Isnin, 2 November 2009

Nostalgia Ayam



“Mama…”
“Aha, Lubna…dah balik pun.”
“Alammm..” Lubna menghulurkan tangan mahu bersalam.
Saya menyambutnya. “Solehah betul anak mama ni.”
Suami saya yang mengambil Lubna hari ini. Hampir dua minggu suami saya mengambil alih tugasan saya. Menghantar dan mengambil Lubna ke rumah pengasuhnya.
“Ada berita baik!” Suami saya berkata dengan senyum yang lebar.
Itulah ayat yang membuatkan saya berasa begitu teruja.
“Ada apa abang?” Tanya saya.
“Ayam dah mati.”
“Hahh?” Terbeliak mata saya mendengar berita itu.
Saya tersenyum.
“Selamat.. “Itulah kata-kata yang terkeluar dari mulut saya.
“Kenapa? Bila mati?” Saya bertanya lagi, mahu mengetahui lebih lanjut.
“Tuan Haji kata mungkin termakan racun. Mati kelmarin.” Suami menjelaskan.
“Oooo…”

Tiba-tiba, rasa gembira dan sedih tiba-tiba berbaur.
Gembira kerana saya tidak lagi dibelenggu rasa takutkan ayam itu.
Manakan tidak, ayam itulah yang selalu menghambat saya apabila saya melalui kawasan rumah Tuan Haji menghantar anak ke rumah pengasuh. Tidak pernah saya mengganggu ayam itu, tetapi pantang ayam itu melihat saya. Dari jauh lagi, ayam itu akan ‘berlari’ untuk menyerang. Apa salahku..Lubna pula, setiap kali saya mendukungnya melalui kawasan itu, dia akan memeluk saya dengan erat.
“Takut ayam…” Katanya dengan penuh rasa cemas.

Sedih juga kerana baru kelmarin saya nampak ayam itu di hadapan rumah. Tetiba dah mati. Tuan haji tu pun tahu saya dah lama tidak melewati rumahnya kerana takut diserang ayam. Bimbang juga saya kalau-kalau kematian ayam itu difikirkan kerana saya yang meracuni ayam itu. Saya tak bersalah, kenapa rasa takut? Saya memujuk hati yang mula membuat pelbagai andaian.

Lubna pula hari ini, walaupun ayam dah mati, dia tetap hilang keyakinan untuk bersama saya ke rumah pengasuhnya. Lubna tetap mahu didukung babanya kerana berasa lebih selamat dan yakin. Saya terpaksa mengambil inisiatif memulihkan keyakinan Lubna selepas ini.

Kenangan bersama ayam jantan Tuan Haji pasti menjadi nostalgia indah di dalam hidup saya sepanjang membesarkan Lubna. Kami pernah sama menjerit meminta pertolongan. Dipatuk beberapa kali di kaki. Ketika itu saya mendukung Lubna. Dua-dua menjerit. Kebetulan suami saya masuk ke dalam rumah. Terkejut juga apabila mendengar Lubna menjerit kuat memanggil Baba. Alhamdulillah, suami saya datang membantu menghalau ayam yang pening itu.

Sebenarnya, Allah menciptakan ayam jantan dengan kewajipannya di Subuh hari mengejutkan insan-insan yang masih berselimut. Terlalu ramai manusia yang lena dibuai mimpi sehingga matahari terbit di ufuk timur. Syaitan membelenggu mereka. Subuh entah ke mana… Lena lebih diutamakan daripada menunaikan kewajipan kepada Allah s.w.t. Pagi ini, saya tidak lagi terjaga kerana mendengar kokokan ayam Tuan Haji kerana ayam itu sudah mati. Moga Tuan akan membela ayam yang soleh untuk kembali berkhidmat untuk kami semua. :)



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

3 ulasan:

♥ Izzah Marzuki berkata...

"Moga Tuan akan membela ayam yang soleh untuk kembali berkhidmat untuk kami semua.."

aduh comelnya statement ni wadah... hehehe..

Abu Mus'ab berkata...

Assalamualaikum wbrth!

TAHNIAH! Sbb bapak ayam tu dah mati….tp yelah, sedih la jugak sbb tak dengar kokok ayam pg2 dah….satu lg, mamalubna kena pulihkan keyakinan & kepercayaan lubna kat mama dia…sbb dia takmau mama dia hantar ke rumah pengasuh krn dia takut ayam tu serang dia, dia percayakan dan rasa selamat dgn baba dia,….tp yg naya baba dia la….nak kene pi hantar dan amik…hehehe….

terlajak baca nostalgia ayam jantan yg mamalubna tulis ni…..abg teringat satu hadith ttg ayam jantan nih, yg sering dipakai oleh ramai orang…
" اتخذوا الديك الأبيض فإنه صديقي و عدو عدو الله "….
”belalah ayam jantan putih kerana dia temanku dan dia memusuhi musuh Allah…”..
hadith ini palsu, diriwayatkan oleh al-Hazimi…sbb kepalsuannya kerana dalam sanadnya ada perawi yg bernama Muhammad bin Muhsin al-‘Ukkaasyi yg disebut oleh ad-Daaraqutni sebagai pemalsu hadith dan al-Haithami mengatakannya sebagai pendusta….nak bela ayam jantan boleh, takde masalah…..ada manafaat pulak tu sbb boleh tolong kejutkan org yg sedang diulit mimpi, mcm ayam jantan Tuan Haji tu….tp ayam jantan Tuan Haji tu merah kan, bukan putih….yg masalah kalau dok percaya hadith yg palsu mcm tu, x boleh la….

Satu lagi…..sebenarnya abg nk bgtau satu rahsia….sebelum kematian tragic ayam jantan tu….abg belasah dia…..dia mai depan umah kita, pastu tunjuk angkuh dan sombong plak…angkat dada….abg mmg dah lama geram kat dia sbb dok kacau ‘my wife n daughter’….abg amik penyapu, dia mai lg dekat, abg pukul dia dgn penyapu sampai melambung…pastu dia mai serang abg lg…..abg pun halau dia, x sampai hati dan belasah dia dah…..apa pun…masa abg tinggalkan dia, dia ok jer…..sempat lg dok ngorat makwe dia yg sekor tu…..tut, tut….Tuan Haji bgtau abg ayam jantan dia dah mati….terkejut gak abg dan rasa mcm ‘nak’ bersalah la jugak…..tp nasib baik Tuan Haji bgtau ayam jantan dia tu mati termakan racun tikus dalam setor dia yg dia terlupa tutup…..ada racun tikus (racun yg digaul dgn padi) dlm tu…..lega la hati abg…..2 kali lega….pertama sbb ayam jantan galak tu dah mati, kedua sbb kematiannya x perlu dibedah post mortem….dah direkodkan sebagai kematian mengejut (mati termakan racun)…..heheheh….kalaubedah post mortem, takut la gak….mana tau kematiannya disebabkan trauma tumpul kesan pukulan di kepalanya…..risau gak…:D

Mama Lubna berkata...

Terima kasih izzah sudi baca kisah kami dengan ayam tu :) Bersyukur kepada Allah kerana blog ni dah jadi wasilah menyambungkan ukhuwah kita yg sekian lama terputus kerana berjauhan.

Terima kasih juga buat abang yg sudi kongsi ilmu hadith ttg ayam tu. T/kasih juga kerana buka rahsia kisah abang dan ayam jantan tu. Bertuah sungguh Lubna dan mama dapat seorang pelindung dan pembela nasib kami daripada serangan ayam ;)

Catat Ulasan