Jumaat, 13 November 2009

Anak Mama Main Bedak


Ini bukan iklan bedak Shurah. Tapi ada kisah di sebalik bedak ini...:)



Aha, mama jumpa tapak kaki yang penuh dengan bedak..



Oh, rupanya ada si kecil tengah buat kerja..rajin betul. :)




Hai sayang! Sayang nak tolong mama wangikan rumah kita yer..


"Mama..Na nak tu." Lubna merengek sambil meminta saya mengambil bedak yang saya telah simpan.
"Sayang tak bolehlah main dengan bedak tu. Nanti lantai licin, jatuh.." Saya memujuk Lubna.


Lihatlah, Lubna dah mula memprotes dengan cara menangis bila saya tidak menunaikan hajatnya. "Alahai sayang..janganlah macam ni." Saya cuba mencari alternatif lain untuk mengalihkan perhatiannya.



Saya terpaksa mengalah. Terpaksa jugalah saya on kan komputer untuk Lubna. Suka sangat bila dapat main keyboard dan tengok gambar baby dalam komputer tu. Gambar Lubna masa kecillah tu. Sekurang-kurangnya saya dapat menyelesaikan masalah Lubna nak main dengan bedak.
SEKADAR TIPS UNTUK DIKONGSI BERSAMA

Ibu bapa yang mempunyai anak-anak berumur 1-5 tahun biasanya akan berhadapan dengan kerenah anak yang mula buat hal sekiranya hajat mereka tidak dipenuhi. Memandangkan kanak-kanak di usia ini masih belum berupaya menyatakan secara lisan kepada ibu bapa, cara yang mereka gunakan adalah dengan menangis dan mengamuk untuk mengekspresikan apa yang terbuku di hati mereka. Ibu bapa perlu menyedari bahawa inilah komunikasi anak-anak yang perlu difahami dalam proses perkembangan mereka.

Sebagai ibu bapa, jangan sampai kita terpengaruh dengan kerenah ini. Menuruti semua hajat mereka tanpa batas akan membuatkan anak-anak terus menggunakan cara yang sama iaitu dengan menangis dan mengamuk untuk mendapatkan sesuatu. Mereka akan lebih kerap memancing ibu bapa mereka dengan cara ini untuk menyelesaikan masalah mereka. Jadilah ibu bapa yang bijaksana. Gunakan pendekatan mengalihkan tumpuan mereka terhadap sesuatu yang lebih menarik. Sebagai ibu bapa, kita lebih tahu akan kecenderungan anak-anak. Buku bergambar, komputer dan melihat haiwan-haiwan yang berada di sekeliling rumah adalah antara teknik yang boleh digunakan.

Sekadar berkongsi tips berhadapan dengan kerenah anak-anak. Semoga anak-anak membesar dalam didikan yang sempurna. Insya Allah.

*Anak-anak adalah anugerah dan amanah. :)



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

2 ulasan:

Abu Mus'ab berkata...

Salam! TAHNIAH MamaLubna kerana menjadi ibu yang mithalli. Moga wasiat Luqman kpd anaknya yang dirakam oleh Allah dlm al-Quran boleh menjadi pedoman.

Nasihat Luqman kepada anaknya, tersebut didalam Al-Quran, surah Luqman ayat 13-19 yang ertinya sebagai berikut :

1. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, dikala sedang memberinya nasihat,(katanya) : Hai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, kerana sesungguhnya syirik itu adalah suatu penganiayaan yang besar.

2. Dan kami wajibkan manusia (taat) kepada ibubapa, ibunya yang telah mengandongnya (dengan menderita) lemah bertambah lemah dan berhenti menyusukannya dalam masa dua tahun (kami perintahkan): "Hendaklah engkau
bersyukur kepada ku dan kepada ibubapa mu, kepada kulah tempat kembali.

3. Dan jika keduanya memaksamu supaya engkau mempersekutukan aku (dengan sesuatu) tanpa ada pengetahuanmupadanya, tapi gantilah keduanya dengan baik dalam (urusan) dunia, turutlah jalan orang yang kembalimu, maka akuakan mengabarkan kepadamu segala apa yang telah kamu kerjakan.

4. Hai anakku! "Sesungguhnya jika ada (amal-amal) itu sebesar biji sawi (sekalipun), biar adanya didalam batu, atau di langit, ataupun di bumi, nescaya Allah akan tunjukkan (memperlihatkannya).Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui".

5. Hai anakku! "Dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat kebajikan dan laranglah dari perbuatan yang mungkar dan sabarlah atas sesuatu (musibah) yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari urusan-urusan yang dipastikan (Allah).

6. Dan janganlah engkau memalingkan pipimu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri.

7. Dan berlakulah sederhana dalam berjalan dan rendahkanlah suaramu (dalam berbicara) sesungguhnya seburuk-buruknya suara ialah suara keldai.

wfaiziah berkata...

anak saya pun suka main bedak..
habis 1 botol dikerjakannya.

Catat Ulasan