Hari ini cuaca di Kuala Perlis mendung. Suasana pagi begitu menyamankan. Baru kelmarin saya melalui hari-hari terakhir di tempat kerja. Hari ini, semuanya sudah berubah. Cuti sekolah bermula. Kebiasaannya, cuti sekolah inilah masanya untuk saya pulang ke kampung halaman di Gong Badak, Terengganu. Tapi tahun ini, saya mengambil keputusan berada di sisi suami yang perlu menghadiri kursus di UUM. Saya tahu, tempat isteri adalah di sisi suaminya. Lagipun, saya tahu bahawa telatah Lubna akan membuatkan suami tidak begitu tertekan dengan kursus yang dilalui sepanjang cuti sekolah ini. Bersabarlah abang, ini kursus terakhir kan? :) Kelmarin, usai solat Jumaat, kami mula berangkat ke Kuala Perlis ke rumah kakak ipar saya. Saya akan 'menyewa' di sini kerana jaraknya tidaklah berapa jauh ke UUM Sintok. Sementara suami berada di tempat kursus, saya perlu merancang untuk memanfaatkan cuti ini di sini. Inilah masa yang saya nanti-nantikan saban tahun.
Jam sudah menunjukkan pukul 9.00 pagi. Lubna masih lena diulit mimpi. Malam tadi banyak kali terjaga, mengigau barangkali. Malam tadi bermain sakan dengan sepupu-sepupunya. Maklumlah, hampir sebaya. Akhirnya ketika seronok bermain, Lubna memaksa mama membawanya masuk tidur. Lubna menarik rambut sepupunya Rushda yang baru berusia setahun 2 bulan. Kesian Rushda, jatuh terlentang. Bincut juga kepalanya. Nasib baiklah tidak menangis panjang. Lubna, Lubna.. ni mesti kes nak bergurau, tapi silap cara. Lain kali saya perlu mengawasinya sepanjang masa. Em, Suami barangkali sudah sampai di tempat kursus. Katanya kelas bermula jam 8.30. OK, Selamat Berkursus abang! :)
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
3 ulasan:
Assalamualaikum wbrth!
Abg tgh rehat kuliah ni....kejap lg nak pi mkn...mungkin blk awal ari ni.. :D
kat perlis menyewa kat mana?
Mamalubna mengajar kat mana ni?
Saya tumpang duk rumah kakak ipar di kuala perlis sepanjang cuti sekolah ni. Mengajar di butterworth, penang. :)Terima kasih singgah di blog mama lubna.
Catat Ulasan