
Manakala, di sekolah tugasan menyampaikan ilmu dan mendidik insane bukan hanya berlegar di kalangan pelajar, malah juga melibatkan masyarakat warga sekolah. Mereka sering menjadikan guru-guru agama sebagai rujukan dalam hal yang kurang pasti. Seorang pembantu tadbir pernah meminta pandangan untuk menamakan cucunya yang baru lahir. Pernah juga saya ditanya tentang procedure mahkamah tentang urusan rumah tangga yang bergolak. Malah, sepanjang Ramadhan baru-baru ini, ramai juga guru-guru yang mengutarakan persoalan tentang hukum tajwid untuk memastikan bacaan al-Quran betul dan sempurna.
Bagi guru-guru perempuan pula, persoalan fiqh wanita sering dilontarkann untuk mendapatkan penjelasan. Sekiranya saya mempunyai jawapan yang pasti, saya akan menerangkan kepada mereka. Tetapi seandainya sebaliknya, saya akan KIV kan jawapan untuk kembali merujuk kepada mereka yang pakar dalam hal berkenaan atau merujuk kitab-kitab fiqh yang muktabar. Terkini, setelah peristiwa Dr. Asri ditahan, timbul pula persoalan tentang mazhab.
Seorang guru bertanya: “Ustazah, mazhab tu apa sebenarnya?”
Sebenarnya mazhab itu bukan agama. Ramai yang salah faham apabila membicarakan soal mazhab. Mazhab sebenarnya aliran pemahaman dan ijtihad. Majoriti umat Islam hari ini hanya mengenali 4 mazhab iaitu Mazhab Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad bin Hanbal.
Begini kisahnya tentang kemunculan mazhab dalam dunia Islam ini. Saya ceritakan secara ringkas. Di zaman Baginda Rasulullah s.a.w, semua urusan diselesaikan oleh Baginda s.a.w. Sebarang permasalahan para Sahabat r.hu diselesaikan oleh Baginda s.a.w melalui wahyu

“Wahai Muaz, bagaimana engkau menyelesaikan sesuatu masalah, jika engkau ditanya orang?”. Jawab Muaz “Aku akan menghukum dengan hukuman yang didapati dalam al-Quran.” Tanya Rasulullah SAW lagi, “jka tidak ada hukum dalam al-Quran?” Muaz menjawab, “Aku akan berpandukan dengan sunnah Rasulullah SAW (Al-Hadith).” Kemudian Rasulullah SAW bertanya lagi, “ Jika sekiranya tidak terdapat dalam hadith?”. Jawabnya “Aku akan berijtihad”. Kemudain Rasulullah SAW menepuk-nepuk dada Muaz sambil bersabda “Segala puji bagi Allah SWT yang telah memberikan petunjuk kepada utusan Rasulullah SAW (Muaz) dengan perkara yang diredhai oleh Allah SWT dan Rasulnya.”
(Riwayat Imam Ahmad & Tirmizi)
Setelah berlalunya zaman para Sahabat, maka muncullah permasalah yang baru yang tidak dijumpai pada zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat tentang permasalahan fiqh. Maka, ulama’-ulama’ di zaman itu mula mengeluarkan ijtihad perseorangan masing-masing (dengan kelayakan sebagai alim ulama’). Maka di situlah bermulanya aliran mazhab yang lahir daripada ijtihad dan pendapat perseorangan daripada ulama’-ulama’ tersohor.
Namun, mazhab-mazhab berkenaan akhirnya ada yang lenyap akibat pelbagai

Lebih mendukacitakan lagi apabila munculnya golongan yang membincangkan soal mazhab, masyarakat memandang serong terhadap pendapat yang pada mereka amat janggal dan pelik sedang mereka amat cetek tentang ilmu ijtihad dan hukum Islam. Namun, sebagai umat Islam yang tidak mempunyai kelayakan berijtihad, kita digalakkan berpegang kepada mazhab yang satu agar tidak tersasar dari landasan kebenaran Islam. Namun, pegangan itu dianggap fleksibel seandainya terdapat nas-nas yang lebih kuat dan mantap untuk diikuti. Satu Ucapan Imam Syafie (iaitu pengasas mazhab syafi’e) yang cukup popular iaitu:
“Apabila kamu menemui dalam kitabku sesuatu yang berlainan atau berlawanan dengan hadis Rasulullah SAW, peganglah hadis baginda dan tinggalkan pendapatku itu,” Ini jelas bermakna bahawa pandangan itu akan berubah-ubah seandainya ada nas yang lebih kuat.
Begitulah indahnya Islam. Tidak membelenggu ummatnya. Malah mengamalka

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
0 ulasan:
Catat Ulasan