika solat pun tidak mahu. Imam Syafi’e ada berkata-kata di dalam syairnya:
Aku pernah mengadu kepada Waqi’ (guru kepada Imam Syafi’e)
Amat susah menjaga hafazanku
Maka guruku itu berpesan agar meninggalkan maksiat
Kerana Nur itu tidak akan memberikan hidayah kepada ’asi (orang yang melakukan maksiat)
Di sekolah, anak-anak diajar tentang solat, tetapi di rumah tidak solat. Katanya:
”Mak ayah kami pun tak solat.”
Bila di tanya kenapa lupa bacaan solat. Jawab mereka:
Bila di tanya kenapa lupa bacaan solat. Jawab mereka:
”Tak pernah baca pun di rumah. Nak baca waktu bila?”
Seandainya ibu bapa, merasa ragu tentang solat, puasa, zakat, haji dan apa jua perkara yang berkaitan dengan kehidupan alangkah baiknya jika merajinkan diri turun ke masjid-masjid, surau-surau mengikuti kelas pengajian agama agar bertambah imu di dada sebagai bekal menuju ke alam sana. Jika yang sudah berilmu, tambahkan ilmu di dada.
Jangan sampai kerana alasan tidak tahu, menjadi alasan mudah untuk tidak menunaikan kewajipan sebagai mukmin terutamanya kewajipan solat. Selalulah tanamkan di hati bahawa solat itu tiang agama . Kesannya akan terpalit kepada diri ibu bapa dan anak-anak juga akhirnya. Lihatlah keadaan anak-anak yang keras hati, berjiwa rapuh, dan sukar menerima hidayah. Kasihanilah mereka. Jadikanlah diri kita sebagai ibu bapa yang mithali, yang menjadi teladan kepada anak-anak. Amin.

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
2 ulasan:
puas rasa bila boleh baca buah pena quai70... dok tunggu nak baca khattab pulak... best la artikel ni... tahniah..! comellll sangat lubna..
Salam! Faruq, ingat dak 'the arrow theory', Khattab tgh berundur ke belakang kot.....quais mesti ingat teori ni... :)heheheheh
-hulaim-
Catat Ulasan